Majlis Perkahwinan Sharina dan Azrin - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

January 3, 2018

Majlis Perkahwinan Sharina dan Azrin

Majlis Perkahwinan Sharina dan Azrin | Assalamualaikum, sha baru ada kesempatan untuk update blog walaupun hakikatnya sudah hampir 2 minggu majlis berlalu, maklumlah mood masih pengantin baru hahaha. Alhamdulilah, majlis perkahwinan dikediaman sha, Ran. Sungai Manila dan tempat suami Mini Dewan Balaban, Beluran, berjalan dengan lancar, meriah dan puas hati.

Pertemuan pertama sha dan suami pada raya ketiga 2015 dan bertunang pada 20.2.2016 dirumah sha sendiri, sha juga ingin abadikan kenangan kami ditempat dimana cinta ini mulai bersemi. Sejujurnya sha kenal dengan suami melalui Facebook sekitar 2011, suami terpaut dengan post sha dalam facebook, menjadi stalker tegar blog dan media sosial yang lain, eh sha ada secret admirer ka?? haha 

Thanks b jadikan sayang isteri b :) zaman mengurat-ngurat dulu dan selepas bertunang sha dan suami masih lagi guna gelaran pakcik dan babu, lepas kahwin agak kekok sikit. Tapi trust me guys, lepas kahwin bila dah panggil pasangan dengan panggilan manja, lagi best, feel nya sangat berbeza, sebab dah halal kan.

Majlis Nikah - 22.12.2017 | Jumaat | Lepas Asar
Disebabkan ini adalah kali pertama sha menggunakan mekap, muka sha 100% berubah, sha sendiri tidak kenal muka sendiri, so beauty haha..sesuailah dengan impian sha selama ini 'aku akan cantik seperti mana cantiknya orang yang bernikah' cia cia cia..haha, sudah semestinya bakal pengantin mahu kelihatan cantik pada hari pernikahan mereka. kannn..Mekap oleh Nurshiela Chill



Image may contain: 2 people, people smiling, closeup
Abang sha merangkap wali, yang banyak membantu mengatur majlis perkahwinan adiknya tersayang hahha

Image may contain: 4 people, people sitting, table, wedding, living room and indoor

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Malam Berinai - 22.12.2017 | Jumaat | Lepas Isyak
Masa nikah tu, sha belum lagi pakai inai, pelik kan? haha sebab malam berinai sha buat selepas nikah, waktu ini suami sudah pulang ke rumah pakciknya untuk buat malam berinai masing-masing. Selain berinai, diadakan aktiviti karaoke dan ada hadiah, sha nak ikut tapi sibuk berinai haha. Inai kedua belah tangan dan tapak tangan siap pada jam 11.45pm. Inai oleh Mawar Hitam

Image may contain: 1 person, closeupImage may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Majlis Bersanding - 23.12.2017 | Sabtu | 11.00am - 11.00pm
Rombongan pengantin lelaki dan para jemputan sampai awal dari jadual, sha pula sibuk dimekapkan, jurumekap datang lewat jam 10am disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan sedangkan majlis bermula jam 11am, membuatkan jantung sha bagai nak terjatuh, semuanya belum settel lagi tapi jurumekap sha sangat pro, mengambil masa yang singkat untuk mencantikkan muka sha haha alhamdulilah sha sanding tepat pada masanya. 

Mekap oleh Raisa Aisha
Busana dan Pelamin oleh Halim Iskandar
Indoor Photographer Fatni Aisah

Image may contain: one or more people, car and outdoor

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Image may contain: 3 people

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Majlis Bersanding Baju Pertama Tema Hijau+Grey 



Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: 1 person, smiling, phone

Image may contain: 3 people, people smiling, closeup and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting, people standing, table and indoor

Majlis Bersanding Baju Kedua Tema Biru+Putih

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, people smiling, flower and wedding

Image may contain: 2 people, drink, closeup and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and wedding

Image may contain: 3 people, people smiling, indoorImage may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor

Thanks Blogger Lya dan Suami turut hadir ke majlis perkahwinan sha, nasib nda sesat haha.

Outdoor : sekitar kediaman pengantin perempuan
Sha dan suami tidak sempat untuk keluar mencari tempat photoshot disebabkan rumah sha jauh dari bandar dan keadaan cuaca yang mendung, namun alhamdulilah hasil semua cantik. 
Outdoor Photographer Wan D'astroboy

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Majlis Bersanding Baju Ketiga Tema Merah+Gold

Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and wedding

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting, child and indoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor

Majlis Bersanding - 30.12.2017 | Sabtu | 11.00am - 1.00pm
Majlis bertingkuang atau majlis sebelah lelaki dibuat di Mini Dewan Balaban, Beluran, walaupun jurumekap last minit, tapi hasilnya juga buatkan muka sha berubah jadi cantik, tapi suami sha lebih muka suka tanpa mekap hahaha..Mekap oleh 2 orang cousin suami dan gambar oleh adik perempuan suami

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 2 people, table and food

Image may contain: 2 people, people smiling, plant, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, wedding, child and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, sky and outdoor

Banyak lagi liku-liku kehidupan untuk sha dan suami tempuhi, semoga Allah permudahkan semuanya, terima kasih tidak terhingga pada semua yang menjayakan majlis persandingan kami, halalkan penat lelah selama majlis berlangsung, terutamanya keluarga sha, keluarga mertua, dan kawan-kawan. Terima kasih juga yang mendoakan dari kejauhan, lepas ini doakan pula kehadiran penyeri hidup kami berdua, InsyaAllah..

10 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah sha..moga bahagia hingga ke akur hayat...

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru semoga berbahagia hinga ke syurga aminnn

    ReplyDelete
  3. Baju kaler putih tu bg kak pip la kan, paling cantik...
    Hehe, kak pip mmg suka kaler2 putih, so asal nampak baju kaler putih, cepat sgt terpikat..
    Semoga sha n suami bahagia n kekal hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah kak sha. Selamat pengantin baru.. I'm so happy tgok pic2 kak sha.. Cgat comel dan cantik.. Semoga perkahwinan kak sha b'kekalan hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  5. "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair."

    Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
    dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
    dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin

    ReplyDelete
  7. Selamat Pengantin Baru Sha.
    Sorry ndak kesempatan pg majlis.

    ReplyDelete
  8. selamat pengantin baru!
    cantik sgt, org yg jarang makeup sekali makeup mmg naik seri kan!
    good luck untk kehidupan sbgai isteri pula :)

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru,..semoga bahagia kekal ke akhir hayat..amin2

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Interested?