Ribut Tropika Turut Jejas Sabah - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

October 19, 2017

Ribut Tropika Turut Jejas Sabah

Ribut Tropika Turut Jejas Sabah | Assalamualaikum, menurut sumber dari Pejabat Metrologi Sabah, amaran ribut tropika turut Jejas Sabah yang berlaku dinegara jiran iaitu kawasan timur Filipina.


AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran) dan WP Labuan dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis 19 Oktober 2017.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter  dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu sehingga Sabtu, 21 Oktober 2017. Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Manakala di Labuan dan Pahlawan angin 40 - 50 kmsj dengan ombak 2.5 - 3.5 m.

Keadaan cuaca ini terjadi adalah disebabkan oleh  pertembungan antara angin barat laut dengan angin barat daya  dalam perjalanan ke zon tekanan rendah utama iaitu Ribut Tropika Lan di Timur Filipina. Jangkaan sekarang ribut tersebut akan menghala ke utara Filipina.

Azemi Daud
Pej Meteorologi Sabah



Sumber dari Facebook Sabah Kini

Di kundasang, gerai-gerai menjual makanan dan buah-buahan turut rosak akibat ribut pada 17 Oktober yang lalu.

Manakala Sabah Park menutup pendakian ke Gunung Kinabalu ekoran cuaca menjangkaui 2°C pada tarikh yang sama.

Keadaan Ribut Tropika itu juga turut dapat tempiasnya di kawasan Ibu Kota Kinabalu, yang mana hujan dan ribut kuat telah melanda 5 hari berturut-turut. Banyak pokok tumbang dan kereta sesak disekitar bandar berkenaan.

Rakyat Sabah diminta supaya berhati-hati menjalani aktiviti dimusim cuti persekolahan ini. Semoga dengan kejadian yang melimpah negeri kita, kita sentiasa berwaspdah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah.



5 comments:

  1. allahuakhbar.. semoga semua baik2 saja. takutnya tengok..

    ReplyDelete
  2. Memang kuat tu ribut. Nasip baik berhenti sudah.

    ReplyDelete
  3. Salam.. yes the weather was crazy as hell.. Syukurlah its getting better now and the funny thing later is people will complaint .. "what a hot sunny day". Yup, so sad to see thosw who were unfortunate.. losing properties and so on..Lan, curiostraveller.com

    ReplyDelete
  4. Hari ni macam ok ok sudah kan cuaca ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad