Giveaway Raya by Mrs Pip - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

June 11, 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

https://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/06/sedang-berlangsung-giveaway-raya-by-mrs.html

Korang semua, jom join Giveaway Raya by Mrs Pip, syaratnya korang kena buat entry, follow blog dan ceritakkan pengalaman indah dibulan puasa, so ini adalah pengalaman sha..korang join tauu

******************

Terlampau banyak kenangan terindah di bulan puasa sepanjang sha hidup, tapi kena pilih satu dan sha pilih pengalaman ini sebab, ini adalah pengalaman yang sha nda pernah akan alaminya lagi, pengalaman terakhir yang terindah lah maksudnya kan..hihi..

Sudah semestinya, saat manis seorang anak adalah berpuasa dengan keluarganya, alhamdulilah tahun ini sha diberi peluang untuk sekali lagi untuk berpuasa dengan family, sebab sha berada di sandakan, kerja sini, namun, pengalaman manis itu yang sha nak ceritakan ialah ketika membuat persiapan raya bersama ayanda sha, yang mana ayanda sha telah pergi menghadap Ilahi pada tahun 2012, sungguh pengalaman ini adalah pengalaman indah yang terakhir bagi sha, tiada ganti lagi.

Masa itu, seingat sha, umur sha dalam tahun 4-5, masih budak lagi, puasa dulu-dulu mana ada handphone kan, so memang boring memanjang tunggu masa sungkai (berbuka puasa), budak-budak kan ada sifat curious yang tinggi, kebetulan tu, sha tengok bapa sha pasang color light baru beli, di tepi sha ada extension wire, gunting, sellotape wire itu ja sha ingat, haha

Nak dijadikan cerita, kakak sha pun ada dalam disitu, dia memang dah tahu apa yang sha nak buat, kira dia buat-buat nda tahu ja yaa..(macam balas dendam ja)...sha dengan gigihnya masukkan gunting ke dalam salah satu plug extension dan hidupkan sambil pegang gunting tadi, perasaan curious sha "apalah akan jadi bila cucuk gunting tu", haha of course lah kena karan sharina oiii..hahaha

Boleh pula kakak sha yang buat-buat nda tahu tu, gelak besar..bila ingat balik memang sha pun gelak sama..haha, then dia pun kena marah dengan bapa sha, sebabnya sha menangis kuat terkejut beruk oleh karan tadi, terus terbuka puasa sebab menangis yang amat sangat, aduhai..sharina ni nakal juga ya..

Korang punya pengalaman macam mana pulak??

1 comment:

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad