Baju Raya dengan Rekaan Kain Bercorak Sendiri - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

May 18, 2018

Baju Raya dengan Rekaan Kain Bercorak Sendiri

Baju Raya dengan Rekaan Kain Bercorak Sendiri | Assalamualaikum, selamat berpuasa korang semua, alhamdulilah puasa pertama telah selamat disempurnakan, paling teruja bila berada dalam bulan pertama ramadhan kali ini sebagai isteri, hihi. Ok bercerita mengenai ramadhan, mesti ramai dah kecoh pasal buat baju raya, eh of cos lah kan, mesti korang dah hantar dekat tailor? kalau korang masih lagi tercari-cari kain pasang, meh sha nak share dekat korang buat baju raya dengan rekaan kain bercorak sendiri, cun bukan???

print- fabric

Sebagai isteri, lagi-lagi feeling excited gila macam sha dapat beraya dengan suami buat kali pertama, mesti nak yang sedondon kan, ada juga orang yang nak update sikit, nak buat baju raya tahun ini dengan rekaan kain bercorak sendiri, adakah tempat yang boleh print kain dengan rekaan sendiri?? ishh ada lahh..korang ni, zaman sekarang dah alaf baru tauuu.

Custom.my adalah salah satu pakar reka design dan percetakan pakaian secara online yang telah bertapak sejak tahun 2014 lagi. Lokasi terletak di Ipoh, Perak, yang bestnya semua order tiada had, kalau nak order even 1 meter kain pun boleh, tapi lagi bagus buat sedondon, lagi meriah kan? mana ada orang buat baju dengan hanya guna 1 meter haha..


Tidak dapat nak merasa kain print? korang boleh order sample pack dengan harga RM13 sahaja, adalah lebih baik sebelum korang decide nak pilih kain jenis apa korang nak guna, bagus korang order sample pack untuk merasa sendiri fabric dan hasil cetakan, sample pack juga korang boleh tunjukkan kepada kawan-kawan, keluarga untuk hasil print yang memuaskan.

Setiap pemilihan kain, Cutom.my akan suggest kain ini untuk fashion dan accessories yang mana satu sesuai. Dan ada juga dinyatakan secara terperinci material dan texture kain tersebut. Harga akan terpapar disetiap coloum jenis kain mengikut kelebaran kain tersebut.



Harga korang boleh bandingkan, setiap harga akan berubah tanpa notis, so korang kena alert sebelum bayar ya. Harga mengikut material dan kelebaran kain.



Sempena bulan Ramadhan ini, Custom.my bagi diskaun sehingga 10-20% kepada semua pelanggan, kalau korang salah satu dari agen akan terima extra 5%, sah sehingga 14 June 2018. Tapi khas untuk produk seperti sport shirt, fesyen lelaki dan wanita, eh adakah? mari kita sambung cerita lagi..hihi

Kedai all in 1, selain dari reka kain bercorak sendiri, Custom.my juga ada menyediakan pelbagai service lain antaranya adalah :-

1. Cetak Sticker terdapat pelbagai jenis sticker, kiss-cut, die-cut, transparent, one way, dan cetak canvas

2. Dekorasi Rumah seperti sarung bantal, bantal hiasan, beg simpanan, sarung galon, cadar tilam, wall scroll



3. Print T-Shirt Wanita dan Lelaki, Beg, Topi, Hoddie, Tudung, dan Barang Keperluan Baby 


Description Sesebuah Produk


Apa yang bestnya dalam laman web Custom.my ini, ada terselit description sesebuah produk, selain dari jual produk, web ini juga ada berkongsi ilmu kepada new parent diluar sana, caranya korang klik pada CATEGORY > KIDS & BABIES ACCESSORIES > KIDS NECK PILLOW description itu ada bahagian bawah, so kita akan tahu kenapa bantal baby khasnya ada bentuk bulat tidak seperti bantal orang dewasa, bahagian sebelah dalam gambar diatas pula, korang akan dijelaskan bahagian yang sesuai untuk design korang di print out, saiz juga ada disertakan, hanya material dan qualiti yang terbaik digunakan oleh Custom.my.


Cara Nak Order


Ada 4 cara termudah korang boleh lakukan untuk place order :-
1. Pilih produk - Masuk lama web Custom.my dan mulakan shopping, pilih produk yang korang nak.
2. Upload Design - Klik button upload pada petak design, file mestilah dalam bentuk JPG dan PNG
3. Bayaran - Harga akan tertera sebaik sahaja korang place order, harga mengikut saiz, kalau sudah confirm korang boleh mula membayar
4. Produk sedia untuk dicetak mengambil masa 5-10 hari untuk menyiapkannya dan akan dihantar kerumah anda, postage menggunakan pos laju ke seluruh malaysia.

So, korang tidak perlu pergi satu-satu tempat printing untuk survey service dalam list korang, bazir masa kan? lagi-lagi kalau dalam projek besar seperti hari keluarga, pakaian seragam sekolah boleh lah tempah sekali, paling best boleh dijadikan goodie atas korang punya design sendiri, inilah masanya korang tunjukkan kepakaran korang dalam mencari barang yang lain dari yang lain. Mesti orang yang memakainya turut teruja sama.


Sebarang pertanyaan korang boleh chat dekat green box sebelah kanan, ataupun korang boleh hubungi mereka melalui :-

Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P) 
No 46A, Hala Meru 11, Pusat Komersial Meru 2B, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.
05-528 0854 / 013-484 5800 
info@custom.my

3 comments:

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin