Contoh Surat Akuan Pindahan Wali - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

December 16, 2017

Contoh Surat Akuan Pindahan Wali

Contoh Surat Akuan Pindahan Wali | Assalamualaikum dan selamat malam semuanya, alhamdulilah semua dokumen dalam borang permohonan kebenaran berkahwin telah sha dan tunang selesaikan pada isnin yang lalu, alhamdulilah Allah permudahkan siap dalam masa yang agak singkat.

Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin boleh didapati di Jheains berdekatan dengan berharga RM5.00 setiap satu ataupun korang memang akan diberikan sekali ketika hendak memohon kursus pra perkahwinan, kursus ini adalah WAJIB.

Contoh Surat Akuan Pindahan Wali

Surat akuan pindahan wali dibuat apabila wali perempuan (ayah dan atuk) telah meninggal dunia, kalau macam situasi sha, bapa dan datuk sudah meninggal, jadi secara tidak langsung wali adalah abang sha, jika wali tersebut anak sulung, maka lampirkan sekali sijil nikah ibu bapa, jika tidak, tidak perlu lampirkan.



Sha beli surat akuan ini di kiosk bangunan kedua sebelah bangunan JPN daerah Sandakan tingkat bawah dengan harga RM10, selepas itu surat akuan tersebut hendaklah dicop pengesahan dari suruhanjaya sumpah dengan harga RM4 yang berada di sebalah kiosk tersebut. Jangan lupa untuk buat 2 salinan untuk setiap satu surat akuan ini.

Berikut adalah dokumen yang wajib korang lengkapkan sebelum dihantar ke pejabat Jheains daerah Sandakan

Dokumen Lengkap Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin 

1. 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan oleh JPN
2. 2 Salinan Kad Pengenalan wali perempuan yang telah disahkan oleh JPN
3. 2 Salinan Kad Pengenalan untuk 2 orang saksi yang telah disahkan oleh JPN
4. 2 Salinan Sijil Kursus Kahwin, beserta sijil asal untuk dicop bahagian belakang sijil
5. Laporan Kesihatan (HIV) disarankan ambil test diklinik kerajaan sahaja
6. 2 Salinan Surat kematian ayah kandung yang telah disahkan oleh JPN
7. 1 Salinan Surat Akuan pindahan wali dan bakal pengantin perempuan beserta surat asal

Kedua-dua pemohon hendaklah mengisi Borang permohonan kebenaran berkahwin dengan betul dan hantarkan ke Jheains daerah korang untuk diluluskan permohonan dan kemudian korang akan diberikan borang kebenaran kahwin (diisi oleh pendaftar) dan borang daftar kahwin (diisi oleh jurunikah) berharga RM5.00. Contoh borang ada dibawah.



Setelah siap, maka korang pergilah berjumpa dengan imam kawasan korang untuk confirmkan tarikh bernikah. 

Semoga segala urusan untuk membina 'masjid' dipermudahkan..amin..


4 comments:

  1. Yeah, welcome to the '3rd ring' ....
    1st, engagement ring,
    2nd wedding ring
    3rd, 'suffer-ring' ....
    Gurau jak...
    Apapun, tahniah....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sha, insyallah dipermudahkan urusan sha dan kluarga .. amin =)

    ReplyDelete
  3. boleh sy tahu yg bawah sekali sebelah cop pesuruhjaya sumpah tu apa ya ? yg d kasi blur tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Simple Blogger Jump to Top Button Plugin