IC Saya Digunakan Tipu Bisnes Cadar - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

December 11, 2018

IC Saya Digunakan Tipu Bisnes Cadar

IC Saya Digunakan Tipu Bisnes Cadar| Assalamualaikum guys marah betul dengan seorang peniaga online yang gunakan IC orang lain untuk buat bisnes..eh ko makan duit haram lah..takkan kemana juga rezeki haram ko dapat tu..aishh geram nyaaa


Ok sha mengaku pernah upload gambar ic pada tahun 2012 macam tu..since dah lama sha dah lupa entry tu dekat mana..cari tak jumpa..dekat google just ada gambar ja..link tiada so susah nak padam dah sha syak orang itu pick up randomly dekat google.

Nak dijadikan cerita..customer peniaga tu chat sha dekat FB tapi sha lambat respond..batery low bat time tu..then dia chat husband sha memandangkan status kitaorang married dekat FB so dia chat dekat whatsapp (husband sha penjual cuckoo area sandakan..korang boleh follow dia kalau nak apply penapis air/udara hihi FB : Mohd Azrin Abd Rahman)


Customer tu bagitahu  ic sha dan tanya sama ada sha ni penjual cadar, murah gilerr RM150 3pcs bukan cadar biasa ya..korang boleh tengok dekat fan page --> star market, ramai dah orang kena tipu transfer online dekat dia then blok dia..apatah lagi dia percayakan customer dia guna ic sha..


Sha pun pada hari itu juga pergi buat laporan polis untuk self-defense, sampaikan ada satu customer yang dia tipu dah bank in dalam rm600 chat sha cakap bukan-bukan aishh kalau ia pun marah please jangan babitkan anak dan suami saya..saya sendiri tidak bersalah apatah lagi mereka..so fikir baik2 sebelum keluarkannya..maaf bole diterima tapi tetap menyinggung perasaan orang tau.

So sha seru dekat kawan-kawan blogger tolong sha report dan komen dekat page star market supaya tiada lagi orang yang tertipu dengan peniaga online ni..

Difahamkan sehingga kini dia masih aktif berjualan..

Kepada peniaga tu..Ko dapat duit yang banyak didunia..tapi ko jawablah nanti cara ko dapat duit haram tu dekat akhirat nanti

7 comments:

  1. sha ada baca pasal ni kat fb awak, ni link blogpost yang ada ic tu http://www.opzzpinky.my/2014/09/renew-ic.html hehehe

    ReplyDelete
  2. Melampaunya orang macamni. Cara nak berniaga pun dah salah, semoga sha sekeluarga terlindung dari musibah yang tak diingini

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang orang suka sangat tipu2 guna gambar orang, nama orang semua..

    ReplyDelete
  4. melampau kan sha.. suka suka guna ic org.

    ReplyDelete
  5. bahaya betul sekarang nie , hopefully dapat settle hal nie..risau orang yg guna ic tu pergi lagi jauh

    ReplyDelete
  6. Punca rezeki dari duit haram dan guna identity orang lain, melampau sungguh!
    Syukur alhamdulillah Sha dapat detect peniaga penipu itu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin