Bila Masa Sesuai Untuk Anak Potty Training | Assalamualaikum, sha dengar-dengar cerita orang, nak ajar anak bebas pampers ni memang mencabar juga dari segi emosi terutamanya, ala bagi ja la dia pakai pampers sampai dia besar sikit, senang cerita..aipp pampers sekarang bukan main mahal tau, kadang ada juga parent nak cut kos lagi-lagi bila dah nak dapat adik baru..actually sha belum ada pengalaman mengenai topik ini, tapi ada terbaca dekat laman facebook, rasa macam excited pula nak share dekat korang agak-agak bila masa sesuai untuk anak potty training, sudah ready kah tidak parent diluar sana termasuk sha hihihi..

Maksud Potty Trainning - Bahasa pasarnya, ajar anak pergi tandas untuk kencing dan buang air besar tanpa menggunakan lampin pakai buang seharian, kira macam mereka sudah bersedia untuk diajar menjadi seperti orang dewasa yang tidak memakai lampin haha..

Berdasarkan apa yang sha baca dekat laman facebook seorang doktor kanak-kanak yang memberitahu bahawa terlalu sukar untuk train anak sendiri menggunakan tandas berbanding menggunakan lampin pakai buang. Ia perlu kebijaksanaan ibubapa, teknik, masa serta kesabaran yg tinggi. 

Dan bilakah agaknya masa terbaik untuk start latihan menggunakan tandas kepada anak-anak kita?
1. Ia bergantung kepada perkembangan milestone anak, fisikal & tingkahlaku kanak-kanan tersebut. INGAT IA BUKAN BERGANTUNG PADA USIA mereka!! 

2. Ramai juga kanak-kanak yang sudah bersedia antara umur 18 bulan ke 3 tahun. (umur edan dah rasanya dah boleh, tapi sha belum try lagi). Ada juga yang lebih daripada umur yang disebutkan, macam anak buah sha, Firas, dia off pamper seharian tapi bila nak buang air besar dia minta pakaikan pampers, umurnya dalam 4 tahun

Jangan paksa anak dalam latihan ini kalau mereka belum bersedia. Kalau tak anak korang akan TANTRUM dan ibu bapanya juga akan mengalami STRESS!!So guys jangan tergesa-gesa ya, Take your time.
Baca : Fasa Edan Tantrum Bermula

3. Point dibawah ini membuat korang rasa anak korang sudah bersedia untuk diajar latihan tandas, maksudnya c baby sudah menunjukkan ciri-ciri yang dia sudah boleh diajar..
a) Anak anda sudah faham & mengikut ARAHAN ASAS daripada ibu bapa, ini PENTING ya, kalau mereka tak faham, korang boleh lupakan sekejap sesi ini..haha
b) Anak anda pandai tanggal & pakai semula seluarnya selepas buang air. 
c) Boleh kah tidak, anak anda memberitahu bahawa mereka ingin membuang air?
d) Kalau anak anda tidak berak atau kencing dalam pampers/lampin lebihi 2-3 jam, anda dah boleh train anak anda Potty Training. 
e) Harap anak anda boleh duduk atas mangkuk tandas. Kalau tidak boleh, belikan dia tandas mainan mengikut saiz punggung mereka. 

3. Ibu Bapa sendiri sudahkah anda BERSEDIA tak nak ajar latihan tandas anak mereka??? 
1. Klu emak ayah sibuk siang mlm.... bila le nak latih anda bertandas??打打云云 
2. Tau tak klu anda rancang latihan tandas untk anak anda, ia amat perlu penumpuan anda, masa & tenaga untk konsisten setiap hari. Kadang2 memakan masa bbrp minggu & bulan krn setiap anak tak sama kecerdasan mereka. 
3. Emak ayah yg panas baran..... Doc nasihat baik pi rendam diri dlm air ais不不不..... Cool down, control your tempers dulu.... baru jadi guru yg penuh sabar, didik dgn kasih sayang dan bukan mcm harimau lapar..... Takut2 akhirnya abda masuk lokap krn kes DERA anak pula. 梗梗云云云. Ingat!!! ia perlu MASA dan KESABARAN yg tinggi. 

Bila anak anda sudah ready, Parent pun ready, maka its time to START POTTY TRANING:
1. Bila saja anak buang najis besar/berak di tandas.... Guna satu perkataan untuk menggantikan "buang air besar" tu, kadang kita selalu dengar orang cakap mahu uuukk kepada budak-budak kan
2. Sama juga seperti buang air kecil, biasanya orang akan cakap nncisss, ikut bahasa korang lah hahaha
Ini dikatakan sebagai CONDITIONAL REFLEX dalam Perubatan. Ia amat berkesan sekali dgn reflex anak nak berak atau kencing. 
3. Masa terbaik untuk ajar latihan tandas kanak-kanak itu sebelum tidur, setelah bangun pagi atau selepas tidur. 
4. Walaupun kadang-kadang  anak anda hanya duduk dibangku tandas, berikan pujian untuk memberi dorongan sebab mereka sudah mencuba dan ingatkan anak anda bahawa dia boleh mencubanya kemudian. 
5. Kalau anak anda beri isyarat atau pandai berkata nak buang air... Anda cepat-cepat membawanya ke tandas untuk membuang. Ucap Terima Kasih & puji  mereka setiap kali mereka beritahu anda sebelum mereka berak/kencing. 

Parent yang baru nak plan atau sedang train anak tu, sha doakan semoga dipermudahkan urusan korang, ingat bukan senang nak ajar, kesabaran level tinggi diperlukan, bila dah berjaya bolehlah save sikit duit pampers tu untuk beli barangan lain pula..hihi..

Sha belum lagi plan nak buat dekat edan, bagus juga sha train sekarang kan, musim pkp ini baba banyak luangkan masa dengan edan, so membantu sikit kerja sha, ok apa-apa nanti sha update hahaha..

Bila Masa Sesuai Untuk Anak Potty Training ini sha petik dari Laman facebook Dr. Abdul Rahim, Penang