Loya dan Pening Semasa Mengandung - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

March 18, 2018

Loya dan Pening Semasa Mengandung

Loya dan Pening Semasa Mengandung | Assalamualaikum, dua perkara ini, sejujurnya sha cakap memang sha memang tidak akan lari untuk mengalaminya sepanjang tempoh hampir nak masuk 3 bulan mengandung, walaupun sha bersyukur sangat-sangat sha tiada alahan muntah yang teruk sepanjang mengandung seperti mana ibu-ibu mengandung alami.

Meskipun begitu, sha tetap dapat teruskan aktiviti harian seperti makan dengan baik, memasak dengan happynya, hidu bauan tidak berapa teruk, cuma ada beberapa bauan yang sha tidak suka, contohnya asap racun nyamuk boleh membuatkan sha pening.

Kalau korang ada simptom ini, tahniah anda mengandung---> LINK


2 benda ini dapat selesaikan masalah loya dan pening sha sepanjang sha mengandung, mudah didapati di toko ubat dan market. Adapun sebelum ini sha hanya tertarik pada buah mangga, dan campuran asam boi bersama limau kasturi sudah berlalu dan sha pun tidak lagi tercari-cari benda masam itu, hihi, sejujurnya sha bukan pengemar benda masam.

Apapun, semua ini adalah penghapus dosa-dosa kecil buat para ibu-ibu yang mengandung, ada beberapa bulan lagi nak tabah menghadapinya, insyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya.

Itu Sahaja entry saja-saja hihi
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi


5 comments:

  1. Hehe.. kak sha pun mcm tu klu pregnant.. dr anak pertama.. smpai lah skrg..tp loya mual smua tu bagus..itu tandanya kandungan kita sihat..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah takpe takpe nanti baby dah keluar mesti dah takde loya-loya dengan muntah tu hehe apa-apa pun kita still kena bersyukur.

    ReplyDelete
  3. Asam-asam ni emmang dah macam benda wajib kalau pregnant ni. Take care ya & semoga dipermudahkan semua urusan :)

    ReplyDelete
  4. Take care kak ..
    semoga dipermudahkan semuanya :)

    ReplyDelete
  5. Take care kak ..
    semoga dipermudahkan semuanya :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin