Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

January 15, 2018

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah | Assalamualaikum, musim durian merah datang lagi, tapi sayangnya dua tiga tahun kebelakangan ini, musim buahan, durian merah amnya sangat sukar untuk ditemui mungkin cuaca yang tidak stabil membuatkan terbantutnya pertumbuhan buah ini. Tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat makan, malah disini sha berkongsi Resepi memasak dengan cara mudah Tempoyak Durian Merah.

Kelihatan kelibat penjual durian merah area Sandakan sudah memunculkan diri, ianya mulai bertapak disekitar Jalan Batu 7, depan Pejabat hinggalah depan Masjid Pengeran, untuk harga sekilo agak mahal tapi berbaloi untuk menghilangkan rasa ingin makan durian merah. Sekilo RM35


Durian merah sangat popular di sekitar Borneo, mempunyai bentuk fizikal sama seperti durian biasa, namun perbezaan warna pada isi dan kulitnya. Rasa isi durian merah kurang manis dan berlemak. Ianya sesuai untuk dibuat tempoyak.

Resepi Mudah Tempoyak Durian Merah


  • Tumis bawang besar dengan durian merah yang sudah masak (tips memilih buah durian merah yang masa; kulitnya terbuka dan isi kemerahan) bersama biji durian merah, letakkan sedikit garam dan gaul sehingga baunya naik.


Kebanyakan pengemar durian putih secara automatiknya akan suka dengan durian merah ini, namun tidak kurangnya juga ada yang tidak suka makan durian putih tapi obses dengan durian merah, namun bagi sha agak malang bila seseorang tidak suka merasa kenikmatan kedua-dua durian ini, suami sha terutamanya hahaha, it's ok b, nda juga habis tempoyak durian merah sayang haha


5 comments:

  1. Sha selalu tengok gambar je.. Belum berpeluang merasai durian merah nie lagi..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah dan salam perkenalan...jiran sebelah negeri rupanya..hihi

    durian merah ni rasanya kat Sarawak ada jugak tp so far tak pernah lagi makan... mahal jugak tu durian RM35 sekilo kat Sabah ehh... kat Putrajaya ni RM18 sekilo pun rasa bercinta nak beli tp tu la dah teringin sangat..utk 2 orang terbang jugak la paling kurang RM100 pun..uhuhu

    ReplyDelete
  3. wow....merah nya...tapi sayang saya tak makan tempoyak

    ReplyDelete
  4. Haha..teringin juga nak tengok real buah ni.hari tu ada tengok rancangan mat dan tapi masa rancangan tu dibuat durian ni xda

    ReplyDelete
  5. woahh musim ka suda?..mau ba beliii~

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)