Bayi 10 Bulan Berjaya Ke Puncak Gunung Kinabalu - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

August 28, 2017

Bayi 10 Bulan Berjaya Ke Puncak Gunung Kinabalu

Assalamualaikum dan selamat malam korang semua, topik hangat pada malam ini ialah pelancong luar negara berjaya membawa anak mereka yang berusia 10 Bulan, Angus Benjamin telah berjaya ke puncak gunung yang tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu dengan dibantu oleh Malim Gunung dan abang Bomba pada 24 Ogos 2017 yang lalu.


Beruntung bayi 10 bulan ini berjaya mencatat rekod antara yang termuda sampai ke puncak, selepas pendaki adik Andrey Rodney yang berusia 8 Tahun pada akhir March tahun 2016. Tapi sha belum pasti ianya masuk dalam Book of Record ataupun tidak.

Tahniah kepada susah payah Malim Gunung atau dikenali sebagai Guider dan Abang Bomba yang merealisasikan impian berani kedua ibu bapa pelancong luar negara ini untuk berjaya membawa anak mereka sampai kepuncak walaupun ianya sangat berisiko dengan cuaca yang sejuk dan batu-batuan yang ada di gunung tersebut.

Korang mesti rasa kagum dengan kehebatan bayi ini, bagi sha yang telah merasai sendiri sampai ke puncak Gunung Kinabalu, rasanya agak sukar bagi kita yang dewasa untuk mengawal pernafasan memandangkan angin yang berada di puncak sangat kuat, sejuk dan akan berisiko kekurangan oksigen dalam perjalanan ke puncak apatah lagi bayi 10 bulan yang mampu bertahan dengan cuaca sejuk diatas puncak tersebut.

Yang pastinya banyak perbelanjaan dan persiapan yang perlu disediakan rapi untuk menanggung risiko bilamana membawa bayi seawal usia ini ke tempat yang sebegitu extreme, lagi-lagi kekuatan mental dan fizikal, adakah kita sudah bersedia untuk menerima berita buruk yang bakal berlaku jika membawa bayi, wallahualam. Tapi alhamdulilah, bayi selamat turun ke Timpohon dengan membawa pulang sijil mendaki yang berwarna.

InsyaAllah, dengan kejayaan bayi 10 bulan yang sampai ke puncak dengan bantuan Malim dan rakan sekerja yang lain, kita ambil positif sahaja, dan menjadi semangat untuk rakyat Malaysia, Sabah amnya, dapat menjejakkan kaki ke Puncak Tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu. 

Gambar kredit kepada FB: BorneoTrails ToursandTravel

8 comments:

  1. 10 bulan dah merasa nai gunung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la psl hahaha..abg long bla lg..hihi

      Delete
  2. wahhh...umur 10 bulan dah berjaya sampai di puncak gunung kinabalu..aku yang umur 20-an nih beum sampai-sampai lagi di puncak gunung kinabalu..:).

    ReplyDelete
  3. nasib da smpai jgk xda la jeles

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah bjalan lancar apa yang mereka rancangkan =D comel btl baby ni !!! Ju sdiri pun ntah bila mau daki. umur 27 pun blm tnaik2 lagi xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bikin tkut jg..nsb la smpai jg..bah apa lg jun..cayokk..hihi

      Delete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad