Laudya Cynthia Bella Sah Menjadi Isteri Engku Emran - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

September 9, 2017

Laudya Cynthia Bella Sah Menjadi Isteri Engku Emran

Image may contain: 2 people, people smiling, wedding

Assalamualaikum, sekalung tahniah dan selamat pengantin baru buat pelakon terkenal Indonesia, heroin Syurga yang tak dirindukan, Laudya Cynthia Bella, 29 tahun telah sah menjadi isteri kepada Engku Emran, 42 tahun dengan sekali lafaz pada 8hb September 2017. Acara dilangsungkan secara tertutup di Kuala Lumpur dengan hanya mengundang keluarga dan kaum kerabat kedua mempelai.

Melly Goeslow antara artis Indonesia yang turut hadir pada majlis tersebut. Melalui akaun Instagram penyanyi itu, beliau berasa bersyukur dan mendoakan perkahwinan kedua pengantin ini kekal hingga ke syurga.

"Alhamdulillaaah Ya Allah atas izinMu kini anakku @laudyacynthiabella dan @iamkumbre sudah SAH sepasang suami istri, jaga mek terus Ya Allah, jadikan pernikahan yg terakhir, abadi samai jannah amiiiin Ya Allah ......," 

Namun beberapa kritikan dimedia sosial yang menyatakan kesedihan dan tidak puas hati dengan andaman wajah pengantin perempuan itu. Dan mekapnya pada hari persandingan itu, menjadi bualan orang ramai di Facebook Oh! Media 

Baik aku bayar harga makeup seratus dua kalau dah makeup mahal pon tahpapa. Haha adoiii kesian pengantin.. moment yang dia rasa nak paling cantik buat camni.. betoila mmg dah sah, tak halang pun makeup tu tp sedihla nmpk

Siapa MUA bella nie.. Mcm nak bg penampar je... Tau lh make up org niee susah... Tpi selalu nya make up bg org dr tak cantik jdi cantik tapi nie lain pula jdi nya.. Kee mua nie cemburu.. Hahaa

Kenapa aku rasa nk maki tukang mekap dia nie...kenapa xmekap lelawa..kenapa mekap mcm hantu..

Bella ni natural beauty. awat smpai malaysia ,mekap artis mekap smpai jd lagu ni. .sian bella

Menjadi mimpi buruk bagi bakal pengantin bila memikirkan hal sebegini berlaku pada majlis raja sehari nanti. Bagi sha, bella seorang perempuan yang sedia natural cantik, rasanya tidak perlu mekap tebal. Apapun, pemilihan pengandam berpengalaman penting untuk mencantikkan diri pengantin di atas pelamin. 

Sha jadi tak sabar nak kahwin..hihihi doakan sha pula lepas ini ya :)

Gambar kredit kepada Facebook Oh! Media

3 comments:

  1. Selamat pengantin baru kpd kedua mempelai.

    ReplyDelete
  2. Akhirrrnya... teka teki terjawab.
    Semoga kedua mempelai berbahagia hingga ke Jannah.
    Adoi... susah gak jadi MUA tuk org glamorous ni

    ReplyDelete
  3. Tak sangka kan, dapat jodoh dgn pelakon syurga yang tak dirindukan.. lembut je tgk bella nie

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad