Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab ada GDM on Ubat

Bismillah,
Assalamualaikum




Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab ada GDM on Ubat | Bila ibu sudah ada kencing manis ketika mengandung, ibu perlu patuh pada nasihat doktor untuk memastikan baby dalam rahim kita lahir dengan sihat dan selamat, jangan main-main jika nurse sudah kesan ibu ada kencing manis, pemantauan oleh doktor sudah menjadi semakin kerap apatah lagi jika makan ubat atau insulin.


Sedihnya result BSP sha pada sebelah pagi sebanyak dua kali agak kurang memuaskan, maka dengan itu doktor decided untuk bagi sha makan ubat Metformin 500g 2 kali sehari, baru nampak result BSP sha cantik, apa lagi cara yang membuatkan sha patuh pada doktor untuk memastikan bacaan gula sha menurun selain dah control makan macam mana pun tetap naik, kata doktor memang segelintir ibu mengandung perlukan ubat juga, sebab pembawaan baby dalam rahim.

Yang tak bestnya, sebaik sahaja sudah makan ubat, ibu perlu bersalin awal 2 minggu sebelum due date, kalau tak bersalin juga kena induce, masuk belon dan jalan terakhir adalah operate, seriau rasanya dengar bila terpaksa bersalin secara paksa, mesti sakit kan. BFF sha sudah laluinya 2 tahun yang lepas, insulin, dan dimasukkan ke dalam wad 38 minggu, induce 2 kali jalan tak buka, masuk belon pun sama juga, akhirnya terpaksa lalukan operation, derita ibu melalui segala sakitnya bersalin.


Pada 22 Jun, doktor dekat KK suruh sha pergi Klinik pakar Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk scan baby dan dia akan bagi tarikh serah diri, apabila scan berat baby dah naik 2.7kg rasanya kalau nak bersalin pun dah boleh sebab berat dah cun, so tiada masalah untuk baby keluar awal. 

Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin pada 5 Julai ini masa ini usia kandungan 37minggu 6 hari, due date pada 20 Julai, anak pertama lahir pada 38minggu 4 hari secara normal walaupun time tu sha pun ada juga GDM tapi on diet, tak perlu makan ubat, Jadi sha harap sangat sebelum tarikh masuk wad tu, sha dah bersalin, semoga dipermudahkan. Korang doakan sha ya.

Post a Comment

8 Comments

  1. semoga dipermudahkan segalanya untuk sha

    ReplyDelete
  2. inshaallah semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Kinah ni pun sama la sha. Ada GDM masa mengandung yang kedua ni. Tapi belum start ubat lagi ni,sebab on diet buat masa ni,tapi bacaan memang tak cantik la dihujung2 kehamilan ni walaupun jaga makan. Moga Sha dan baby selamat serta dipermudahkan nanti ye

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan ibu dan bayi hendaknya. akak doakan sha mudah bersalin. banyakkan selawat dan doa ya, insha allah

    ReplyDelete
  5. Saya tak ada pengalaman GDM. Saya tak dapat bayangkan apa yang akak rasa. Kuatkan semangat ya kak Sha. InsyaAllah semua akan ok. Jaga diri elok elok.

    ReplyDelete
  6. Semoga di permudahkan segala urusan. Akak dulu ada kencing manis masa mengandung jugak tapi lhamdulillah sangat terkawal. Semuanya mudah dan bersalin awal dar jangkaan. Harap sis pun begitu :)

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan dan bersalin dengan selamat sebelum tarikh masuk wad tu. amin.

    ReplyDelete
  8. Sama macam akak la. Ada gdm on insulin tapi lapor hospital sebulan awal. Kena induce

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)