Pengalaman berbekam dan kebaikannya - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

August 30, 2016

Pengalaman berbekam dan kebaikannya

Terwujudnya perasaan nak berbekam bila badan sha rasa lesu, lemah dan tidak berdaya..asyik layu ja bila kerja..then google lah apa penyebab dan solution..banyak yang syorkan bekam, ianya pun sunnah Nabi..dan soalan wajib adalah, sakit tak berbekam?

Bekam ada tiga jenis, iaitu Bekam Angin, Darah dan Api..untuk ketiga-tiga bekam tersebut sha pernah cuba dan paling sakit ialah Bekam darah. Tipulah kalau dorang cakap tak sakit..eh tak sakit lah...errr....sakit tau..rasa macam kena tores ja badan huhuhu...*Nangis Jap*


Image result for masalah bekam

Bekam Darah ni, dilakukan selepas bekam angin..bila dah urutan lembut pada bekas bekam angin tu, diletakkan minyak dan di cucuk-cucuk untuk ditarik oleh bekam..Pada sesi tersebut berlangsung memang sakit sikitlah..tapi releks ja, tenangkan fikiran, rasa nak tertidur pun ada...bila dah selesai baru tersedar, eh dah habis?
Image result for masalah bekam

Lepas ja Bekam Darah, rasa macam ringan ja badan, bangun pagi pun tanpa alarm..hahaha..tapi badan sakit..rasa macam kena pukul ja..sakit sangat..dalam 5-6 hari juga sembuh.

Bekam Api untuk kaki yang cepat sejuk, sha pun sebelum ni kaki cepat sejuk, terpaksa pakai selipar dalam rumah. lepas dari itu, memamg hangat ja kaki..tak payah pakai stokin bila tidur.


Image result for masalah bekam

Bekam Darah dikepala? belum pernah cuba, InsyaAllah Next time, sebab selalu juga migrain..sakit ka tu?takut pula hahaha..


Untuk perkhidmatan bekam seluruh Kota Kinabalu, Sabah

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad