Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

April 22, 2019

Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo

Image may contain: food

Assalamualaikum, dekat nak puasa ni bolehlah try resepi simple kek sarang semut aka kek gula hangus, kali ni sha try guna periuk Black HN10 Cuckoo, perghh hebat sekejap ja dah masak tau, hasil nya memang terbaik..terima kasih Cuckoo

Bahan-bahan
Gula hangus 1 cawan
Tepung 1 cawan stgh
Susu pekat 1 tin 
3 sudu mkn majerin
1 sudu mkn soda 
1 sudu mkn baking
1 cawan air
4 biji telur

Caranya
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. 
2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air  
3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik. 
4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati. 
5. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati. 
6. Masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh). 
8. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer). 

Kemudian masukkan dalam periuk cuckoo dan set kan button oven, set masa 20minit dan siap

# untuk periuk ini, ada button khas untuk kek, tapi kalau nak ranggup diatas kek guna button oven..simple kan..nasib ada cuckoo..hihi

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin