Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu | Assalamualaikum, botol susu adalah pilihan terakhir apabila bayi kita tidak dapat meneruskan penyusuan melalui susu badan ibu, adapun ibu-ibu  terpaksa memilih untuk menggunakan botol susu semasa mereka mula bekerja, tidak kira susu formula ataupun susu dari perahan susu badan ibu. Di entry yang ringkas ini sha ingin berkongsi  dengan korang pentingnya ketahui cara bersihkan botol susu.

Baca : Sample Susu Percuma

Tahukah korang bahawa botol susu jika tidak dibersihkan dengan betul antara penyumbang pembiakan kuman yang boleh menyebabkan anak kecil sakit keracunan dan cirit birit? 

Kadang kala terdetik dalam hati, berapa lama patutnya kita menggunakan sebuah botol susu? bagaimana pula dengan cara pembasuhannya, perlukan basuh dengan sabun khas, dan berus apa yang sesuai..banyak sangat soalan berlegar dalam otak fikiran lagi-lagi ibu yang baru pertama kali mendapat cahaya mata. Tidak kurangnya bagi anak kecil yang sangat sensitif dengan persekitaran, membuatkan kita lebih berhati-hati.

Baca :  Susu Badan Mulai Drop Ketika Mengandung

Anak sha memang direct susu badan tapi sejak mengandung ni, susu drop, sha bagi susu formula pun, dia tak mahu, tapi kalau air masak dia mahu pula, so sha tiada pilihan lain memang kena bagi dia air masak dalam botol susu, sebelum ini sha sudah cuba beberapa kali menggunakan cawan, tapi dia cepat tersedak, mungkin minum terlampau laju, bila minum guna botol senang sikit, boleh minum sambil baring. 

Sha pun sama dengan ibu-ibu diluar sana, cukup bersihkah botol susu anak dengan cara sha sekarang ni, jadi sha pun ada terbaca perkongsian seorang doktor kanak-kanak dalam facebook, semoga bermanfaat buat sha dan ibu-ibu semua.

Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu

  • Usaha cuci botol susu bayi sebaik saja mereka selesai menyusu. Pastikan juga tangan kita tu bersih semasa proses mencuci tu. Ini kena rajin sikit, nampak ja anak sudah habis menyusu terus tangkap botol susu, boleh bagitahu pengasuh untuk berbuat demikian
  • Tak boleh biarkan sisa susu tak habis lama dalam botol susu. Mesti buang terus sebab kita tak nak ia jadi medium pembiakan kuman dan bakteria, jadi basi lalu menghasilkan bau yang kurang enak. 
  • Hati-hati masa mencuci puting susu. Guna berus khas supaya ia tidak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah pun boleh jadi sarang kuman membiak. Sha baru tahu info ini, ingatkan puting susu koyak disebabkan gigitan bayi saja..
  • Gunakan juga berus botol khas untuk botol susu supaya seluruh sudut botol tu bersih dan tak ada kotoran yang tertinggal. Elakkan guna span cucian piring
  • Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul. Cari saja liquid cleanser yang khusus untuk mencuci botol bayi. Tak kisahlah jenama apa pun asalkan memang dikhaskan untuk cucian botol dan selamat untuk bayi.
  • Pastikan botol susu sentiasa kering. Jangan simpan terus dalam keadaan basah dan tertutup ya. Keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di rak atau tempat khas bagi mengeringkan botol dan puting. 
  • Sterilkan botol dan puting secara berkala.
  • Bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Bertukar-tukar botol susu memudahkan parent untuk make sure setiap botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
  • Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan - 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini. Setiap botol ada tempoh had penggunaan tidak kira murah atau mahal
  • Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat. InsyaAllah nanti sha akan apply dekat edan, dapat menjimatkan duit untuk terus beli botol baru kan

Jadi ibu-ibu perlu periksa balik cara kita kendalikan botol susu mereka. Entah-entah punca keracunan tu bermula dari situ.  perkongsian dari FB : Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Apapun yang terbaik untuk anak kita, mudah-mudahan mereka sentiasa membesar dengan sihat hendak-Nya, amin..