Buka Buku Ibu Mengandung - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

February 13, 2018

Buka Buku Ibu Mengandung

Buka Buku Ibu Mengandung | Assalamualaikum, hi guys, mood hari ini ada baik sikit, bagi ibu mengandung, loya dan pening berpisah tiada, syukur alhamdulilah, ternyata saat mengandung juga paling mengerikan, bagaimana bisa ibu-ibu sekalian boleh tahan ya? hihi, itulah hebatnya jadi wanita kan..ok bertambahlah label baru dalam blog sha iaitu DIARY MENGANDUNG, maklumlah first time kan, haha memang akan dicatat sepenuh rasa kasih sayang untuk mu zuriat tercinta..sehh, so minggu lalu (9/2/18) adalah hari pertama sha menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai ibu mengandung, jadi sha nak kongsikan pada korang proses buka buku untuk ibu mengandung.


Bestnya cerita pasal mengandung ni, banyak ja idea muncul, siap boleh buat entry mesra SEO, haha, ok berbalik pada cerita proses buka buku ibu mengandung, buku tahun 2018 adalah warna putih, bukan warna kegemaran sha seperti yang diwar-warkan sebelum ini, huh sedihh haha, never mind babe, tetap akan menjalani proses yang sama kan.

Setelah dapat tahu yang sha mengandung 4 minggu di entry Alhamdulilah, Im Pregnant, sha terus dapatkan pengesahan mengandung, pengesahan ini korang boleh dapatkan dimana-mana klinik kerajaan, pergi buat pregnancy test daftar RM1 sahaja hihi, murah kan, dan lepas tu korang bawa pengesahan tadi untuk buat temujanji buka buku ibu mengandung diklinik desa berdekatan kediaman korang, biasanya rawatan bermula pada usia kandungan 6 minggu, macam sha hahaha. Sha buat rawatan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Sungai Manila, Sandakan, Sabah. Dekat ja dengan rumah sha.

Dokumen yang perlu ada semasa Buka Buku Ibu Mengandung
1. Salinan IC suami dan isteri 2 keping
2. Salinan Surat Nikah 2 Keping
3. Gambar berukuran passport suami dan isteri 2 keping

Datang awal ke klinik pada tarikh temujanji bagi mengelakkan korang bertapa lama disitu, sebab proses hari pertama buka buku ibu mengandung sangat lama, tunggu nombor korang dipanggil dan staff nurse akan isi 2 buku, satu putih untuk salinan kita dan original buku berwarna pink untuk simpana pihak klinik, banyak sangat soalan sejarah kesihatan diri dan keluarga nurse akan tanya, so jawab dengan yakin ya, lepas itu dia akan bawa kita ke bahagian pemeriksaan anggota badan, periksa mata, breast kalau ada ketulan (korang pastikan tiada 'cop mohor' dari suami ya haha), rahim, kaki kalau ada bengkak dan seterusnya buat test kencing dan ambil darah untuk cek gula dan cek darah.

Proses test kencing agak lama memandangkan time sampai makmal, sha baru lepas membuang air, baru dorang bagitahu mahu ambil test air kencing errrr, bayangkan sha terpaksa tunggu air kencing seterusnya hahah, pastikan korang minum air banyak-banyak setiap kali pergi klinik, kalau boleh bawa air putih banyak-banyak, juga boleh memendekkan masa untuk ambil air kencing haha. 

Ambil darah biasanya sekejap ja, tapi mungkin staff makmal orang baru, so prosesnya menghampakan, staff tu perempuan, ketara gegaran tangan bila dia ambil darah sha dengan lengan, then bila dia siap cucuk jarum, dia boleh pula tekan jarum tu, emmm sampai biru lengan sha, kalau setiap kali ambil darah macam tu ampun, sha nak orang lain yang cucukkan huhu..

Lepas dapat keputusan dari makmal, sha pun kembali pada staff nurse tadi, dia rekod result tadi dan bagi sha ubat sampingan; Acid Folic, Vitamin B, Vitamin C dan Iron, ok bercakap pasal ubat pula, memandangankan HB sha bagus 13.0 dan kandungan belum sampai 3 bulan so sha tidak digalakkan untuk makan ubat selain ubat Acid Folic tu, ish memandai ja staff nurse tu, nasib sha tanya doktor. Dan kesan untuk ubat Iron tu, sha maaf cakaplah, kalau boleh sha nda mau makan lagi, buat sha pening 1 hari 1 malam, dengan moody yang tak tentu, najis tukar warna jadi hitam, seram tengok, tapi disyorkan kalau nda mau makan itu ubat, boleh ja gantikan dengan sayur peria, hati ayam, tempe untuk dapat zat besi.

Lepas siap proses buka buku, nurse tadi suruh jumpa doktor untuk scan baby, ok fine, terpaksa ambil nombor baru, time ni korang kena prepare makanan banyak-banyak, menunggu sangat memenatkan bagi ibu mengandung haha. Untuk scan baby, sebelum ini sha pernah scan baby diklinik swasta, nanti sha ceritakan pada entry seterusnya, perasaan scan di klinik swasta dengan klinik kerajaan jauh beza kan, klinik kerajaan hambar ja doktornya, tiada explain bagai mana satu pundi kencing mana satu baby, tapi sha faham sebab ramai lagi pesakit tengah tunggu diluar.*Maaf tiada gambar scan baby*

Siap ja scan baby dah boleh pulang, jangan lupa tanya tarikh temujanji lepas ni, biasanya dorang akan bagi sebulan sekali, tapi bagi ada kes berat dorang akan jumpa dalam masa 2-3 minggu sekali. Apapun, pengalaman nampak baby kita dalam scan, terus rasa terharu, inilah nilai kasih sayang kita dengan suami yang Allah berikan pada kita, bahagia rasa, kecil ja kan, sekarang pun dah 7 minggu, alhamdulilah.

Tidak ternilai kasih orang tua mengandungkan kita selama 9 bulan, dengan alahan yang teruk mengidam macam-macam, demi anak dalam kandungan, maka kita patut berterima kasih pada mereka yang melahirkan kita.

Terima kasih yang mendoakan kesejahteraan sha, dan sha sentiasa mendoakan ibu-ibu yang ingin mendapat zuriat, semoga Allah makbulkan doa kalian, itu sahaja coretan entry kali ini.

Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi



6 comments:

  1. salam sha singgah sini, semoga baik-baik saja buat sha n bb ya..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Partime UBER Driver

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah.. semoga dipermudahkan urusan sis.. ^^

    ReplyDelete
  4. take care tau...semoga mudah semuanya..

    ReplyDelete
  5. Tahniah, anda adalah pemenang Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger
    emailkan maklumat dibawah kepada pokcik :

    1. Nama Penuh
    2. Alamat Tetap
    3. No. Telefon
    4. URL penyertaan GA

    emailkan kepada damalkamis@gmail.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)