Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

August 7, 2018

Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah

Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah  | Assalamualaikum, cuaca tidak menentu sekarang membuatkan kulit kita semakin bermasalah, epsss, faktor makanan juga cenderung kepada masalah kulit tauuu, tapi kita ni takut nak cuba supplement, maklumlah diluar sana berlambak supplement bersama kesan-kesan tersendiri, jadi entry kali ini sha nak share dengan korang salah satu supplement kecantikan secara botanical. 


Generation 3 Colla adalah nama dan packaging terbaru diperkenalkan pada hujung bulan June yang lalu bagi produk sebelum ini iaitu Generation 2 Collagen, tapi kandungan dan rasa masih sama ya. Generation 3 Colla penyelesaian bagi masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi, bintik-bintik hitam dan membosankan.  

Apa yang menyakinkan sha tentang Generation 3 Colla ini adalah produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand dan korang boleh tengok testimonial tentang produk ini di Facebook Kitsui HQ. Bukan itu sahaja, Generation 3 Colla ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 5 bahan-bahan botanical utama dan ada kelulusan KKM.

Kandungan : 
  • Fruktos
  • Serbuk Lemon
  • Maltodekstrin
  • Kolagen Peptida
  • Omega 3
  • Acid Sitrik
  • Perisa Nenas yang dibenarkna
  • Guar Gum
  • Acid Ascorbic
  • Trikalsium Fosfat
  • Astaxanthin


Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz bungkusan 15 bungkus x 15 gm. Simpan ditempat dingin dan kering.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Kebaikan Generation 3 Colla
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit
  • Mengatasi "stretch mark"
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Menyelesaikan masalah nada kulit yang tidak sekata
  • Selesaikan kedutan halus
  • Selesaikan masalah kulit kering
  • Buang parut jerawat
  • Suspens dan sesuai dengan kulit
  • Menambah kuasa (mudah bangun awal)
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit pelembap
  • Cantik rambut dan kuku anda
Generation 3 Colla, korang boleh didapatkan di Watson, Guardian ataupun website kitsui dengan harga RM38.80 sahaja.





HOTLINE: +6 03-7666 1129

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin