Edan 9 Bulan, Gigi Dah Tumbuh 6 Biji - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

August 4, 2019

Edan 9 Bulan, Gigi Dah Tumbuh 6 Biji

Assalamualaikum guys, budak edan umur 9 bulan dah tumbuh 6 biji gigi, 4 di atas, 2 dibawah, seingat sha umur dia 6 bulan lepas injik dia tumbuh gigi 2 sekali gus dekat bawah, mula-mula memang syak dia tumbuh gigi sebab timbul putih2 dekat gusi nya, kuat mengigit tu jangan cakap lah haha, umie dia ja teriak menangis tiap malam kena gigit time menyusu, lagipun dia kuat berliur..memang ramai yang cakap dia akan tumbuh gigi..sebab dah banyak tanda2 menunjukkan dia mau tumbuh gigi

gambar edan 10 bulan

Ada satu kakak di facebook share satu petua iaitu, sapu gusi nya dengan jari telunjuk dengan selawat ke atas Nabi 3x gusi atas dan bawah, sebab? mau mengelakkan dia dari meragam, sakit demam dan cirit birit..alhamdulilah memang sha amalkan petua ni berbanding dari petua orang tua yang lain, entah mengarut ka tak sapu emas di gusi nya? jap binggung sha nak buat haha..ada lagi minum minyak ular untuk elakkan dia demam hihi..setakat ni 2 ja yang sha dengar, sha tak follow sangat, iyakan saja..

Demam tu perkara biasa bagi bayi yang tumbuh gigi, itu refleksi kepada perubahan, jangan risau sangat, cek suhu ja..jangan sampai 37 keatas itu kena jumpa doktor, edan setakat ini belum pernah minum ubat demam, kalau boleh elakkan lah sebab baby bawah 2 tahun kan, kesian tengok dorang makan ubat, that's why sangat penting susu ibu..

Edan asal tumbuh gigi memang akan tumbuh 2 ketul sekali..tapi kali kedua tumbuh gigi besar dia jarang pula hahaha..sha ada google sebab edan belum jumpa doktor gigi lagi, katanya, mommy jangan risau, gigi susu tak kekal, dewasa nanti gigi akan rapat..kata mama sha ok apa gigi jarang lambat buruk..iyaka?

1 comment:

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin