Apa itu water bladder bag? 
Mesti korang tertanya benda apa lah warna hitam ni? Beg ni adalah beg khas untuk pendaki atau pelari atau apa-apa yang berkaitan dengan sukan lasak. Khas untuk pendaki Gunung Kinabalu, [Link: Barang keperluan mendaki]  Kira macam korang senang nak bawa air naik bukit dan sedut ja air tu melalui hos. 

Kalau sha pergi hiking, beg ni memang kena ada, fungsinya macam sha cakap tadi, senang nak bawa dan air isi  sedia pada beg, bila nak minum ditengah jalan pun sha tinggal sedut ja air tu, tak perlu berhenti untuk ambil botol dan buka tutup botol macam sha sebelum ada beg ini. Mudahkan?

Ini dia gambar-gambar water bladder bag


Sha belanja satu gambar [Link: Naik Gunung Kinabalu] tahun lalu, naik puncak bawa beg ni sahaja, masukkan dalam tu, ubatan dan handphone.

Bahagian depan beg- boleh disambungkan ke beg hiking korang

Bahagian belakang beg

Bahagian dalam beg - memang limit space, boleh letak kunci kereta, spek, dompet dan handphone (tapi biasanya sha letak handphone dalam poket ja, senang ambil gambar)

Bahagian tank air - kuantiti 3L, biasanya sha tak pernah isi penuh, just isi half sahaja, sebab sha bukan jenis suka minum air putih hahaha

Bahagian Hos - sedut air melalui hos yang disediakan..senang

Beli di mana?
Ramai orang tanya sha beli di mana beg ni, sha beli dekat web site international iaitu Taobao [Link: Water baldder bag] tapi harga sekarang tak sama dengan harga yang sha beli dulu, time sha beli awal tahun lalu RM30+ termasuk postage dari China, sekarang korang bahagi dengan duit Malaysia, cari yang free postage dari China-Warehouse, order sampai dalam 2 minggu lebih.

Selain dari taobao, korang boleh cari di Sgshop Malaysia ataupun Lazada, harga memang beza sebab sha tengok market jual RM70+, online jual RM50+ mungkin belum masuk postage. 

Kalau suka hiking, tools mesti lengkap kan? sha dah terlebih excited dah, tapi boleh ja kalau mau bawah beg jalan pun..letak botol dalam beg, ikut kesesuaian masing-masing..

Rajin nanti sha review peralatan lain pula..selamat membaca semua..
jangan lupa komen tauu..terima kasih..


Sourvenir from Korea, wow, teringin nak pergi Korea..hahah..apa kan daya, belum ada rezeki..jom ramai-rami join GA ni, manalah tau dapat rezeki menang sourvenir tu..Klik SINI untuk Join, Gud luck semua
Image result for weightlifting fairy
Sweeeg haha, habis dah sha tengok drama ni, memang lucu dan sweet, dengan perwatakan Kim Bok Joo dalam cerita tu macam gila-gila, dan ada BF yang sangat bertanggungjawab, periang, dan handsome macam Jung Joon Hyung..kita pun rasa macam nak satu BF macam dia boleh?? hahhaa

Image result for weightlifting fairy synopsis

Image result for weightlifting fairy synopsis

Then, Bok joo ada kawan-kawan yang susah senang bersama, kuat makan dan periang hahaah..

Sinopsis
20-year-old female weightlifter Bok Joo falls in love for the first time. The drama series is motivated by the true story of weightlifter Jang Mi Ran.This drama is inspired by the life of South Korean Olympic weightlifter gold-medalist Jang Mi Ran and it’s about college athletes who fighting for their dreams and finding love. 

Image result for weightlifting fairy synopsis

Kim Bok Joo (Lee Sung Kyung) is a student in Hanwool College of Physical Education. She has shown strength like no other since she was a child as influenced by her former weight lifter father. 

Related image

She looks thoughtless at a first glance, but inside she’s as fragile as glass and has deep recognition. Jung Joon Hyung (Nam Joo Hyuk) is Kim Bok Joo’s best friend. He is a born swimmer but ever since he was disqualified from his first international event, he suffers from ‘start trauma’. Along with Kim Bok Joo, he overcomes his troubles and finds his dream and love. Song Shi Ho (Kyung Soo Jin) is a rhythm gymnast who also attends Hanwool College of Physical Education.

Image result for weightlifting fairy synopsis 

She started gymnastics since she was 5 and won the Asian Games at the age of 18. She’s always been the best since then but mental pressure caused her to break up with Jung Joon Hyung and regret it.

Related image

Kaki korean drama mesti layan punya drama ni..sha bagi 10/10 sebab Main roles memainkan watak dengan baik dan happy ending..sweeeg
Lepas 2 minggu turun dari Gunung Kinabalu [Link: Misi Tawan Kinabalu Kali Kedua] hati memang gatal nak hiking, kali ni memang nak tawan 2 lagi bukit dikundasang, iaitu Bukit Tinorindak dan satu lagi Bukit Piramid [next entry] tapi korang boleh baca entry sebelum ni tawan [Link: Bukit Crystal, Kundasang Sabah

Last minute  planning selalunya menjadi, hahaha, kali ni sha hiking dengan kawan Se-Uitm time ambil diploma, Ira dan Wie, biasanya time begini memang kamilah yang selalunya excited bercuti..hahaha


25 December 2016 - Bukit Tinorindak yang mencabar 

7.30 AM - Registration di pejabat sebelum memulakan pendakian, guide akan bagi taklimat tentang pendakian dan korang akan di beri pinjam tongkat secara percuma, Fee : Entrance RM5 + Guide RM50/5 Orang. Perjalanan sejauh 5.1 KM, 800 M pertama trek biasa, lalu sungai, jambatan, dan tanah kering.

Info tentang Bukit Tinorindak korang boleh contact : FB Nulu Tinorindak Kundasang


Memasuki KM seterusnya, bermula dari signboard ini, dan trek memang sangat mencabar, masuk hutan, berkenalan dengan pacat dan time kami daki memang tanah licin dan daun basah. Kabus memang tebal, sejuk. 1st time, sha hiking melalui hutan, rasanya trek ini lebih mencabar dari naik Gunung Kinabalu, sha ja dah berkali-kali jatuh.








Tempat yang kami pijak tu, bukan sepenuhnya tanah, ada akar pokok yang bila korang pijak memang kaki akan tengelam, so hati-hati ya


9.30 AM - Selepas melalui 2.5 KM, akhirnya kami sampai di puncak, view cantik sekitar Kundasang ditutupi kabus yang tebal, bukit ni bersebelahan dengan Gunung Kinabalu, patutlah sejuk..hihih











10.30 AM - Puas menikmati puncak Tinorindak,, kami beransur pulang, untuk jalan pulang, guide cakap ada dua option, lalu jalan yang sama masa naik tadi atau lalu jalan curam 2.6KM, atas kata sepakat, kami memilih jalan baru 2.6KM perkatan curam disitu sangatlah seram bunyinya haha




12.00 PM - Untuk turun memang sangat laju, trek licin sangat membantu untuk berlari turun, walaupun jatuh berkali-kali sebab kasut pink sha tiada brek, haha. trek 2.6KM memang curam start lalu jambatan ini, kena hati-hati sebab jalan berbukit dan sempit, namun kami berjaya melaluinya





Alhamdulilah, selamat sampai ke check point terakhir, terima kasih kawan-kawan ; Ira, Wie, Pihin, Ezam dan guide Nazri. Option Sijil RM10

Bukit seterusnya, sha akan update nanti, lasak juga sha naik 2 bukit dalam sehari, tapi bukit lepas ni buat sha menangis, kenapa?? nanti sha story..selamat membaca semua..terima kasih 


Alhamdulilah, sha masih diberi peluang untuk menikmati Pendakian Gunung Kinabalu untuk kali kedua..yeahhh..Sha dan Team sangat-sangat teruja hahaha..Untuk pendakian kali pertama, korang boleh baca di link :-


15 December 2016, adalah tarikh kedua Team Mitaki @ Misi Tawan Kinabalu merancang lebih padat untuk kembali mendaki Gunung tertinggi di Asia ini,walaupun pada awalnya kami memilih 31 December seperti mana pendakian yang pertama, tapi sedihnya tarikh tersebut telah diambil pendaki lain..

 Image may contain: 18 people, outdoor

 Pagi yang indah, Terima Kasih Allah, walaupun hujan lebat pada jam 4 pagi, cuaca kembali cerah pada seawal 8 pagi, sekaligus memudahkan pendakian kami, berkat doa dari ahli team..hihi. Kami, seramai 20 team pendaki ; pakej 10 Sabahan dan 10 Malaysian (dalam gambar lebih 2 orang dari team Mitaki 1 :D)

Image may contain: one or more people 
Sebelum memulakan pendakian, kami diberi taklimat oleh Ketua Guide, En Pollelly, bersama 3 guide lain di Timpohon. Mereka yang akan menjaga dan mengiringi disepanjang pendakian kami.


 Tekun betul ahli Mitaki mendengar taklimat..hahaha

Pendakian bermula dengan Bismillahirahmanirahim

9.30 AM - Cuaca cerah, trek licin sebab pagi tadi hujan  dan semua pendaki memulakan pendakian ke Laban Rata sejauh 6 KM, untuk kilometer pertama memang akan excited naik, maklumlah gunung yang dirindui..hihi..rugi tau tak naik lagi...


Once again, Big thanks to Pakcik Anik (lelaki paling belakang) tolong angkatkan beg sha dari pendakian yang lalu dan kedua ni, pakcik kesian tengok sha angkut beg besar dari orangnya hahaha, so kalau rasa tak larat mahu angkat, korang boleh gunakan service porter 1kg RM13, kalau guide tolong angkat, dorang akan cas mahal, so plan awal..hihih




Di sepanjang pendakian memang akan jumpa tangga, batu dan tumbuhan hijau, so take your time to having berapa banyak picture yang korang nak, nanti turun dah malas mau gambar-gambar dah..




 
 

Terjumpa dengan pendaki korea, sha dah lupa namanya, tapi memandangkan time mendaki tu famous drama Legend of the blue sea, sha namakan dia Lee Min Ho, hahaha...

harap oppa baca blog sha ni, hahahaa, macam lah dia faham :P





3.30 PM - Cuaca sejuk melanda, kabus tebal, penat mendaki, kaki dah kebas, akhirnya sha sampai di Laban Rata, apa yang sha pertama fikir ialah, cafe dah buka? lapar oooow..hahaha..inilah laban rata yang cantik lagi megah, eh yang megah tu gunung belakang tu..hihi..




My team rupanya ada blogger selain sha, presenting SYUSAIDIL korang boleh follow dia di syusaidil.blogspot.my wajib follow tauu...sha pun tengah tunggu entry pendakian versi puja pula..hihi..Happy meals guys, rest well besok akan naik puncak. 

8.52 PM - Hujan lebat, tilam dan selimut  jadi sejuk, sha jadi sesak nafas, report dekat guide, (kesian dorang tengah rest terpaksa bangun tengok sha..huhu)..Terima kasih sufrie dan kawan-kawan tolong sha time emergency tu, lepas jirah offer guna inhaler, alhamdulilah, nafas sha dah ok, guide cakap kalau berterusan, sha tak boleh naik puncak besok..wahhh..nak nangis dengar, tapi sha nak juga naik..nak juga..lepas settle semua, sha tidur dengan tenang dan sejuk huhu.

16 Disember 2016 : Puncak, here I come

02.30 AM - Sha langsung tiada mood mau makan, sejuk dan rasa malas pun ada, tapi tetap nak naik, then sha dan kawan-kawan mendaki naik ke puncak, thanks once again to Sufrie temankan sha naik atas, memang tahap sejuk tak rasa sangat dari pendakian lalu, tapi tetap rasa nak give up tu ada..hahaha..itulah perlunya kuatan mental dan fizikal..

04.30 AM - Rekod lama sha kekalkan untuk sampai ke Sayat-Sayat, rindunya mau borak dengan guide dalam pondok tu, ewahh, tapi kan time sha nak guna toilet, sejuk gila air dari gunung..haha..tak dapat dibayangkan korang haha..then sha pun memulakan pendakian ke puncak..


Sha tak ingat jam berapa sampai di KM8 ni, tapi yang pastinya perut sha dah mula masuk angin, kepala dah pusing, asyik muntah-muntah dan give up teruk, AMS menguasai diri, sha dah rasa berjalan macam mayat hidup dah, semuanya weak, alhamdulilah atas dorongan Sufrie, akhirnya sha mau juga teruskan perjalanan, dan sedinya ini bukan puncak wawawa...haha


7.00 AM - Finally, Sharina was at the highest peak of Asia, yeahhh..allhamdulilah, macam di usung naik ja sha rasa, sikit pitam pun ada, rasa nak terbang pun ada time naik tu, haha..muka pucat sangat



 


Sejujurnya, untuk merasa nikmat kepuasan diatas puncak untuk kali pertama ni, sha memang tak puas, dengan keadaan sha turun ke Laban Rata sangat lemah, didukung oleh kawan dan guide, sangat sedih bila ingat balik, tambahan ada 'drama' berlaku time diatas puncak, huhhh, sha dah maafkan..sha pun bukan kawan yang baik, apapun sampai puncak sangat best..hihi


10.03 AM - Sha sampai di laban rata, oww...lamanya proses nak turun dari puncak hahaha..terbang RM100 sha untuk bayar guide yang dukung sha haha, sampai ja laban rata, sha makan, alhamdulilah lepas dah makan, tenaga dah charged, siap-siap nak turun Timpohon

04.26 PM - Sha sampai Timpohon, masih lapar seperti selalu, hahaha, penat sangat kaki sakit, tapi sijil berwarna dan kenangan adalah reward terindah sepanjang 2016, terima kasih kepada Team Mitaki, Guide Gunung kinabalu dan keluarga Fuza..



Good luck korang yang merancang naik Gunung Kinabalu, make sure korang prepare fizikal dan mental, mesti dalam keadaan sihat supaya tak banyak menyusahkan orang (pengalaman mengajar sha) hihi, jangan bawa benda yang tak perlu bila naik nanti..haha..

At least mesti sampai puncak, masukkan dalam wishlist korang, terutamanya orang Sabah..kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik, sha nak naik setiap tahun..hahah..(orang dah warning dah, jangan naik lagi..erghhh)

InsyaAllah, Gunung Kinabalu, akan didaki lagi..
Sentiasa dihati kami, Team Mitaki <3