August 2018 - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

August 28, 2018

Tuesday, August 28, 2018

Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan

Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan
Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan | Assalamualaikum hi guys, actually kandungan sha dah sekitar 35 minggu, entry ini cuma nak share dekat korang bagaimana rasa kontraksi palsu untuk pengalaman pertama ummie to be macam sha ni haha..Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan sakit ka tidak? T.T sakit tauuuu...ok jom kita baca selanjutnya hihi

Image result for kontraksi palsu

Sudah tidak boleh begitu tenang kalau ini yang dinamakan kontraksi palsu, sedangkan begitu palsu pun sudah sakit apakan lagi yang beneran, pasti lagi dasyat kan? huhu..seram sejuk gueeee...

Pada 11 Ogos yang lalu, lepas ja husband sha pergi kerja jam 7.45pagi, sha memang akan bersendirian dirumah, macam biasa buat kerja rumah, cuci kain guna tangan, jemur kain, cuci piring, masak sebab husband balik kerja half day memandangkan hari sabtu, tapi hari itu memang berbeza sangat, semua kerja sha tidak boleh buat sudah, berdiri pun susah, berjalan pun susah, duduk pun tak senang duduk. Perut sha mengeras dan sakit, adakah sha mau bersalin sudah??

Sha start kesakitan, dari bahagian perut sampai ke punggung, kaki mengeletar dan tidak selesa, sha ada whatsapp husband sha, tapi mungkin dia busy, then sha chat kakak sha, dia cakap dia belum pernah alaminya sepanjang dia mengandungkan 2 anaknya, dia sarankan untuk pergi ke hospital, sha bukan jenis yang sikit-sikit nak pergi hospital haha..sebab banyak sangat appointment dengan klinik so malas mau deal dengan hospital hihi

Kesakitan berterusan sampai jam 9 pagi, Ya Allah sha teruskan juga buat kerja rumah, stop bila sha sudah tidak tahan cuci kain, sambung balik bila dah redah sikit, apa yang boleh sha bayangkan kesakitan tu macam perut dan punggung sha ni dihampas pulas, bertapa berat pengorbanan ibu mengandung kan..husband pun call sha risau takut terberanak dirumah sorang-sorang, then dia cakap itu hanya kontraksi palsu..

Apa itu Kontraksi Palsu???
Kontraksi palsu atau dikenali sebagai Braxton Hicks merupakan hal normal yang terjadi pada wanita hamil. Kontraksi semacam itu merupakan persiapan rahim untuk menghadapi persalinan.


Pic Credit to Mrs Pip on Braxton Hicks Kerap Menyerang

Beberapa cara untuk mengatasinya Kontraksi Palsu adalah:-

  1. Sebenarnya, kontraksi palsu ini makin sakit apabila kita melakukan kerja, berehatlah dan kawal pernafasan membantu untuk lebih tenang
  2. Makan dan minum secukupnya
  3. Mandi air suam untuk buat tubuh badan menjadi rileks

Sehingga kini, sha sudah mengalami 2 kali kontraksi palsu, tapi kali kedua ini berlaku pada malam, sakit lebih kepada sakit pinggang macam sakit senggugut, tapi sakit jugalah sampaikan tidak mampu bercakap, marah-marah husband hahhaa..kesian dia.

Apapun kesakitan yang sha alami sekarang ini, semoga baby keluar selamat dan sihat hendakNya, pengalaman pertama sakit kontraksi ini InsyaAllah membuatkan sha lebih bersedia bila tiba masa melahirkan..
Tuesday, August 28, 2018

Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80%

Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80%
Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80% | Assalamualaikum hi guys, beberapa hari lagi negara kita nak menyambut hari Merdeka yang ke 61 tahun, semestinya minggu patriotik ini, Lazada tidak ketinggalan untuk sama-sama Menyambut Kemerdekaan dengan memberi korang Diskaun sehingga 80%, wow !! korang dah boleh start cuci mata guys, jom kita tengok apa yang menarik ada pada Merdeka Sale Lazada 2018.


Bestnya ada Merdeka sale, haha, of coz lah guys, sha kan pregnant, now dah 35 weeks, memang akan beli persiapan barang baby dan barangan keperluan sendiri kena lagi waktu-waktu gaji husband tengah dalam perjalanan...mau tak penuh troli, haha..dan sha memang prefer beli secara online, senang nak pilih, boleh tengok sama ada ready stok atau tak, bandingkan harga, murah pun memang murah, pos pula berbaloi, kira macam beli untuk diri sendiri, happy la kan dapat parcel berganda-ganda dari abang pos laju :P

Aip, korang jangan ingat sale ni untuk barangan baby ja tau, banyak lagi barangan lain. Dan sempena menyambut kemerdekaan yang ke 61 tahun ini, kita up sikit barangan tempatan kita contohnya, Siti Khadijah menawarkan 20% diskaun bila korang beli barangan bernilai RM100. Boleh beli untuk pakai sendiri ataupun hadiahkan dekat mak or mak mertua, telekung pun design banyak yang baru sampai, harga pun ikut quality. Selain dari telekung, ada juga jubah, dress, beg mengikut trend sekarang, ahh cepat grab sekarang !!!


Satu lagi jenama tempatan yang tak asing lagi, korang memang akan kenal punya, Naelofar Hijab, ala pemilik jenama yang cute miut tulah , siapa lagi kalau bukan Neelofa, banyak fesyen dan color menarik untuk korang pilih, bukan setakat tudung sahaja, inner tudung dan sajada pun ada. Jadi korang beli barangan bernilai RM150 dari kedai ini korang akan dapat hadiah. wow kan?


Ada banyak lagi jenama tempatan yang korang boleh usha-usha di web site lazada, hanya klik LAZADA MERDEKA SALE dan mula cuci mata hihi, korang kena ingat tau, sale dari lazada sempena kemerdekaan ini hanya berlangsung mula hari ini 28 Ogos sahaja sehingga 31 Ogos 2018 sahaja..add cart siap siap !! hihi


Untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di Lazada, semestinya FLASH SALE dengan promosi sehingga 15% rebat guyss..owh nooo, sha ternampak dekat situ barangan baby yang murah haha..grab cepat-cepat sebabnya nanti melopong walaupun promo sehingga 31 Ogos pun barang yang dipamerkan berlainan mengikut tempoh sale, so korang tidak mungkin ada peluang untuk grab barang yang sama sob sob menangis dalam bilik haha...

Flash Sale bermula dari jam 9 pagi, 2 petang dan 7 malam, so alang-alang sha tiada kerja ni boleh lah set masa untuk online time merdeka sale di web site lazada kan..hihi..



Nak dapat voucher percuma? korang boleh dapatkan hanya dengan shake shake handphone sahaja, tapi Shake dan Win Vouchers Today hanya menggunakan Aplikasi di telephone pintar korang caranya mudah sahaja :-



Korang boleh mula Shake shake setiap hari pada jam 1 petang dan 9 malam sahaja, valid sampai 31 Ogos 2018 yaaa..disitu kalau korang bertuah akan menang voucher RM15, so boleh enjoy shopping puas-puas, make sure stay dalam page Lazada bila nak dekat time shake tu hihi, kalau malas nak cari dekat google play korang boleh terus scan gambar kod untuk download aplikasi Lazada.



Selamat menyambut kemerdekaan bersama Lazada, shopping barang yang perlu sahaja tau, jangan boros, dan jangan lupa grab voucher setiap hari..

August 26, 2018

Sunday, August 26, 2018

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month

Assalamualaikum, hi guys korang dah join belum GA ni? tutup 31 ogos tau, sempat lagi kalau nak join kan hihi, ok semua rules sha dah follow, memang sedia follow cikla hihi, 

Wishes : Happy birthday kak yang comel, semoga terus success dalam apa jua, sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki

Good luck to me and baby dalam perut hihi

korang jemput join sekali tauu

August 17, 2018

Friday, August 17, 2018

Betulkah Mengandung Anak Lelaki Wajah Tidak Berseri?

Betulkah Mengandung Anak Lelaki Wajah Tidak Berseri?
Betulkah Mengandung Anak Lelaki Wajah Tidak Berseri? || Assalamualaikum, alhamdulilah minggu ini sha dah nak masuk 33 minggu, dup dap dup dap kan..mestilah nak tahu sangat jantina baby dalam kandungan, eh ummie dia excited sangat hahaha..setahu sha, jantina baby dalam kandungan dah boleh dikesan pada awal usia 3bulan, tapi dengan syarat guna scan 4D haha baru jelas, tapi kan persoalannya Betulkah Mengandung Anak Lelaki Wajah Tidak Berseri? hurmmm...


Sha ada post pertanyaan ini dekat Facebook, ramai juga mommy yang setuju dan tidak setuju, yang atas pagar tu pun ada itu mesti tengah mengandung juga hahaha..


Beberapa pendapat yang bersetuju based on pengalaman diorang mengandung anak lelaki wajah tidak berseri..eh kurang serinya hihi

1. Suzyanna Yap dr pengalaman ya..mengandung umur 20an nmpk mcm 40an..lepas bersalin baru ada yg tegur oh muda lagi pula Haha aduhai, sama lah dengan sha muka baru 20an konon..bluerkk jangan jeles, tapi sejak mengandung ni perghhh serabaiii..ok kita tunggu sha lepas bersalin ya..tungguuu..

2. Flower Ring Betul..pglmn sndiri ngandung ank lelaki 5 org Ok ini betul-betul based on pengalaman, ternyata mengandung anak lelaki itu kurang seri nya..kurang ok kurang hihi

3. EmaSaimah Awang Mmg pucat tu ank llaki bnyk putus urat Betul tu, kalau bersalin anak perempuan urat cuma 1 ja yang putus, kalau lelaki ada 2 urat ummie akan putus, huhu..seram lak rasa kan..

Pendapat yang tidak bersetuju based on pengalaman diorang mengandung anak lelaki wajah sangat berseri..ermmm

1. Nurul Atika Klu aq muka berseri seri sekali scan baby boy..rakan FB sha ini pun mengandung juga, anak pertama macam sha, tapi itu baru scan kan? hihi..

2. Shafizah Man Saya girl ka boy ka, sama ja. Macam tiada seri. Haha hahaha pun ada juga, nda apalah kalau tiada seri yang penting kemas kan hihi

3. Aiin Baharom Kalau sya tbalik😂baby girl x seri..sbb seri baby dah tarik hihi mesti baby kelaur comel orangnya sebab seri dah kena tarik :P

4. BalQish NurAafiyah Humairah Tidak jua tu, aku gegurl sakai abes jua.. Selekeh mo mampos lg.. Cuci muka pun malas, apa lg mo bbedak bedak bergincu gincu.. Mekap jau sekali la.. Tiada seri mengandung langsung. tapi baby keluar comel orang nya kan kak sue hihi

5. Salmiah Awang Mengandung baby girl berseri-seri. Mengandung baby boy berseri je Haha 1 seri ja ya? muka sha langsung xda seri, sebab semua seri baby kat dalam yang ambil..oww mesti baby cute macam ummie dia kan erkkk hahaha

Sha tidak kisah sebenarnya berseria ataupun tidak sebab sebelum kahwin pun sha memang jenis yang tidak pakai mekap, muka berubah jadi cantik bila time sha kahwin ja la haha, bila awal mengandung pula sha suka berhias, tapi sekejap-sekejap ja, lepas tu bila masuk 5bulan sha suka pakai eyebrow, blusher,foundation dan lipstik..bila jalan tu husband tegur pakai dekat rumah ja..haha kadang curi-curi pakai.

Then bila masuk 3rd trimester ini macam malas ja nak berhias, muka jadi pucat sebab sha kurang minum air, rambut serabai, muka pun lesu hahaha..

Jadi Betulkah Mengandung Anak Lelaki Wajah Tidak Berseri? itu cuma pembawaan baby, tidak kisahlah baby perempuan atau lelaki, kalau itulah pembawaan baby, apa boleh buat, yang penting jaga kebersihan sahaja..dan yang penting stay comel ya hihi..



😂  

August 16, 2018

Thursday, August 16, 2018

Lirik Lagu Haram - Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Haram - Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Image result for Lirik Lagu Haram - Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah

selalu salah salah salah aku
memilih cinta aku dulu
mati rasa aku

dan benar benar benar kali ini
memilih kamu
mencintai aku

rahsiakan cinta ini
biar tersimpan hingga sampai
akhir nanti

oh biar rasa ini
tersimpan hanya untuk aku
kamu saja tahu

oh biar rasa ini
hanya sekadar engkau tahu
aku ada bila perlu
kita saja tahu

ternyata benar benar kali ini
memilih kamu
mencintai aku

rahsiakan cinta ini
biar tersimpan hingga sampai
akhir nanti

oh biar rasa ini
tersimpan hanya untuk aku
kamu saja tahu

oh biar rasa ini
hanya sekadar engkau tahu
aku ada bila perlu

kan ku haramkan hati
selain diri ini
hanya kita berdua

oh biar rasa ini
tersimpan hanya untuk aku
kamu saja tahu

oh biar rasa ini
hanya sekadar engkau tahu
aku ada bila perlu
kita saja tahu
kita saja tahu

August 15, 2018

Wednesday, August 15, 2018

Blogwalking Time #August2018

Blogwalking Time #August2018

Assalamualaikum guys, jom kita main blogwalking, sha dah lama tak join BW, asyik line down ja sejak pindah rumah ni, siapa nak join klik banner ya..have fun

August 14, 2018

Tuesday, August 14, 2018

Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki

Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki
Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki || Assalamualaikum hi guys, sha dah scan kandungan sejak usia baby mencecah 27 minggu, dan ianya lelaki, alhamdulilah geng baba, geng biru hahaha..korang dah scan ka belum?? sudah ka belum scan jom make sure betul ka tidak Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki

Image result for its a baby boy
Picture credited to google

Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki
  • Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit.  ~ ok check balik buku mengandung, nurse start kira degupan jantung baby sha pada minggu ke 17 tapi degupan jantung baby sha semua 150 ke atas..hurmm???
  • Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol atau tajam ke hadapan. ~ yes, perut sha memang tajam kedepan, ala-ala bentuk telur gitu hihi
  • Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar. ~ betul juga, macam berat kebawah
  • Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam. Malah ada juga sebilangannya ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau! ~ haha betul sangat kusam dan lesu, ada jerawat halus membiak dibahagian dahi, tapi masih cute :P
  • Tidak mengalami morning sickness. Tapi mungkin ada cuma tidak berat ~ yup sha tiada morning sickness atau apa2 sickness, tapi awal kandungan memang ada sikit...tak berpanjangan lah..hihi
  • Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging. ~ sha kurang suka ayam, daging yes, sha suka makan tapi husband tak bagi makan sebab takut nanti ada darah tinggi
  • Kulit ibu akan kelihatan kering. ~ sebab sha malas minum air putih haha, jangan amalkan tau kesian baby
  • Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan ~ indeed, rambut sha tiada gugur dan semakin lebat, mungkin sebab makan acid folic?
  • Hidung kelihatan lebih kembang ~ hahaha maybe :P
  • Payudara kanan lebih besar dari kiri ~ opsssss...ntah hahahha, sejujurnya no !
  • Sakit kepala sering menyerang ibu mengandung ~ jarang jugalah tapi selalu pening sebab high blood rendah
  • Bayi lebih suka pergi ke arah sebelah kanan dalam perut ibu. ~ yes, baby suka gerak sebelah kanan 
  • Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus.  ~ betul sangat tiada putus dan nampak jelas
ada beberapa fakta kurang tepat, tapi sha yakin kandungan sha baby boy, baju pun dah beli, nama pun dah cari, hopely baby senang keluar dan sihat hendakNya, amin..

Sumber rujukan : https://my.theasianparent.com/tanda-hamil-anak-lelaki-menurut-islam/



 

August 13, 2018

Monday, August 13, 2018

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

Assalamualaikum, Giveaway dari orang sabah, hi cikgu diyana, kalau berkenan marilah join group sabahan; http://www.sabahanblogger.com/, letakkan no hp tuk sha masukkan dalam group whatsapp, jangan risau sha xpublish punya hihi, eh teriklan sebentar guys, bah jemput join GA pertama cikgu diyana ya..gud luck...nak patung tuuuu..hihi
Monday, August 13, 2018

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Segmen Bloglist  Blog Nieyl

Assalamualaikum guys, salam isnin yang indah, lama sha menyepi tanpa join segmen kan, ok segmen kali ini sangat simple, mesti support tauu hihi nak join kliklah banner :)

August 8, 2018

Wednesday, August 08, 2018

SC.Mixberries Selesaikan Masalah Hitam Bawah Mata dan Kulit Kering

SC.Mixberries Selesaikan Masalah Hitam Bawah Mata dan Kulit Kering
SC.Mixberries Selesaikan Masalah Hitam Bawah Mata dan Kulit Kering | Assalamualaikum guys, sebelum ini sha ada share kan salah satu produk dari Kitsui yang menyelesaikan masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi dan bintik-bintik hitam iaitu Generation 3 Colla, entry kali ini pula sha nak share produk dari Kitsui juga iaitu SC.Mixberries.


SC.Mixberries adalah nama baru bagi produk lama Kitsui; Stemcell Mixberries. Ianya dirumus daripada beri. Hasil campuran beri ini dapat mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata, kulit kering dan dapat melindungi kulit dari sinar UV. Saiz bungkusan 15 bungkus x 15 gm. Simpan ditempat dingin dan kering.

Seperti Generation 3 Colla, SC. Mixberries juga adalah produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand dan diproses di kilang bertaraf GMP, serta ada kelulusan KKM. So korang jangan risau, kandungan 7 campuran beri yang sedap mempunyai tujuan masing-masing untuk membantu korang kelihatan segar dan awet muda.

Kandungan SC.Mixberries
  • Elderberry

Melindungi sel-sel stem epidermis kulit daripada tekanan UV
Kelewatan penuaan sel-sel penting
Perlawanan foto-penuaan
Untuk kulit kelihatan penting dan sihat

  • Kranberi

Kesihatan jantung lebih baik
Membantu dalam penurunan berat badan
Menggalakkan kesihatan kulit
Membantu masalah pencernaan
Meningkatkan kesihatan selular

  • Raspberry

Merangsang Sistem-Imun
Memberi kesan untuk Anti-Penuaan
Lebih bertenaga
Peredaran darah yang lebih baik

  • Blueberry

Meningkatkan Fungsi Mental
Meneutralkan radikal bebas
Mengurangkan pigmentasi, jeragat & bintik hitam
Membaiki lingkungan gelap bawah mata, penglihatan dan tekstur kulit

  • Anggur Merah

Anggur mengandungi antioksidan kuat yang dikenali sebagai polifenol, yang boleh melambatkan atau mencegah pelbagai jenis kanser, termasuk esophageal, paru-paru, mulut, pharynx, endometrium, pankreas, prostat dan kolon. Resveratrol yang terdapat dalam wain merah terkenal dengan kesihatan jantung ialah sejenis polifenol yang terdapat dalam kulit anggur merah.

  • Anggur hitam

Salah satu kesan yang baik memakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti blackcurrants adalah untuk antioksidan terhadap keadaan seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit-penyakit degeneratif penuaan. Sebatian antioksidan utama di dalam blackcurrants ialah phenolics (termasuk flavonoid dan antosianin) dan vitamin C.
Warna ungu/ hitam blackcurrants menunjukkan kehadiran antosianin, yang mempunyai aktiviti antioksidan yang sangat istimewa serta meningkatkan kualiti kesihatan yang lain.

  • Strawberi

Sifat-sifat antioksidan dalam strawberi juga boleh membantu untuk mencegah katarak dan kabur mata dimana boleh menyebabkan buta pada usia tua. Mata kita memerlukan vitamin C untuk melindungi daripada terdedah kepada radikal bebas dari sinaran UV matahari yang terik, yang boleh merosakkan protein dalam kanta. Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kornea dan retina mata itu.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Kebaikan SC.Mixberries
  • Menghalang kesan buruk sinar matahari UV pada kulit
  • Melindungi sel-sel tubuh dari kesan pencemaran
  • Membantu meneutralkan kulit yang nipis atau dibakar kerana pendedahan kepada cahaya matahari
  • Selesaikan kedutan halus
  • Mengeluarkan kedut, beg mata dan bulatan hitam di bawah mata
  • Membantu mengembangkan sel-sel baru
Produk SC.Mixberries, korang boleh didapatkan di Watson, Guardian ataupun website kitsui dengan harga RM38.80 sahaja. Boleh tengok-tengok juga produk Kitsui yang lain mengikut masalah kulit korang, sila layari link di bawah untuk maklumat lanjut :)





HOTLINE: +6 03-7666 1129
Wednesday, August 08, 2018

Isteri Hatinya Penuh Rahsia

Isteri Hatinya Penuh Rahsia

Kadang-kadang dia sanggup pendam sendiri segala luka, 
Sakit macam mana hatinyaa, takkan sekali cerita kepada keluarga,
Walau suami buat hal, tetap dia sembunyikan dengan senyuman,
Walau hidup susah, makan hati, dia simpan dan tidak menjadi untuk minta simpati.

Sebab dia tidak mahu orang benci akan suaminya,
Tapi sesekali air mata itu tumpah, bantal pun boleh basah
Bagi dia tidak mengapa,

Biar orang nampak indah, biar orang nampak macam senang,
Nampak bahagia, nampak tenang dan senang, tiada masalah
Bagi dia tidak mengapa, semua ada hikmah.

Kata-kata dari FB: Rumahtangga bahagia selamanya

Isteri Hatinya Penuh Rahsia Kahwin itu bukan tak semuanya tak indah seperti yang disangkalkan, yup sha baru 8 bulan kahwin haha, mungkin terlalu awal untuk sha meluah pasal bahagia mahupun kesengsaraan, hahaha, ehh korang pun alami benda yang sama kan??? tapi memilih untuk pendam ja, kadang rasa macam let it be, suami kan kita kena hormat, apapun sha sayang suami sha hahaha..entry ini saja-saja tauuu, tiada kena mengena dengan apa-apa..just sharing..hihi

August 7, 2018

Tuesday, August 07, 2018

Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah

Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah
Generation 3 Colla - Selamat Tinggal Kulit Bermasalah  | Assalamualaikum, cuaca tidak menentu sekarang membuatkan kulit kita semakin bermasalah, epsss, faktor makanan juga cenderung kepada masalah kulit tauuu, tapi kita ni takut nak cuba supplement, maklumlah diluar sana berlambak supplement bersama kesan-kesan tersendiri, jadi entry kali ini sha nak share dengan korang salah satu supplement kecantikan secara botanical. 


Generation 3 Colla adalah nama dan packaging terbaru diperkenalkan pada hujung bulan June yang lalu bagi produk sebelum ini iaitu Generation 2 Collagen, tapi kandungan dan rasa masih sama ya. Generation 3 Colla penyelesaian bagi masalah kulit, masalah otot, masalah pigmentasi, bintik-bintik hitam dan membosankan.  

Apa yang menyakinkan sha tentang Generation 3 Colla ini adalah produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand dan korang boleh tengok testimonial tentang produk ini di Facebook Kitsui HQ. Bukan itu sahaja, Generation 3 Colla ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 5 bahan-bahan botanical utama dan ada kelulusan KKM.

Kandungan : 
  • Fruktos
  • Serbuk Lemon
  • Maltodekstrin
  • Kolagen Peptida
  • Omega 3
  • Acid Sitrik
  • Perisa Nenas yang dibenarkna
  • Guar Gum
  • Acid Ascorbic
  • Trikalsium Fosfat
  • Astaxanthin


Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz bungkusan 15 bungkus x 15 gm. Simpan ditempat dingin dan kering.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Kebaikan Generation 3 Colla
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit
  • Mengatasi "stretch mark"
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Menyelesaikan masalah nada kulit yang tidak sekata
  • Selesaikan kedutan halus
  • Selesaikan masalah kulit kering
  • Buang parut jerawat
  • Suspens dan sesuai dengan kulit
  • Menambah kuasa (mudah bangun awal)
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit pelembap
  • Cantik rambut dan kuku anda
Generation 3 Colla, korang boleh didapatkan di Watson, Guardian ataupun website kitsui dengan harga RM38.80 sahaja.





HOTLINE: +6 03-7666 1129

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin