Rezeki jadi Cikgu Tadika - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

July 30, 2017

Rezeki jadi Cikgu Tadika


Assalamualaikum, Alhamdulilah, Semua berlaku ada hikmahnya, selepas berhenti kerja dari syarikat Aluminium dan glass di Sandakan, sha memang berniat untuk berhenti di syarikat tersebut, atas sebab-sebab yang lain, baru-baru ini sha dapat offer kerja sebagai Pembantu Tadika di Kota Kinabalu, area Telipok, Sebelum ini, 3 bulan berhijrah ke kampung halaman, setelah 7 tahun menetap di Kota Kinabalu, agak culture shock juga untuk tinggal lama di sana, sebab kampung halaman sha di Sandakan betul-betul di kawasan perkampungan, untuk keluar ke bandar tu jaraknya agak jauh juga, naik bas sejam lebih, belum tambah masa untuk tunggu bas, sangat beza dengan tinggal di kota raya Kota Kinabalu, mungkin itu sebab utama sha ambil offer tersebut. Lagipun zaman sekarang cari kerja sangat susah.

Dalam masa yang sama, sha masih berfikir untuk mencari kerja lain di Sandakan, memandangkan sha sudah ambil keputusan untuk menetap di Sandakan 3 bulan lepas, barang yang ada di Kota Kinabalu, semua dah pindah balik Sandakan, nda kan mahu pindah balik ke KK kan? haha. Kalau tanya pada hati memang kuat mengatakan pergi KK, dan Sandakan terpaksa ditinggalkan untuk sementara waktu, bye orang Sandakan haha...

Berbalik kepada topik entry ini, *maaf sudah, melalut-lalut cerita sha hahaha*

Macam mana sha boleh jadi cikgu tadika?
Ramai yang chat tanya sha soalan ini, sebenarnya sha mengajar di tadika swasta yang awalnya sha hanya jadi pembantu cikgu tadika sahaja, disebabkan murid ramai dan kekurangan guru, sha di offer untuk menjadi Cikgu secara tidak langsung. Alhamdulilah, sha memang ada pengalaman menjadi cikgu part time tuisyen sebelum ini, tapi untuk handle sekelompok cilik yang aktif dengan ragam tersendiri, agak mencabar kecomelan cikgu juga..haha kadang-kadang lucu, kadang-kadang geram, ada masa sha story pasal anak murid sha

Namun, jalan kehidupan kita sudah diatur cantik-cantik oleh Allah, macam sha sendiri, sha belajar komputer sistem + pengajian perniagaan, tapi kerja sebagai pendidik. Kita tidak akan tahu apa dan bila rezeki kita di masa akan datang, kecuali kita yang usahakan.

Apapun kerja yang kita dapat sekarang, sentiasa bersyukur kepada Allah.



11 comments:

  1. Allahamdulilah..tahniah sha..Moga sentiasa di murahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Best jugaa..kdg lucu kdg geram ngn ragam bdk2..haha

      Delete
  3. Alhamdulillah~~ betul tue Kak Shaa,, rezeki Allah kita tak tahu..
    Apapun tahniah kak ,, bukan senang juga nak kerja jadi Cikgu Tadika tetapi dah ada peluang kan ..Selamat bekerja ^^

    ReplyDelete
  4. Kin pun pernah jadi helper ticer masa lepas spm dulu. Sebulan je. Memang mencabar sangat! Sebab tu lah skrg jadi part time tutor budak SPM je sbb takmampu nak handle budak2 kecik yg banyak ragam tu. haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad