Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email



Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email | Assalamualaikum, bagi sesiapa yang belum pernah berdaftar KWSP i-Akaun tapi semestinya korang MESTI ada akaun KWSP, sekarang dah boleh apply melalui email, sebab musim PKP ni memang tak boleh keluar rumah, jadi gunakanlah teknologi yang ada..simple kan tak perlu beratur panjang dekat kiosk, sesak nanti, pening kepala staff nak layan. Macam sha dulu pernah login tapi dah lama, 2-3 tahun rasanya..haha akaun wujud tapi kena kemaskini nombor telephone untuk dapatkan TAC dekat kiosk pun boleh guna cara ini.

Baca : Cara Memohon 1GB Internet Percuma

Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email

1. Isi borang dlm pdf
Borang itu korang boleh download di sini "Borang Pendaftaran i-Akaun KWSP (ahli) melalui email" 

Dalam borang tersebut ada panduan mengisi borang dan senarai dokumen yang diperlukan :-

2. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang 

3. Gambar korang selfie sambil pegang Kad pengenalan

4. Account statement bill telefon / Screenshot dari Telco  apps membuktikan nombor telefon kepunyaan pemegang akaun

5. Bank statement / saving book yg ada nama dan nama dan no account

Convert semua dokumen ke dalam PDF file dan Email semuanya ke : iakaundaftar@epf.gov.my

Syarat Pendaftaran/Kemaskini Nombor Telephone

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal, so korang gunalah gmail ya
Makluman 

1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP 
2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP 
3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP

Ok, buat perlahan-lahan, semak dulu sebelum hantar ya, masih banyak masa lagi kalau nak daftar, tapi better buat cepat nanti terlupa pula kan..haha..semoga dipermudahkan pengeluaran duit KWSP korang tu..

Post a Comment

3 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)