Apa Yang Paling Menyengat Sepanjang 2017 - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

January 17, 2018

Apa Yang Paling Menyengat Sepanjang 2017

Apa Yang Paling Menyengat Sepanjang 2017 | Assalamualaikum, selamat datang 2018, dipertengahan bulan January ini sha baru nak update kenangan indah yang berlaku sepanjang 2017, banyak sangat yang seronok walaupun sha ni jarang sangat nak bertemu dengan blog. Harapnya ditahun 2018 ini tidak sesibuk malah tidak semalas tahun lalu haha.


Entry menyengat untuk bulan Disember sha sekalikan dengan entry ini dimana jumlah keseluruhan untuk tahun 2017, adil lah kan? haha

5 Entry Paling Menyengat Sepanjang 2017

1. Cowboy Town - Sabandar Leisure Rides dibuka pada 2015, dengan reka bentuk bandar koboi mini membuatkan Tuaran menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong luar dan penduduk setempat. Tetapi sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam kerana ianya mengambil masa kira-kira 20 minit dari Tuaran atau lebih bergantung kepada pemandu.

2. Hari dan Doa Arafah Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam perlaksanaan ibadah haji. Hari Arafah merupakan hari yang istimewa karena pada hari itu Allah SWT membanggakan hamba-Nya yang berkumpul di Arafah kepada para malaikat.

3. Pengalaman Membida di Laman Web Chilindo laman web ini akan melelong kesemua barangan bermula dari RM 0.10 dalam erti kata lain, minimum 10 sen sahaja, sehinggalah pengguna lain turut sanggup membayar berapa banyak jumlah untuk sesuatu barang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, maka dia adalah pememangnya, seronok bila dengar kan.

4. Bukit Piramid, Kundasang Sebelum mendaki, sha memang dah nampak bukit ni, bentuk piramid, comel ja macam bukit teletubies tapi jangan ambil mudah, sebab disepanjang trek untuk naik ke bukit ini sangatlah curam dan hanya ada lalang, tali pun hanya ada 2-3 tempat sahaja.

5. 59 Senarai Homestay di Kundasang, Sabah Kundasang merupakan salah satu pusat percutian yang menghimpunkan pelbagai tempat menarik untuk korang kunjungi, rugilah kalau pergi Sabah, kalau tidak singgah ke Kundasang

5 Blogger Paling Menyengat Sepanjang 2017 (Top Refferals)


5 Blogger Paling Menyengat Sepanjang 2017 (Top Commentators)


5 Keyword Paling Menyengat Sepanjang 2017

1. Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu
2. Baby Shark
3. Cowboy Town Tuaran
4. Hari Arafah 2017
5. Harga Naik Kuda di Cowboy Town 

Alhamdulilah, terima kasih pada blogger yang tersenarai diatas, korang memang awesome, juga ribuan terima kasih pada pembaca setia blog Opzzpinky menjadikan Pagaview sebanyak 944,010 setakat ini dan follower 2,396

Thank you so much :)

2 comments:

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)