March 2018 - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

March 27, 2018

Tuesday, March 27, 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsy

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsy


Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsy | Assalamualaikum, hi guys, mood join GA kembali lagi haha, macam biasa syarat simple sahaja, korang kena follow beberapa rules dan GA tamat pada 31 Mac ini, tidak banyak masa lagi, so boleh start join dari sekarang sebab takut nanti terlupa ka kan hihi. Oh ya kalau nak join korang boleh klik banner cute diatas ini, pemenang akan dipilih melalui lucky draw ..so jomm joinn

March 24, 2018

Saturday, March 24, 2018

Lirik lagu Comel Pipi Merah - Siti Nurhaliza

Lirik lagu Comel Pipi Merah - Siti Nurhaliza
Lirik lagu Comel Pipi Merah - Siti Nurhaliza | Assalamualaikum, hi guys, best kan lagu ni, lagi-lagi lagu ini khas untuk puteri penyanyi tersohor Dato Siti NurHaliza yang selamat dilahirkan secara pembedahan pada isnin yang lalu. Sha pun nak juga lah cipta lagu khas untuk baby dalam perut, eh better dengar ja lagu siti ni, haha, kot-kot anak secomel siti kan..

Image result for lirik lagu comel pipi merah
Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurnian maha esa

Sayang disayang Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Di mana intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada

Sayang disayangi Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (6x)

March 23, 2018

Friday, March 23, 2018

Tahniah Dato Siti Nurhaliza, Lahirkan Puteri Comel

Tahniah Dato Siti Nurhaliza, Lahirkan Puteri Comel
Tahniah Dato Siti Nurhaliza, Lahirkan Puteri Comel | Assalamualaikum, congrats dato Siti, telah selamat melahirkan puteri comel bernama Fatimah Az-Zahra (nama sementara) secara pembedahan pada 19 Mac 2018 yang lalu, sha lambat buat entry tahniah, tapi sejujurnya sha sangat teruja, sebab kelahiran penyanyi tersohor ini antara yang dinanti-nanti oleh peminat seluruh Malaysia termasuklah diri ini hihi.

Image result for tahniah siti nurhaliza

Image result for tahniah siti nurhaliza melahirkan

Apapun sha sangat ternanti-nanti pengumuman rasmi mengenai wajah dan nama anak penyanyi ini, pada peminat diluar sana, kita kena hormat keputusan mereka ya, selamat berpantang dato siti :)

March 22, 2018

Thursday, March 22, 2018

Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita)

Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita)
Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita) | Assalamualaikum, siapa peminat lagu ni sejak kebelakangan ini, kita geng haha, 1st time ja dengar lagu ni terus teka ini mesti lagu Siti Nurhaliza, 100 markah, betul sangat walaupun suara Siti sekarang agak berat dan tidak senyaring dulu, tapi tetap best, lagi-lagi lagu ini selalu sha dengar setiap jam 7 depan TV haha

Baca Sinopsis ---> Drama Tiada Arah Jodoh Kita 
Image result for Tiada Arah Jodoh Kita | Kau Takdirku - Siti Nurhaliza.


Lirik Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza (OST Tiada Arah Jodoh Kita)

Apa yang pernah terbayang sewaktu dulu
mungkinkah inilah takdirku
tiada terfikir oleh ku kehadiranmu
telah merubah seluruh hidupku

bezanya kita bagaikan langit dan bumi
namun akhirnya kitakan serasi

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua

kelebihanmu dan juga kelemahanku
kita terima seadanya
jua

sempurna kita menyemai cinta nan suci
Indahnya dirimu yang ku miliki

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua
Mencipta syurga kita berdua. 

March 19, 2018

Monday, March 19, 2018

Pencarian bloglist bulan April 2018

Pencarian bloglist bulan April 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.
Monday, March 19, 2018

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP
BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP | Assalamualaikum, hi guys, mood join GA kembali lagi haha, macam biasa syarat simple sahaja, korang kena follow beberapa rules dan GA tamat pada 8 April ini, banyak masa lagi, tapi boleh start join dari sekarang sebab takut nanti terlupa ka kan hihi.

Birthday Giveaway by Mrs Pip

Oh ya kalau nak join korang boleh klik banner cute diatas ini, pemenang akan dipilih melalui random.org, hanya satu pemenang sahaja akan memenangi hadiah berupa mask, body wash dan hadiah misteri, kalau ramai yang join Mrs. pip tambah lagi satu pemenang, so apa tunggu lagi jom join hihi

March 18, 2018

Sunday, March 18, 2018

Loya dan Pening Semasa Mengandung

Loya dan Pening Semasa Mengandung
Loya dan Pening Semasa Mengandung | Assalamualaikum, dua perkara ini, sejujurnya sha cakap memang sha memang tidak akan lari untuk mengalaminya sepanjang tempoh hampir nak masuk 3 bulan mengandung, walaupun sha bersyukur sangat-sangat sha tiada alahan muntah yang teruk sepanjang mengandung seperti mana ibu-ibu mengandung alami.

Meskipun begitu, sha tetap dapat teruskan aktiviti harian seperti makan dengan baik, memasak dengan happynya, hidu bauan tidak berapa teruk, cuma ada beberapa bauan yang sha tidak suka, contohnya asap racun nyamuk boleh membuatkan sha pening.

Kalau korang ada simptom ini, tahniah anda mengandung---> LINK


2 benda ini dapat selesaikan masalah loya dan pening sha sepanjang sha mengandung, mudah didapati di toko ubat dan market. Adapun sebelum ini sha hanya tertarik pada buah mangga, dan campuran asam boi bersama limau kasturi sudah berlalu dan sha pun tidak lagi tercari-cari benda masam itu, hihi, sejujurnya sha bukan pengemar benda masam.

Apapun, semua ini adalah penghapus dosa-dosa kecil buat para ibu-ibu yang mengandung, ada beberapa bulan lagi nak tabah menghadapinya, insyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya.

Itu Sahaja entry saja-saja hihi
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi


March 17, 2018

Saturday, March 17, 2018

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer


Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer | Assalamualaikum hi guys, dah lunch ke belum? mari sha nak share satu resepi mudah untuk korang yang tidak cukup masa untuk ketuk-ketuk didapur ataupun bagi korang yang suka masakan sihat tanpa lemak.

Ikan bakar berkuah 😅
Pelik kan...hahaha kali ni masak ikan bakar tp berkuah dlm air fryer..no oil ya..memandangkan kuah ikan bakar sangat wangi and i like it very much..terutamanya bahagian kepala..owww delisious beb..
#opzzpinkymainmasakmasak

Ikan Bakar Berkuah, macam pelik ja kan? haha actually sejak mengandung ni sha suka makan makanan yang berkuah dan sup, lagi-lagi suka makan ikan, nyum nyum, jadi resepi yang sha nak share dekat korang senang sahaja, bahan pun mudah dapat yang penting korang ada air fryer, kalau oven sha tak pasti suhu berapa, korang boleh try and error ja, kan..

Resepi Ikan Bakar Berkuah Philips Air Fryer
1. Ikan 
2. 4 ulas Bawang Putih dihiris panjang
3. 1 saiz ibu jari Halia dihiris panjang 
4. Setengah gelas air asam
5. 2 sudu makan sos tiram 
6. Garam dan Ajinamoto secukup rasa

Masukkan ikan yang telah dipotong dua dan dihiris sedikit pada ekor dan kepala kedalam besen kecil, masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaulkan sama rata, masukkan bahan tadi juga kedalam hirisan ikan bagi menimbulkan rasa pada ikan.

Kemudian masukkan ikan bersama bahan tadi ke dalam aluminium foil, tuangkan kuah dan pastikan tidak tumpah. Masak pada suhu 170c selama 15minit

Selamat mencuba :)


March 16, 2018

Friday, March 16, 2018

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita
Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita | Assalamualaikum, siapa layan cerita ini kita geng, actually sha baru ja berjinak-jinak dengan drama ni, walaupun dah lama main, sha start tengok sebab jalan cerita dia makin menarik, dan itu sahaja channel yang ada sebab mama suka tengok drama pukul 7 haha.

Tiada Arah Jodoh Kita

Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara dan telahpun ditayangkan pada 13 Februari 2018 di slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. 

JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania, Alis Mariya

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Airis Yasmin sebagai Wardah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
Elfaezah Ul Haq sebagai Aisyah
Alis Mariya sebagai Saidatul
Azzam Zamani sebagai Afwan
Halimah Naim sebagai Mak Siti
Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
Rania Humairah sebagai Alisha
Puteri Adrianna sebagai Wanie

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Rahsia Tuhan
Penyanyi : Ippo Hafiz

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA
Mengisahkan percintaan Afia Awliya dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Afia Awliya bercinta dengan Fayyad Syakir. Namun Fayyad Syakir tiba-tiba meminang Afia Awliya untuk sahabatnya, Megat Wakeel yang sakit. Afia kecewa kerana Fayyad mahu menjudikan cinta mereka begitu. Namun Afia kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Wakeel kerana sifat penyayangnya.

Pada masa yang sama, abang kepada Wakeel, Megat Aathif yang turut mengejar cinta Afia menghalang cadangan Wakeel untuk mengahwini Afia. Namun Aathif redha dengan keputusan itu. Afia mengahwini Wakeel yang menghidap kanser buah pinggang. Sejak itu, Bermulalah kehidupannya berhadapan dengan Aathif yang tidak dapat menerima Afia sebagai adik iparnya. Namun, ketelusan yang ditonjolkan Pia berjaya membuktikan mereka bahagia.

Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan. Dia kini berhadapan dengan Fayyad yang kembali menagih cintanya. Namun Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif, abang Wakeel yang sememangnya menaruh perasaan pada Afia sejak mula. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.
Friday, March 16, 2018

Pendaftaran ADAM50 - Bajet 2018

Pendaftaran ADAM50 - Bajet 2018
Pendaftaran ADAM50 - Bajet 2018 | Assalamualaikum, untungnya bagi bayi warga negara Malaysia yang lahir pada tahun 2018 hingga tahun 2022, sebabnya bayi-bayi tersebut akan diberi dana tabungan permulaan sebanyak RM200 dalam skim yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa pembentangan bajet 2018 iaitu ADAM ataupun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 



Pendaftaran ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun selepas bayi dilahirkanContohnya, korang melahirkan bayi pada 20 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 20 Januari 2019. Tapi kalau gagal berbuat demikian maka kelayakan untuk mendapatkan ADAM50 secara automatiknya terbatal, so korang ada masa setahun untuk mendaftar ya.

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic


DOKUMEN PENDAFTARAN ADAM50
Berikut antara dokumen yang perlu dibawa ketika proses pendaftaran, antaranya:
  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

SYARAT KELAYAKAN
Berikut kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50:
  • Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  • Peserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan
  • Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

  

March 12, 2018

Monday, March 12, 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Cash Giveaway by FarhanaJafri
Assalamualaikum guys, Tahniah buat Farhana Jafri sudah mencapai target PV yang diingnkan, mesti happy kan, jom join GA beliau, syarat simple ja. korang boleh klik banner ya, good luck 
Monday, March 12, 2018

Ini Simptom Yang Sangat Ketara Bagi Wanita Mengandung 1Bulan

Ini Simptom Yang Sangat Ketara Bagi Wanita Mengandung 1Bulan
Ini Simptom Yang Sangat Ketara Bagi Wanita Mengandung 1Bulan | Assalamualaikum, mengandung adalah perkara yang tersangat istimewa yang dinanti-nantikan oleh para ibu, terutamanya bagi pengantin baru yang sudah merancang ingin mendapatkan zuriat awal dimasa honeymoon mereka. Macam sha sendiri juga tidak mempunyai apa-apa ilmu mengenai mengandung, apa yang sha tahu, mengandung itu tentang mengidam dan muntah..hihi..jadi mari baca sedikit simptom yang sha alami, begitu ketara waktu sha mengandung usia 1 bulan.


Penting untuk kita sebagai wanita tahu bahawa kita sedang mengandung seawal usia 1 bulan, bagi memastikan bayi dalm perut kita tetap sihat sehingga ia dilahirkan. Begitu juga dengan perihal rutin harian kita dimana aktiviti lasak atau perkara yang dilarang semasa mengandung wajib diambil kesah, mengangkat barang yang berat, stress, makan ubat semasa mengandung dan lain lain lagi. 

Terlalu banyak simptom yang sha kenal pasti bersamaan dengan simptom dalam blog dan laman web lain ceritakan, kalau boleh setiap hari sha akan google simptom yang baru sha alami untuk mengetahui apakah sha benar mengandung ataupun tidak. 

Berikut adalah Simptom yang sangat ketara bagi wanita mengandung 1Bulan

1) Mudah lelah
Perasaan mudah lelah akan dirasakan oleh para calon ibu yang sedang hamil muda. Perubahan kadar hormon estrogen dan progesteron saat hamil mempengaruhi fisik seorang wanita sehingga ia tidak sekuat biasanya dan mudah merasa lelah meskipun ia melakukan aktivitas-aktivitas sederhana yang tidak terlalu berat.

Simptom sha : Terasa sangat penat dan mudah mengantuk - 100% betul

2) Morning sickness
Morning sickness adalah istilah di mana seorang wanita yang sedang hamil muda merasakan mual dan muntah-muntah terutama di pagi hari saat bangun tidur hingga menjelang siang hari. Perasaan mual dan gejala muntah-muntah ini berbeda pada setiap wanita yang sedang hamil muda, karena pada kenyataannya, ada juga calon ibu yang tidak merasakan mual-mual saat ia sedang mengandung janinnya. Wanita bisa meminum minuman herbal atau minuman hangat lainnya untuk meredakan mual dan muntahnya.

Simptom sha : Untuk morning sickness, sha tiada alaminya sepanjang kandungan usia 1 bulan, lepas 1bulan lebih baru ada evening sickness, oh patutlah tidak semua ibu-ibu tahu dia mengandung sebab tiada morning sickness kan.

3) Kram perut
Kram perut dapat dirasakan wanita yang sedang hamil muda. Kram perut pada saat hamil ini umumnya merupakan kram perut yang ringan, dan rasanya seperti kram perut pada saat mengalami menstruasi. Wanita bisa meredakan rasa sakit di perutnya akibat kram dengan cara mengompreskan bantal penghangat di perutnya dan beristirahat cukup.

Simptom sha : Krem tiada, tapi sakit bawah pusat, pernah satu hari tu sha angkat cousin kecil sha, agak berat juga, terus sha terasa ada sesuatu dalam perut, macam ketulan.


4) Keluar flek darah
Pendarahan kecil atau yang biasanya dikenal dengan flek darah kadang disalahartikan sebagai darah haid. Meskipun mirip, flek darah karena kehamilan memiliki ciri-ciri yang mudah dipelajari. Umumnya, flek darah tanda kehamilan itu berwarna lebih pucat daripada darah haid. Flek darah ini muncul akibat dari implantasi embrio ke dalam dinding rahim.

Simptom sha : Sha ingatkan sha period time keluar darah sebab dia keluar pada hari sepatutnya sha period, tapi darah keluar sikit sangat, warna coklat yang tidak jelas, keluar hanya sekali sahaja. - 100% betul

5) Merasa malas
Perasaan malas yang timbul pada wanita hamil merupakan perubahan psikis yang dirasakan para calon ibu yang sedang mengandung bayinya. Hal ini sebenarnya merupakan mekanisme perlindungan tubuh agar wanita yang sedang hamil lebih banyak beristirahat karena hamil merupakan proses yang panjang dan melelahkan, melibatkan banyak perubahan di tubuh wanita, dan menguras cukup banyak energi dan pikiran.

Simptom sha : Malas yang amat, hahaha - 100% betul

6) Mudah sakit
Sistem pertahanan tubuh wanita hamil cenderung menurun karena perubahan fisik, psikis, dan hormon pada dirinya, sehingga ia lebih mudah terserang penyakit. Sakit yang diderita wanita hamil biasanya flu, demam, batuk, dan pilek. Wanita hamil dapat mengonsumsi vitamin C dan makanan bergizi lainnya untuk mempertahankan dan meningkatkan daya tahan tubuhnya.

Simptom sha : Muka pucat, pitam, demam, batuk, tiada mood, pening-pening, selain itu, suami sha pun blood pressure naik, migrain yang teruk hampir setiap hari dalam seminggu tu. 

7) Mudah lapar
Ciri yang selanjutnya adalah merasa mudah lapar, sebgai mekanisme pertahanan tubuh bahwa tubuh kini membutuhkan nutrisi lebih untuk dua nyawa, sehingga nafsu makan wanita hamil meningkat.

Simptom sha : Makan adalah hobi sha haha, sampaikan suami sha terkejut sha makan limau + asam boi waktu malam..pelik kann..huhu

8) Perasaan sensitif
Ini merupakan perubahan psikis yang terjadi pada wanita hamil muda, yaitu memiliki perasaan yang lebih sensitif. Sedikit perkataan yang menyinggung hatinya, akan sangat mudah berpengaruh padanya. Perubahan hormon bisa mempengaruhi mood seorang wanita hamil sepanjang hari

Simptom sha : Selalu merajuk dengan suami dengan perkara yang kecil, dan sha termenangis tiba-tiba..haha

9) Indera penciuman lebih tajam
Seseorang bisa saja memiliki ketidaksukaan terhadap suatu makanan atau hal lainnya yang memilik bau tajam, misalkan durian atau jengkol. Namun, pada wanita hamil sesuatu yang biasa saja bisa membuatnya tidak nyaman, seperti aroma tubuh suaminya. Hal ini dikarenakan pada wanita hamil muda, ia memiliki indera penciuman yang lebih tajam.

Simptom sha : Betul sangat, sha alah pada bau lingkaran racun nyamuk dan bau minyak diesel, terus sakit kepala, tapi sha suka hidu bau badan suami kahakahakahak..

10) Tidak haid
Ciri yang selanjutnya adalah wanita hamil tidak haid, karena dinding rahim yang biasanya luruh setiap bulan saat menunggu sel sperma datang membuahi sel telur, kini sudah ada yang tinggal di sana, yaitu, calon bayi yang dikandung oleh seorang calon ibu. Wanita akan berhenti haid, dan ini merupakan ciri yang jelas dari wanita hamil muda yaitu berhenti menstruasi sementara sampai bayinya dilahirkan.

Simptom sha : Yup, sha tiada datang haid pada waktu yang sepatutnya sha datang, terus beli pregnancy test hihihi


11) Payudara terasa berisi, lembut dan gelap
Payudara akan terasa berisi dan berat, serta bertekstur lebih lembut saat seorang wanita hamil. Perubahan fisik di payudara ini merupakan salah satu persiapan tubuh untuk mematangkan kelenjar susu agar wanita bisa menyusui bayinya kelak.

Simptom sha : haha iya kot :P selain itu, memang sakit kalau tersentuh tanpa sengaja..perghh sakit dia..haha

12) Pembengkakan di lengan, paha, bokong
Pembengkakan terjadi di beberapa bagian tubuh tertentu, seperti lengan, paha, dan juga bokong. Bagian-bagian tubuh tersebut akan terlihat lebih besar dari biasanya pada saat wanita sedang hamil.

Simptom sha : Yup ketara sangat pada lengan dan paha, bukan setakat bengkak, ianya membesar dengan jayanya haha..selain itu tapak tangan sha bengkak dan gatal.

13) Sakit punggung
Beberapa wanita akan merasakan sakit punggung pada saat hamil. Hal ini bisa diredakan dengan berbaring atau mengompres punggung dengan bantal penghangat atau air hangat.

Simptom sha : Sangat tauu hahaha, sakit pinggang pun dia juga..

14) Perut membengkak
Perut membengkak atau adanya pembesaran perut pada wanita hamil 1 bulan sebenarnya bisa jadi tidak terlalu terlihat karena usia kehamilannya masih sangat muda, terlebih pada wanita yang tidak terlalu memerhatikan perubahan tubuhnya. Untuk meyakinkan seorang wanita hamil atau tidak maka harus melakukan pengecekan untuk memastikannya.

Simptom sha : Dah rupa lemak bawah perut, hihi, orang kecil senang detect sebab perut menonjol kan, tiba-tiba pula tu..hihi

15) Begah atau kembung
Begah atau kembung adalah suatu keadaan di mana wanita hamil muda merasa perutnya penuh dengan udara dan juga terasa sakit. Rasa sakit di bagian perut ini akan lebih baik jika wanita hamil muda bisa bersendawa dan kentut dengan baik. Jika ia tidak bisa kentut atau bersendawa, ia bisa melakukan cara-cara untuk mengatasi kembung yang aman untuk wanita hamil.

Simptom sha : Banyak angin dalam badan sha, selalu sangat kembung perut, tidak selesa, suami pun sama..dua-dua lawan buang angin dalam bilik haha

16) Buang air kecil lebih sering
Adanya tekanan di bagian kandung kemih akibat pertumbuhan janin di rahim akan membuat wanita hamil buang air kecil lebih sering daripada biasanya, meskipun ia tidak bukan tipe yang banyak minum air. Meskipun melelahkan bolak balik ke kamar mandi, wanita hamil tidak boleh menahan-nahan rasa ingin buang air kecil itu agar tidak meracuni janin.

Simptom sha : Of Course, sampai sekarang pun masih lagi buang air kecil, rasa mau berumah dalam bilik air. 

17) Sembelit
Sembelit atau susah buang air besar akan dialami sebagian wanita yang sedang hamil muda. Sembelit bisa jadi merupakan pertanda tubuh kekurangan cairan, karena wanita hamil buang air kecil lebih sering daripada biasanya. Untuk itu, wanta hamil jangan lupa untuk sering minum air putih untuk menjaga kesehatan tubuhnya.

Simptom sha : mungkin sebab sha kurang minum air hihi

18) Sulit tidur
Meskipun tubuhnya lelah, wanita hamil akan merasa insomnia atau sulit untuk tertidur. Perubahan kadar hormon progesteron salah satunya merangsang wanita hamil agar tetap terjaga.

Simptom sha : paling pun sebab sering ke tandas, susah tidur mungkin 20% sahaja.

19) Rasa tidak nyaman di mulut
Produksi hormon progesteron memicu rasa tidak nyaman di mulut, seperti rasa asam atau seperti ada rasa logam di sana. Akibatnya, wanita akan merasa mudah mual dan ingin muntah. Mengurangi minuman berkafein akan mengurangi rasa asam pada mulut.

Simptom sha : membuatkan sha tercari-cari benda masa, kalau tidak makan memang akan rasa mual dan tiada mood

Selain itu simptom sha alami adalah
- Jerawat 2-3 ketul, sha bukan jenis yang cepat naik jerawat
- Cirit Birit
- Gastrik

Mungkin korang alami simptom yang berbeza, boleh share dalam komen, apapun korang kena cek sendiri guna pregnancy test beli dekat farmasi dan jaga kandungan korang. Ini sahaja simptom-simptom yang sha telah kongsikan sebagai petanda korang berjaya hamil, tahniah !!


Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin