Tips Mudahkan Bersalin - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

July 15, 2018

Tips Mudahkan Bersalin

Tips Mudahkan Bersalin | Assalamualaikum, mengandung saat yang paling berharga buat para ibu, terutamanya sha yang baru 1st mengalaminya, ternyata perjalanan mengandung bukanlah senang dan mudah seperti yang dibualkan walaupun sha bukan jenis yang ada alahan seperti muntah yang teruk. Tapi setiap ibu mengandung selalu mengharapkan proses kelahiran itu berjalan dengan mudah dengan izin Allah..dengan tu sha kongsikan dengan korang tips mudahkan bersalin.


👉2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. Ini kerana proses kelahiran memerlukan tenang untuk push baby keluar.

👉Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. Ermm boleh ka tak nak telan telur mentah? Hihi sha pun belum try lagi..hihi

👉Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka. Sha baru dengar tips ini, mungkin boleh try.

👉Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction..kena siapkan awal2 rebusan ini.

👉Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin. Ini boleh mula membaca dari baby 3bulan.

👉Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

👉Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je) selain dari tu boleh bersihkan air kencing.

👉Makan kurma dalam bilangan ganjil..jangan makan banyak nanti kencing manis..hihi

👉Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby..ini sha dah praktis start kandungan 6 bulan lebih hihi..penjalan sha ni.

👉Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby..rebus buat ulam sedap ni hihi..husband sha suka makan.

👉Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

👉Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk

👉Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut. Banyak para ibu yg consume..baru sha tahu bole sapu dibahagian tut..hihi

👉Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2

👉Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

👉Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu..ok fine hihi

👉Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :) ini sha ada dengar juga..nanti pesan husband siap siap

InsyaAllah tips ini sedikit sebanyak dapat membantu mudahkan para ibu bersalin..memang bersalin ini adalah kesakitan kedua paling sakit dalam dunia selepas mati, tapi dengan izin Allah..mudahan kita dipermudahkan..

Sakit itu kan penghapus dosa 😊
Kalau sakit itu tidak dapat ditanggung oleh para ibu, xkanlah ada anak selepas baby itu lagi kan..hihihi..

Tips credit to fb : Shuhara Shukri
Gambar credit to google

4 comments:

  1. hahaha yang part kerap bersama tu ada baca jugak saranan doktor. Kawan office pun amalkan petua tu memang senang nak bersalin.

    ReplyDelete
  2. terkenang time pregnant anak pertama dulu.
    hampir 14 thn lepas.
    masa tu gamble aje, ikut kata-kata org tua.
    mana ada internet zaman tu. payah nak ada capaian internet mcm skang ni.
    boleh dpt byk petua :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin