Girl Version

Tetiba minat layan lagu macam ni..haha..jom belajar main gitar dengan lagu ni..sha ada copy untuk korang..senang ja kod dia..


Drama Band – Biarkanlah Lyrics

Dm G C
Semua pernah tercipta
Dm G C
Seakan terhapus sudah segala
Dm G C Am
Tak mampu ku kembali
F Fm G
Biarkan saja berakhir di sini

Chorus:
F G
Biar patah hatiku
Em Am
Biarkanlah
F G C
Aku pergi demi hidupmu

F G
Biar hancur harapku
Em Am
Lepaskanlah
F G C
Aku pergi demi bahgiamu

Dm G C
Semua janji terbina
Dm G C
Seakan sudah tiada bermakna
Dm G C Am
Tak mampu ku kembali
F Fm G
Biarkan saja berakhir di sini

Repeat Chorus

Solo: F G Am Dm Em-F G C

C Em
Selagi kita masih bersama
F G
Semakin ku terluka

F G
Biar patah hatiku
Em Am
Biarkanlah
F G C
Aku pergi demi hidupmu

Repeat Chorus

F G
Biar hancur harapku

E Am G F G Em
Lepaskanlah Semua nya
F G Am
Aku pergi demi bahgiamu
F G Am D
Aku pergi demi bahgiamu
Dm G C
Aku pergi demi bahgiamu


Lepas pulang dari Sandakan, terus kena migraine..tak cukup tidur ka atau lambat makan..entah..dia serang mata sebelah kiri..pedih dan ngilu yang amat..ingatkan bangun dari tidur dah ok, ni sambung pula dekat office..nasiblah boleh kerja lagi..


sha rasa sakit macam cluster tu, dia serang sebelah mata dan sangat ngilu..itu migraine kan? 
then sha ada jumpa satu cara nak hilangkan mirgaine..sha belum try lagi..insya Allah nanti sha try..

Harap kuranglah sakit tu sikit kan..atau ada petua lain, boleh ja google hahaha...

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

My boss pun sakit, kecian dia tiada mood dekat office tadi..hihi..
semoga boss cepat sembuh ya..



Happy Chinese New Year 2015..awal pula wish nya..haha..tadi kerja half day, untunglah kan sebab orang masih kerja..tapi sha besok dah cuti..yess haha..boss siap tanya cukup tak cuti? haha..kalau ikut sha, cuti sampai habis bulan ok tak bos? terus dia cakap..statement how? ermm..oklah cukup la cuti sampai 24hb start kerja..haha..

Ingatkan nak balik Sandakan besok pagi, tapi disebabkan kakak sha kerja, so terpaksalah tunggu dia..so besok rest puas2 dirumah..lusa pulang..

Sha sempat bagi hamper dekat misis..taklah mahal mana..alhamdulilah dia accept juga..terharu katanya, 1st time dapat hamper..hihi..thanks juga misis and bos bagi angpau..sha terus tunaikan hasrat beli sesuatu..:D


macam mana nak habiskan ais krim dalam pasu besar ni?
Teringin nak makan ais krim dalam pasu..sedangkan sama ja rasa makan dalam mangkuk hahaha..entahlah..tiba2..selesma ni pun pandai pula dia datang time cuti..sebelum ni dah kering dah...hahah..ni kes mau makan ais krim pasu ka apa ni?

So sha pun tanpa cek resepi dalam google, terus rushing buat ais krim pasu..fikir logik ja..beli ais krim, pasu, oreo dan chipsmore..masukkan semua sekali..dan jadi la...

tak jadik !!

sokay..next time sha buat yang cun dan cantik punya..tak jadik tak apa..yang penting licin siap jilat pasu..eh tak adalah haha...

Cara buat Ais Krim pasu yang betul boleh tengok dekat Blog Fiza [klik sini]


ok..dah set dah bahan2, nanti buat senang sikit..simpan pasu untuk cubaan kedua pula..tunggu..


Salam Takziah atas permergian ulamak tersohor Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz..sha sendiri belum begitu dekat mengenali arwah, tapi sangat terkesan atas pemergian beliau..seorang yang besederhana dalam kehidupan..jom baca biodata dan kenali dengan lebih dekat lagi..

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

Sumber : Facebook
Best Friend Forever, kawan tak semestinya dengan sama jenis, ada yang suka berkawan dengan lain jenis..contohnya sha banyak kawan lelaki, yang BFF tu adalah 2-3 orang ja..appreciate sangat..nak juga berkawan dengan sha walaupun gilassss haha..

Tapi macam sha memang jenis yang tak akan bercinta dengan BFF,(kalau dah jodoh tak boleh nak halang) sebabnya sha taknak merosakkan hubungan baik dengan perasaan benci bila dah break nanti..lagipun sha tiada feeling dengan kawan baik..haha..

Apa penyebab boleh ada feeling? sebabnya lelaki jenis yang suka perempuan yang sentiasa dengar luahannya (if Im not mistake)..so bila dia gaduh dengan aweks..dia meluah dekat BFF...maksudnya serasi lah dorang kan..nak ajak jalan pun tak da nya nak malu2..makan pun main jelojoh ja..nama juga BFF..haha

Sha ada pengalaman macam ni..dalam 3 orang macam tu..lastly dorang kahwin juga dengan orang lain..alhamdulilah tak payah nak frust sangat..Allah dah aturkan korang jodoh terbaik..so lupakan kisah lalu k..cumanya kitaorang pun tak jadi BFF dah lepas sha reject..haha..so reject or accept pun sama juga jawapan dia kan..huuu..

Seperti yang dijanjikan sha akan umumkan satu pemenang yang akan mendapat KISS PROOF LIPSTIK secara percuma..sebelum itu, sha nak ucapkan terima kasih sebab join GA sha..alhamdulilah tak sangka ramai yang join dalam waktu yang singkat..

Secara jujurnya, sha pilih guna random sahaja..tiada penipuan dan tiada apa yang mencurigakan..haha..keputusan sha adalah muktamad..

Pemenangnya adalah
Senarai peserta [klik sini]

Tahniah diucapkan kepada pemenang..sila hantar details lengkap (nama,alamat,no hp) ke fan page sha secepat mungkin untuk penghantaran..

Kepada peserta lain..maybe sha akan buat GA lagi lepas ni..jangan risau..rezeki ada dimana2..
Terima Kasih...


Mini Ga simple ni sha nak ajak korang join untuk dapatkan Barang HOT sekarang ni..iaitu KISS PROOF LIPSTIK, lelaki pun boleh join tau, kalau nak hadiahkan untuk girl friend/isteri/ibu tapi dilarang gunakan untuk peribadi..haha awas !!

Syarat simple ja..
1. Copy Paste Tajuk Entry, Banner, linkkan ke blog sha dan hantar di komen ini sahaja..
2. Follow Blog [http://www.opzzpinky.my/], Follow Insta [http://instagram.com/opzzpinky]dan Like Fan Page Blog [https://www.facebook.com/OpzzpinkyDOTMy?ref=hl]


3. Pilih Warna Lipstik kegemaran anda (warna mengikut stok terkini) dan sertakan sekali dalam komen ya..

Hanya satu pemenang bertuah akan dapat 1 Kiss Proof lipstik yang berharga RM18 termasuk postage Satu Malaysia, untuk membeli sila ke SE-SHOP

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik bermula pada 25 January sehingga 7 February 2015
Good Luck yooo...
So exciting..Disember lama lagi..tapi sangat teruja bila ada slot naik gunung pada hujung tahun ini, dah lama sebenarnya simpan hasrat nak daki Gunung Kinabalu, aduhai..nama ja orang Sabah, tapi tak pernah pergi..bikin malu ! kakakaka...

Tapi..sha gayat..waaaaa...takut nak naik..tapi kawan sha cakap bila naik gunung waktu subuh, gelap tak nampak sangat..harapla kan..semangat kena kuat..sha nak sampai juga ke puncak..harap dipermudahkan..bila naik atas tu tengok permandangan dari puncak..Allahu Akbar...teringin..

Sha naik pada 31 Disember 2015, so sambut new year dekat atas puncak haha...haraplah dapat cuti..time tu busy dengan statement..emm..apapun semangat dah ni haha..



Masih sempat lagi kalau nak join [klik sini] tamat pada 7hb February..sambil2 tu boleh lah jenguk kawan baru..kesemua peserta akan sha masukkan dalam bloglist sha..so jom masukkan sha ke dalam bloglist anda..terima kasih sebab support sha :)

  1. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  2. http://ziraleeyas.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstick.html
  3. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  4. http://syazrim.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  5. http://www.syuhadasalleh.my/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  6. http://aunidenovella.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  7. http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstick.html
  8. http://ziraleeyas.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstick.html *double*
  9. http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  10. http://jombercontest.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  11. http://sweethotlovers.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  12. http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  13. http://adna2029.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  14. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  15. http://www.kisahsidairy.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  16. http://www.azhafizah.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  17. http://sweetsouryaya.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  18. http://sallyyatiey.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  19. http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  20. http://timmbill91.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  21. http://hajarashikin.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  22. http://qileh.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  23. http://arrienlove.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  24. http://ohresepiku.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  25. http://angellovesoldierjr.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  26. http://kanvasdakwat.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  27. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  28. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  29. http://ombakbergigis.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstick.html?m=1
  30. http://cikash.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  31. http://ckecilberbicara.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  32. http://www.sihatitunikmat.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  33. http://uyoii.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  34. http://uyoii.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html*double*
  35. http://www.mialiana.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  36. http://pinkytira.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  37. http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  38. http://sayazarulfarhana.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  39. http://www.mariafirdz.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  40. http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  41. http://lalazarryn.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  42. http://dramaticyang.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  43. http://rainbowneon.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  44. http://kakaktiricinderella95.blogspot.com/p/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  45. http://syahiraceri.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  46. http://hikayatleyha.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  47. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html 
  48. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  49. http://celotehfarishah.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  50. http://noorliyanabintiishak.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik-by.html
  51. http://cherieteralala.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  52. http://jnjikita.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  53. http://misssakuradiary.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstick.html*tidak ditemui*
  54. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  55. http://blogashalya.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html?m=1
  56. http://zafirahzarrae.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  57. http://coretancikfafa.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  58. http://cowament.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
  59. http://mamakembar3.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html

Mini GA Closed !
Comel ja Datin Norjuma kan..hihih
Tergoda dengan kawan bila nampak post tudung adijuma ni..siapa tak tergoda kan bila nampak pattern comel2 belaka..sha ja yang lambat, tapi still suka pakai shawl la..cumanya tudung bawal adijuma ni senang pakai, tebal, besar dan tak perlu iron..ciri2 tudung terbaik dan yang paling penting murah tapi berkualiti !

Kerja pakai bawal plain dan shawl, jalan dengan kawan baru pakai tudung adijuma..aci kan? haha..koleksi tudung adijuma baru 3 dekat rumah, satu tak pakai lagi..dan ada 2 lagi baru order dengan kawan..



Setakat ni hanya mampu beli White Lable ja..In Sya Allah ada rezeki boleh ikut borong lable lain..hihi..




em..em..terliur tengok kan..belum try lagi..sha memang pengemar betik @kepayas.. sebab sha kurang gemar kalau makan mangga..masam loo..lately ni teringin nak makan jeruk, ternampak post akak blogger sorang ni dekat Wechat terus order satu..hihi..

Kalau nak try, boleh order dekat Kak Suzyana [http://msvelentine.blogspot.com/] tapi area Kota Kinabalu, Sabah ja..kalau semanjung tu kena tanya dia sendiri haha..

Tadi delivery dekat rumah dia, tak sempat nak melepak..dah nak masuk waktu magrib..In Sya Allah next time kak kita jumpa ya..hihih...