3 Langkah Natural Cantik dengan Althea Bare Essential - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

April 17, 2018

3 Langkah Natural Cantik dengan Althea Bare Essential

3 Langkah Natural Cantik dengan Althea Bare Essential | Assalamualaikum, hi guys, entry terperap ini hahaha sha nak tujukan khas buat mereka yang diluar sana tidak berapa minat ataupun tidak memakai mekap apabila keluar rumah, so sha nak ajak korang bergosip tentang 3 langkah natural cantik hanya dengan menggunakan Althea Bare Essential


Ok, bergosip mengenainya, Althea telah berjaya menghasilkan produk kecantikan jenama sendiri pada awal bulan April ini, Chukaehyoo !! maksudnya tahniah hihi. Dengan itu, produk tersebut telah menjadi tumpuan ramai pengemar simple natural tanpa mekap termasuklah sha sendiri.



Pihak Althea dengan baik hati telah menghantar gossip box comel berwarna pink diterbangkan khas dari Korea ke Sabah, yeahhh im so exciting :P



Apa yang ada dalam gossip box Althea Bare Essential
1. Contour Cleanser 150g
2. Primer Water 200mL
3. Fixer Cream 50g
4. Mirror Limited Edition
5. Kit Pack Travel bare Essential
6. Althea Marble.

3 Langkah Natural Cantik dengan Althea Bare Essential



1. Contour Cleanser Pembersih wajah adalah langkah pertama untuk natural cantik, sama seperti pembersih wajah yang lain, Bare Essential Cleanse ini mengandungi ice plant dan lemon verbena leaf untuk membersihkan wajah serta berfungsi meningkatkan peredaran darah untuk mendapatkan bentuk V di wajah. Kandungan mirco capsule nya boleh menanggalkan kulit mati dan membuatkan kulit merasa sejuk dan segar, sha suka bau lemon pada pembersih ini.
(Harga : RM23)


2. Primer Water Selepas bersihkan wajah, langkah kedua adalah sapuaan lembut Primer water sebagai toner ataupun primer pada wajah. Fungsi 2 in 1 ini untuk membantu menutup liang pori dan secara tidak langsung dapat memberi kelembapan kepada kulit. Korang akan nampak hasil kulit lebih glowing dan anjal secara natural. Kandungan ekstrak Snow Lotus nya bertindak melembutkan kulit wajah, meningkatkan kelembapan kulit dan menyihatkan kulit secara semulajadi. Magik kan !!
(Harga : RM43)


3. Fixer Cream Akhir sekali, gunalah cream wangian green tea yang menyenangkan berfungsi untuk 24 jam penghidratan. Tambahan 2 kandungan dalam satu cream comel ini iaitu Trehalose untuk mengekalkan kelembapan dan Baobab Tree membantu mengingkatkan kolagen pada kulit agar kulit tidak berminyak.
(Harga : RM50)

3 Langkah Natural Cantik dengan Althea Bare Essential seisi keluarga boleh guna, suami sha pun pakai tau..malam-malam sha kena rajin sapu Primer Water dan Fixer Cream dekat mukanya, haha maklumlah kadang dia kena pergi site, cuaca panas sekarang ni, kulit dia pun jadi kering dan tidak sekata, 3 langkah ini boleh bantu kulit suami sha jadi natural cantik, dia kan tak pakai mekap..haha, so sharing is caring kan, boleh jimat pakai dan cantik laki bini..hihi

Untuk setiap pembelian 1 set Bare Essential ini korang akan dapat lagi diskaun sebanyak 10%, free shipping, dan free cermin Althea yang limited edition, *sementara stok masih ada

2 comments:

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin