13 March 2017

Gerbang Percutian Mewah di Ascott Kuala Lumpur Dengan Traveloka

Hi hi hi, entry kali ini tentang percutian, memandangkan sha dah start kerja, ecewah..lagi teringin nak bercuti sakan, lama jugalah mendiamkan diri di rumah, bila rasa dah kerja balik, rasa macam nak cutinak cuti..biasalah, lumrah seorang manusia..kan, lagipun sha ni bukan jenis yang workaholic..haha.
So cuti sekolah bakal tiba, bagi korang yang kerja dan sibuk memanjang tu, nak pulang kampung pun berfikir dua kali..jauh yang amat ya..jangan risau dalam Malaysia, Kuala Lumpur amnya, banyak sangat tempat percutian mewah yang bila-bila masa boleh pergi, reward yourself lah kata kan..
Plan nak kemana ya??? Mesti ramai yang pening kepala memikirkan ke mana destinasi percutian best yang korang boleh lawati kan. Bagi sha, sebenarnya kalau nak bercuti, nda payah pergi jauh-jauh, gitu...haha..Apa kata kita round Kuala Lumpur, sha pun baru 3 kali menjejakkan kaki ke sana dan sudah tentu banyak lagi tempat sha dan korang belum terokai..kan.
Kalau korang nak tau tarikan terbaru yang boleh korang consider adalah Kl Tower Sky Box dan Rumah Terbalik. Memang best tempat ni. Then kalau korang kaki shopping macam sha..nah apa lagi, korang boleh pergi shopping mall yang baru di buka di Maluri iaitu Sunway Velocity Mall, disitulah terdapat deretan booth dan kedai dari jenama tempatan hinggalah antarabangsa.

Kepuasan betul jalan sambil cuci mata di area sana kan? Then, kalau sudah pergi bercuti tu, mestilah mau duduk hotel kan?. Haa, harini, sha nak share hotel yang memang best dan gempak untuk korang stay. Hotel yang dimaksudkan ialah Ascott Kuala Lumpur. So, kalau korang nak tengok promosi dan harga yang jimat sebelum menempah hotel ni, layarilah traveloka.com hari ini! Confirm dapat harga yang sampai korang bilang, eh berbaloi juga cuti-cuti di Malaysia..pasti nak datang lagi, hihi

Ok, sha nak story pasal hotel yang sha maksudkan tu. Ascott Kuala Lumpur ini merupakan hotel berkonsepkan serviced apartment yang menjadi pilihan sesuai bagi mereka yang inginkan percutian kontemporari dan moden di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Hotel ini menawarkan pengalaman percutian mewah dikelilingi bangunan pencakar langit dan kesibukan kota metropolitan. Maksudnya kalau korang mau bercuti, tapi masa terhad untuk pergi keluar dari Kuala lumpur, atau cuti hari ni besok dah ada meeting, sambil-sambil stay dalam hotel ini, boleh tenangkan fikiran gitu..

Dan untuk pengetahuan korang, Ascott terletak di Jalan Pinang, dalam kawasan Golden Triangle yang merupakan tempat tumpuan dan tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara. Ah, strategik bukan? Sebabnya, hotel ini berdekatan dengan pelbagai tarikan utama termasuklah Menara Berkembar Petronas, Dataran Merdeka, Central Market dan banyak lagi. Lepas penat shopping, terus balik hotel, dekat ja tu. Korang boleh jalan kaki ataupun menggunakan pengangkutan awam di sekitar apartment ini. Dah nama pun apartment, so, memang sesuai kalau korang nak berjalan ramai-ramai dengan family ataupun kawan-kawan.


Apa yang bestnya, Ascott ni menawarkan 8 jenis pilihan apartment untuk korang pilih dari studio yang paling kecik hinggalah three-bedroom apartment yang siap setiap satunya ada private balkoni alongside dengan dapur sendiri. So, kalau yang jenis suka masak nda mau ikut family keluar berjalan tu, bolehla duduk, lepak masak-masak ka apa. So tengah malam tiada lagi perut berbunyi minta makan, hahaha. Boleh masak sendiri, don't worry.


Setiap apartment mempunyai bilangan bilik dan keluasan yang berbeza. So, kalau korang nak stay di sini, make sure korang survey betul-betul dan consider whether apartment ni sesuai dengan keperluan serta bajet korang. Ikut kemampuan masing-masing, kata nak reward diri sendiri haha.



Bilik-bilik kat Ascott ni sesuai untuk yang jenis tak boleh berenggang dengan rumah . Bak kata pepatah, buatlah macam rumah sendiri..haha..sebab semua apartment di sini furnished dengan peralatan macam TV siap ada Astro, Wifi yang superb laju, aircond dan macam-macam lagi. Dah nama pun apartment iye dok. Hahaha
Then, for amenities pulak, jangan risau, walaupun korang jauh dari rumah, hotel ni menyediakan pelbagai kemudahan untuk korang meneruskan gaya hidup sihat korang. Antara yang best kat sini adalah outdoor swimming pool..wow, dia punya pool, dijamin, one of the best kat Malaysia in term of looks. Memang cantik especially for those yang suka upload gambar kat instagram tu, inilah masanya korang boleh ambil gambar cantik-cantik. Kira macam sambil menyelam, sambil minum air..haha Pool yang disediakan mempunyai binaan yang cukup moden dan yang paling penting, dijamin sangat bersih! Then, the pool ni berkonsepkan outdoor, so sambil mandi korang boleh tengok bangunan-bangunan pencakar langit di sekeliling apartment ni. Cool kan?


Selain dari pool ni, terdapat jugak tennis court dan gymnasium untuk korang bersukan dan beriadah sambil meluangkan masa berkualiti bersama family dan yang tersayang. Bagi korang yang ingin berehat dan tenangkan diri, korang boleh tempah siap-siap terapi spa dan sauna yang disediakan oleh pihak hotel ini. Bestnya, semua ada, semua boleh try dalam satu tempat sahaja.



So, pendek kata, banyak benda yang boleh korang lakukan kat sini. So, apa lagi, book hotel ascot kuala lumpur now at Traveloka.com! Atau, korang boleh download apps Traveloka secara percuma untuk memudahkan lagi urusan booking. Segalanya dihujung jari anda, tempah sekarang dan selamat bercuti dengan traveloka...da~

Post a Comment