Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA lakonan AYDA JEBAT dan Remy Ishak ...

Sinopsis Bukan Gadis Biasa | Assalamualaikum, terjebak lagi kali ini dengan drama melayu yang bagi sha episode pertama saja sudah membuatkan tertarik untuk menontonnya, sha tengok dekat you tube sahaja, tapi kurang minat dengan watak Shiela Rusly dalam drama kali ini, macam annoyed betul haha..sha dengan husband berteka teki di episode pertama, meneka lakonan kanak-kanak yang mana akan ambil watak Ayda Jebat dan Remy Ishak dalam drama ini, maka dengan itu, jom kita baca Sinopsis Bukan Gadis Biasa


Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Johana berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.

Amirul, jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.

Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.

Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.

JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Sabtu, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Janjira, Rofa Azzahra Chinta Nadessha
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Haji Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia,  Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ozlynn Waty sebagai Juliana
Chacha Maembong sebagai Hanim
Mas Khan sebagai Amirul
Idzham Ismail sebagai Bun
Zarul Husin sebagai Suffian
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Heryanto Hassan sebagai Raja Muzaffar
Lia Natalia sebagai Ujah
Zalfa Zin sebagai Suraya
Ashhry Atan sebagai Azim 

Post a Comment

1 Comments

  1. huhu... kalau kat kelantan ni time buka posa ni start drama ni. Kalau kat Kedah dekat setengah jam cerita, orang azan masuk waktu buka posa... hahaha. Tak leh layan... nanti kena kerling ngan mak mentua hahaha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)