Penyakit Difteria

by - Sunday, August 06, 2017


Assalamualaikum, Penyakit difteria adalah penyakit menular kepada semua golongan umur (berisiko tinggi kepada kanak kanak bawah 5 tahun & orang tua) yang boleh bawa MAUT.

Difteria disebabkan oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Kuman ini HEBAT & TAHAN LASAK!! dalam keadaan beku & kering. Ianya mati pada pemanasan 60ºC….Susahnya nak bunuh bakteria ni kan?

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.                        

Tanda-tanda Difteria:

  1. Demam 37.5°c keatas
  2. Kesukaran bernafas atau pernafasan menjadi cepat.
  3. Sakit tekak
  4. Sukar menelan makanan
  5. Batuk – Kuat seperti 'Anjing Menyalak' & suara serak.
  6. Air liur meleleh
  7. Kulit pucat dan kebiruan
  8. Hidung berdarah
  9. Selsema – Bersin serta berair hingus.
  10. Sesak nafas
  11. Ruam kulit
  12. Lapisan membran berwarna aneh di dalam mulut serta lelangit mulut
LAPORAN AWAL WABAK DIFTERIA EPISOD 1/2017 DAERAH SANDAKAN
Wabak difteria episod 1/2017 daerah Sandakan berlaku di Kg. Sim Sim, Sandakan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki (9 tahun, bukan warganegara,  imunisasi tidak lengkap).  Onset kes adalah pada 18 Julai 2017 dan gejala yang dialami adalah demam, batuk, selesema, sakit tekak dan muntah.  Pesakit ini telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada 21 Julai 2017 dan telah dimasukkan ke ICU HDOK kerana mengalami ‘respiratory distress’ dan didiagnos sebagai disyaki difteria.  

Pemeriksaan klinikal pada bahagian tekak menunjukkan terdapat ‘whitish patchy membrane’ pada bahagian tonsil,uvula dan palate yang mudah berdarah semasa penggambilan sampel.  Sampel swab tekak dan ‘nasopharyngeal aspirate’ telah diambil pada 21 Julai 2017 dan keputusan adalah positif untuk isolasi Corynebacterium Diphtheriae pada 04 August 2017 dengan keputusan PCR adalah toksin ‘detected’ untuk Toksin A dan Toksin B.  

Pesakit telah meninggal dunia pada 26 Julai 2017 jam 10.12 malam dengan diagnosa ‘Diphteria with multiorgan failure’.  Siasatan lapangan telah dijalankan sejurus dinotifikasi sebagai disyaki difteria dan mendapati bahawa kanak-kanak ini hanya berada di persekitaran rumah sepanjang tempoh inkubasi.  Kawalan pencegahan telah dijalankan di rumah kes dan semua kontak kes telah disaring.  Sebanyak 15 sampel swab Nasopharyngeal telah diambil dari kontak terdekat dan telah diberikan antibiotik profilaksis  serta sebanyak 43 suntikan vaksinasi telah diberi di lokaliti terlibat.  

Aktiviti pencarian aktif kes mendapati 2 orang (adik-beradik kes) mengalami tanda-tanda jangkitan respiratori dan telah dirujuk ke klinik kesihatan terdekat.  Keputusan sampel masih menunggu keputusan.  Punca jangkitan berkemungkinan daripada lokaliti setempat.  Tindakan kawalan dan pencegahan serta siasatan lanjut masih diteruskan oleh PKK Sandakan

Dr. Jennifer John,
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Petikan sumber : Whatsapps

Nota Pink : Bahaya penyakit ini hingga menyebabkan kematian, maka dengan itu, mencegah lebih baik dari mengubati, itulah pentingnya imunisasi diambil untuk bayi di era mencabar ini.

You May Also Like

4 Comments

  1. Without a proper agar plate, susah untuk isolate the bacteria. Selama Nisa bekerja di dalam makmal, memang susah untuk kami jumpa bakteria ni.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Bayi memang cepat terkena benda benda macam ni...=(

    ReplyDelete
  3. Kena alert juga penyakit2 mcm nie.. Kalau kita tidak d'dedahkan sgat org x tau.. sometimes demam biasa ja pun ramai yg buat endah tak endah

    ReplyDelete
  4. First time dengar tntg penyakit ni. Kalau dah memang serius, baby mmg snang kena. Sbb antibody dorang tak cukup kuat nak halang bendasing2 camni daripada masuk kbdn dorg kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)