Pengikut

Susu Badan Drop Semasa Mengandung

by - Mac 27, 2020

Susu Badan Drop Semasa Mengandung | Assalamualaikum dan salam satu breastfeeding hihi, menyusukan baby sendiri adalah satu pengalaman yang sungguh manis buat ibu-ibu yang baru melahirkan, bertekad untuk memenuhi kehendak baby dengan menyusukannya sehingga tahap degree iaitu 2 tahun adalah pencapaian yang patut dibanggakan, sebabnya tidak semua ibu-ibu berpeluang untuk berbuat demikian, namun bila disahkan mengandung sebelum baby berusia 2 tahun sangatlah mencabar apabila susu badan drop semasa mengandung.

Sha telah mengalami situasi ini sejak umur kandungan 3bulan, susu badan tiba-tiba drop dan edan masih menyusu badan sampai sekarang, pada siang hari sha memang akan bagi dia makan dan minum air masak dengan banyak, so sesi penyusuan tidak begitu demand tapi sesi malam pula sangat susah sebab edan dah biasa tidur sambil menempel dengan susu badan so memang dia susah mahu tidur dengan lena. Solusinya sha letak air masak pada botol dan biarkan dia menyusu badan sampai dia puas hati lepas itu sambung pula dengan menyusu air masak dalam botol, begitulah sehingga kini.

Untuk pngetahuan, edan langsung tidak menerima susu formula, walaupun sudah banyak produk susu sha dan husband beli untuk dia, sama ada beli pek kecil ataupun request sample susu percuma, hasilnya dia tetap serasi dengan meminum air masak dan susu badan.

Hati ibu mana tak risau, bila anak minum air masak saja, cukupkah tidak apa yang dia dapat, kalsium terutamanya. Badan edan pun dah semakin kurus, tapi edan kuat makan, selagi berak dan kencing dia ok, rasanya tak perlu risau..selebihnya sha topup dalam makanan.

Semoga edan sihat selalu ya nak..

You May Also Like

1 Comments

  1. Hi, sama la situasi. sekarang anak bongsu dah dua tahun. Kakak dia umur setahun masa mengandung anak bongsu, memang dia reject terus susu badan dan tak mahu susu formula. Jadi untuk kakak, dia tak minum susu formula selama setahun tapi sepanjang tu ajar dia minum fresh milk etc. Masuk umur kakak 2 tahun baru minum susu fernleaf fullcream. tak ada gula tambahan

    BalasPadam

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)