Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

May 6, 2018

Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri


Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri | Assalamualaikum dan salam hujung minggu, pejam kelip dah nak menghampiri bulan Ramadan, mesti orang ramai sibuk fikir apa juadah berbuka memandangkan Facebook sudah viral 30 menu hidangan bebuka puasa. hihi, best tau tahun ini sha dapat menunaikan rukun islam yang ketiga ini sebagai seorang isteri, mesti teruja kan? tapi warga Wilayah persekutuan lagi teruja tau, sebab Sumbangan Nur Ramadan Bantu Persediaan Menyambut Aidilfitri sekali gus membantu meringankan beban golongan asnaf.

Image result for sumbangan nur ramadhan

Sumbangan Nur Ramadan yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary dan Yayasan Wilayah Persekutuan turun padang untuk membantu golongan asnaf dengan sumbangan wang RM150 setiap seorang selain daripada mendapat 10 kilogram (kg) beras dan dua kg gula, di kawasan yang terpilih sekitar Kuala Lumpur.

Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada golongan gelandangan pada Program Nur Ramadan
kredit kepada Astro Awani

Golongan Gelandangan juga tidak terkecuali untuk menerima Sumbangan Nur Ramadan, walaupun bertapa pesatnya ekonomi di Ibu Kota Kuala Lumpur, masih ada terselit ribuan gelandangan yang terpaksa kesana-sini untuk hidup. Kadang sha sedih bila sendiri melihat didepan mata, ibu membawa anaknya meminta sedekah pada waktu ramadan yang terik, apa mereka akan jamah bila berbuka puasa nanti? dimana mereka akan makan bila waktu maghrib berkumandang, sedangkan kita sibuk membeli di bazaar yang akhirnya berlaku pembaziran..sedih bukan?

Peranan program ini antara salah satu usaha untuk tidak meminggirkan golongan gelandangan agar dapat bantuan berupa wang RM200 seorang dan bantuan lain seperti kain pelikat, kain batik dan makanan.

Banyak lagi bantuan lain yang telah dibuat oleh Wilayah Persekutuan untuk membantu golongan kurang upaya, ibu tunggal, miskin tegar, anak yatim, dan warga emas. Diharap dengan adanya program ini dapat lagi diteruskan dan dipanjangkan kepada negeri yang memerlukan.

Rujukan :-


9 comments:

  1. Bagus program ni membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  2. Semoga program ini di teruskan dan ramai dapat di bantu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.

    ReplyDelete
  4. Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Sangat bermakna..moga usaha ini dapat diteruskan

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah program yang patut diteruskan

    ReplyDelete
  7. Harapnya ianya dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain la kan sha

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin