18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu | Assalamualaikum, biskut raya orang dulu-dulu memang sedap, siapa setuju? resepinya sampai sekarang sangat popular apatah lagi sekarang dah boleh cari melalui online, yang baru pertama kali membuat kuih juga pasti akan berjaya jika ikut sukatan dan cara dengan betul, so entry ini sha himpunkan 18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu supaya korang senang nak rujuk, maklumlah minggu depan dah start raya, cukuplah 4-5 jenis biskut raya, untuk makan sendiri kan..

18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu ini adalah perkongsian daripada pemilik facebook page Resepi Masakan, korang boleh like page dia, memang banyak resepi selain dari Biskut raya.  selamat mencuba :)

1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:
110gm marjerin | dicairkan
100gm tepung gandum | diayak
75gm tepung jagung
45gm gula halus
1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit putih telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.
Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.
Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.
Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.
Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.


2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:
185gm marjerin
250gm tepung gandum
185gm tepung jagung
95gm gula halus
60gm kacang tanah tumbuk
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur kuning | hiasan
Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.
Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.
Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.
Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin
120gm tepung gandum
70gm gula kastor
40gm tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.
Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.
Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.
Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.
Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.
Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.

4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
200gm marjerin
75gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna hijau
Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.
Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
175gm marjerin
300gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila
2 sudu makan serbuk koko
Sedikit jem

CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.
Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum
190gm gula halus
95gm marjerin
30gm tepung jagung
1 suduteh esen vanila
Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.
Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:
125gm minyak sapi
125gm gula halus
250gm tepung gandum
Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:
Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.
Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.
Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.


8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin | dicairkan
90gm tepung gandum
20gm tepung kastad
90gm tepung jagung
40gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
1 biji kuning telur | hiasan
Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.
Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.
Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.
Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
120gm marjerin | dicairkan
110gm tepung jagung
45gm gula halus
2 biji kuning telur
50gm kacang gajus | ditumbuk hancur
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur | hiasan
Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.
Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.
Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.
Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.
Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.


10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung agndum
105gm tepung jagung
50gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
40gm milo
95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.
Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.
Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum
95gm gula
125gm marjerin
86gm tepung kastad
1/2 sudu teh vanila
Coklat urai secukupnya
Cawan kertas secukupnya
Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:
Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.
Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.
Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.
Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.

12.BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
135gm marjerin sejuk
180ml air berais
1/2 sudu teh garam
Jem nangka secukupnya
Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:
Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
50gm gula aising
1/2 tin kecil minyak sapi
BAHAN INTI:
100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
65gm gula aising
BAHAN SALUTAN:
Gula aising secukupnya 

CARA MEMASAK:
Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.
Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.
Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.
Sedia untuk dinikmati.

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:
160gm tepung ubi
30gm tepung gandum
100gm gula halus
1 biji kuning telur
90gm santan pekat
1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:
Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.
Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.
Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.
Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.
Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:
125gm marjerin
185gm tepung gandum
100gm gula
86gm tepung kastad
1/2 sudu teh esn vanila
Jem nanas secukupnya
Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.
Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin
125gm tepung gandum
105gm tepung jagung
60gm gula
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
80gm buah-buahan kering campuran
Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:
Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.
Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.
Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.

17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
210gm tepung jagung
185gm marjerin
95gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
50ml jus limau Sunkist
Sedikit pewarna kuning
4 biji telur kuning
1 biji telur | sapuan pada biskut

CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.
Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.
Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.

18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin
105gm tepung jagung
90gm tepung gandum
95gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
80gm cornflakes | dikisar kasar
100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:
Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.