Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush


Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush | Assalamualaikum guys, perempuan dan benda free berpisah tiada haha, lagi-lagi benda free tu memang sangat berguna pada dia, memang dia akan grab cepat sementara stok masih ada. Macam sha la haha..

Hari tu sha pergi belanja sikit barang baby, so barang macam kotex ni memang satu keperluan lepas bersalin nanti, sebenarnya untuk pads sha ok ja apa jenama pun, rata-rata sha pernah cuba semua jenama dari murah ke mahal, ok ja, tapi kali ni pusing punya pusing terus nampak jenama kotex non wing 20 pads x 3 so memang banyak la..cukuplah stok sampai 1 bulan lepas bersalin kan, then ada pula free nya facial cleansing brush, eh excited lah pula sha nak mencubanya, sebelum ni guna tangan ja cuci muka hahah


Tapi brush ni simple ja, tak pakai battery, guna pun manual ja..cuma brush nya sangat lembut, sha suka sangat pakai. Jadi semangat nak cuci muka hari hari hahaa..

Beli kotex pek besar ni dengan harga RM13.70 sha beli dekat TKS Sandakan, free facial cleansing brush ada 4 colour, biru, purple, green dan pink, tapi stok time tu hanya ada purple dan green oklah grab green ja haha memandangkan free kan haha

Cara guna facial cleansing brush ni kalau ikut sha, memang letak pencuci muka directly pada brush tu senang ja, lepas tu brush dengan lembut pada sekitar muka, tak perlu tekan, just imagine kita buat facial dekat kedai ohh bestnya hahaa..lepas tu bilas bersih..rasa segar ja..cukuplah buat 1 kali ya..jangan melebih nanti habis pencuci muka korang haha.



Brush bahagian belakang yang berwarna hijau tu, sha rasa untuk bahagian hidung dan dagu, sebab dia keras sikit, boleh lah tolong bersihkan pori pori yang tersumbat

So korang bolehlah grab 1pek kotex ni kalau korang dah terpengaruh dengan entry sha ni haha..sementara stok masih ada tau..


Post a Comment

9 Comments

  1. bestnya dpt free brush tu.. nk kena beli kotex jgk ni.. sy pengguna tegar kotex! haha

    ReplyDelete
  2. Menariknya free gift. Kebetulan pula stok dah nak habis..boleh la pergi beli.

    ReplyDelete
  3. Ai pun excited dapat brush tu. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak perasan pulak ada free gift ni sebab biasa pakai brand lain. Memang bestlah dapat free gift camni Sha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)