KDRAMA Pinocchio dah habis sha tengok, sedih gembira fefeeling sendiri ja haha..memang terbaik lah..so sha bagi 5 bintang..dalam Drama kali ni pula, disebabkan ada 2 pelakon yang sha minat iaitu, Jang Nara dan Lee Jong Suk, nak tengok..nak tengok..tapi kena baca sinopsis dulu tauu..


School 2013 adalah drama yang mengangkat kisah tentang isu-isu yang dihadapi oleh para remaja kebanyakan, di school 2013 ini diceritakan tentang sma Seungri sekolah dengan peringkat terburuk dari 178 sekolah di Korea. 

Kepala sekolah dan para guru pun berusaha meningkatkan prestasi sekolah mereka salah satunya dengan merekrut Kang Se Chan (Choi Daniel) guru bahasa Korea yang terkenal... Kang Se Chan kemudian bersama dengan Jung In Jae (Jang Na Ra) menjadi wali kelas dari kelas 2-2, kelas dengan nilai terburuk dan siswa bermasalah....

Sumber : Saranghaeyo


Sha baru 3bulan kerja dekat opis yang sekarang ni, kerja kerani plus account sikit, memang stress juga especially time hujung bulan, nak keluarkan statement kan..Sha kerja dekat Kolombong, Kota Kinabalu, kerja company spare part Hitachi..Bos berbangsa Cina, wife nya, kita panggil misis, kerja situ juga, cuma kalau petang dia ada business lain...

Apa yang membuatkan sha suka dengan boss (bukan perasaan cinta) ialah, sha selesa bekerja dengan dia, cara boss layan pekerja macam dia layan anak, caring..tanya dah makan kah belum, even benda remah pun dia ambil kisah.

Kalau sabtu, kadang sha takda kendaraan, sha naik bas..dia suruh sha sediakan payung lipat sebab takut nanti hujan lebat, then bila sampai rumah pula misis suruh whatsapp bagitau jam berapa sampai rumah, kalau lambat confirm kena explain dengan dia panjang lebar sampai dia cakap ooo..haha..

Setiap hujung bulan pula Boss dan Misis akan tunggu sampai statement siap, then dinner sama2 dan dia hantar pulang...kadang tu dia bawalah makan bersama family dia di One Borneo..

Lepas tu dia cakap nanti dia nak belajar sha Bahasa Cina, sebab senanglah tak payah nak translate ke Melayu bila dorang berbual..haha adui tunggu sampai dorang explain baru dapat ketawa sama2..lambat betul nak bagi respon :P

Satu pakej bila dapat boss dan misis yang baik hati dan layan kita macam anak dia..
Alhamdulilah..kerja pun dengan senang hati...
Tapi ingat Cina kalau dah percaya..dia akan percaya sampai mati..
So kerja bebaik k :)


Rindu zaman sekolah dekat UiTM, berhampas pulas dengan assignment, quiz dan test, kalau cerita pasal ilmu bukan terhad kepada sekolah mahupun universiti sahaja..tapi menimba ilmu ni pun ketika kita pelajari ilmu baru..

Kerja pun kita dapat ilmu, contohnya kita kerja kerani, lepas gradute ni biasanya pengalaman zero, so failing, printing, reporting pun orang lain yang ajar, ilmu itu secara tidak langsung kita dapat dari kerja...

"Rugilah belajar tinggi-tinggi, tapi kerja setakat gini !! bagus tak payah sekolah.."

Mentaliti orang zaman sekarang, sekolah tinggi keluar kena dapat kerja yang bagus2..kalau setakat jadi promoter, baik tak payah pergi sekolah..tapi kalau tak payah pergi sekolah dengan yang pergi sekolah sangat berbeza..berbeza tahap ilmu yang kita dapat..(rujuk statement diatas) nampak tak cara pencakapan orang yang berilmu dan tidak berilmu?

Tuntutlah ilmu itu sampai akhir hayat...
Ilmu itu luas cabangnya..

Terkejut sha apabila melihat satu artikel tentang Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah..bagi pendapat sha ianya tak salah jika hanya membimbing atau bertegas terhadap anak tersebut, yang salahnya bila ibu bapa itu sendiri mendera berlebihan menyebabkan anak tersebut trauma dan cedera.

Memang banyak beza antara budak dulu dan sekarang, sebabnya sha adalah budak zaman dulu, nampak rotan pun dah menangis insaf tak buat lagi..haha..bila dah kena sekali, tak nak untuk kedua kali..sebagai pengajaran untuk kita..betul kan?

Setiap budak mungkin ada perangai berbeza, makin dirotan makin jajal tu kena minta doa dengan Allah, mungkin dia nak lebih kasih sayang..beri perhatian untuk dia..jadikan dia sebagai kawan baik..

Tapi budak zaman sekarang ni, terlampau aktif, kepandaian dorang tahan maksima, sikap ingin tahu tinggi kerana zaman sekarang sangat terdedah dengan media sosial..so dari kita macam mana nak membentuk dorang ni..Allahualam :)

Apa pula pendapat anda???

Dah lama rasanya tak join GA..jom join sama..klik banner..syarat sangat murah...
gud luck :)
Sha antara penyokong kumpulan Zero, pantang undur kecuali operasi..Sabah, of course lah kan..sha suka time dorang buat lawak KRU, artis undangan Stacy dan yang kompang tu..memang lawak gila, walaupun sha tak nampak live dekat TV, sebab tidur awal kerja kan..tapi sha memang akan tengok ulangan..

2 minggu lepas lawak dorang agak hambar, tapi minggu ni memang sepatutnya bagi 5 bintang..sha pun baru start tengok pun dah gelak berabis..ngam sangat tengok time stress..yang paling lucu, Saiful a.k.a Melati..kakakaka...

Untuk minggu ke 11, sha copy dari pencuri movie untuk korang gelak tengok..
Silent Comedy dan Karoot Komedia

Alhamdulilah, blog sha kembali wujud setelah 2 hari kena suspend, no view, no comment, all is zero..rasa give up pun ada, rasa nak abaikan domain pun ada, rasa malas nak blogging pun ada..erk? tapi bila fikir balik..sha sunyi bila tiada blog, tiada tempat nak sharing perasaan..ber"jauhan" dengan rakan blogger lain..then sha kuatkan semangat untuk solve this problem..

Ceritanya bermula dari sha, salah buat pembayaran domain 18 disember tu, so ingatkan dia masuk renew juga,jadi sha abaikanlah.. rupanya 15 january, dah kena suspend tanpa notis, buka blog ja dah tak da..ingatkan line streamyx lembap, sebab tak bayar lagi haha..

Dengan pertolongan Blogger Kak Innanie, sebab dia yang urus semua domain, satu malam dah settel semuanya..alhamdulilah thanks akak..memang responsibility person..muahh sangat2..hihihi

Now, dah boleh blogging dah..yeeppyy...
Blog www.opzzpinky.my masih wujud dalam dunia blogging
alhamdulilah..

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa SurihaniSinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani


Sinopsis filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani. Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani
Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani
Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani

Kali pertama makan nasi kerabu, time beli dekat Baazar Ramadhan, start dari situ, sha tak makan dah, sebabnya..nasi tu warna biru dan ada rasa pasisang (kumbang entah apa hahaha) langsung tak suka dengan nasi kerabu, then bila last week my BFF bawa makan nasi kerabu, dia bilang sedap sangat..ok fine sha ikut ja, lagipun cita rasa kami sama sejak dulu lagi..hihi

Restoran D'Bulan, Taman Putra Jaya, Jalan Tuaran, dekat ja dengan rumah sha..bahagian atas dekat perumahan tu, owner orang semenanjung, time kami pergi tu baru buka kot..tak ramai orang sangat..tapi kebanyakan orang yang pergi situ, adalah orang semenanjung..

So sha pun tryla nasi kerabu, sha pilih ayam goreng berempah..perghh..sedap sampai menjilat jari..licin habis..memang sedap..terima kasih my BFF bawa sha datang situ, lepas ni nak pergi makan situ lagi..haha..



BE #2 untuk tahun 2015, alhamdulilah..harap cepat mengeluarkan percent haha..peliklah semua BE sha double..maksudnya mandul ya? haha..

Apapun Digi ada buat YES !! wow..tq nuffnang..
Selamat bersekolah adik2 sekalian, mesti excited bagi adik2 yang baru masuk tahun satu..jangan nakal2 rajin2 belajar tauu..

Pengalaman sha dulu time sekolah, sha ni seorang yang pendiam, susah nak dapat kawan..trep comellah katakan, haha..dulu dan sekarang sangat berbeza, kalau dulu tiada HP, bila kawan bawa HP, memang orang kayalah..semua berkumpul tengok HP dia, sedangkan HP batu gosok ja haha..

Sha ingat dulu, keluarga taklah senang mana, 2tahun sekali tukar baju baru, kasut siap plaster kalau koyak, beg pun jahit ja..sebab fikir bapa sha kena tanggung adik beradik lain lagi..memang parahlah kena sekolahkan anak ramai..tulah orang ckp 1 ayah boleh jaga 10 orang anak..

Kalau pergi sekolah tu terpaksa jalan kaki..sebab time tu tiada kenderaan pergi sekolah, lagipun ramai kawan jalan kaki, so happening la, borak2 sambil jalan, tak terasa pun jauhnya..sampaikan sha dapat top ten merentas desa setiap tahun..haha..

Belanja sha dulu RM5 seminggu, bapa sha bagi sekali seminggu, jadi jimatla, kalau habis pandai2lah bawa bekal..dulu pun makanan taklah mahal macam sekarang..masih ada lagi nasi kuning 30sen, aiskrim 10sen, sup 50sen, minum dengan straw haha..

Best sangat...kalau nak cerita tak muat dengan satu entry..haha
apapun zaman sekolah adalah zaman yang paling best..kita akan rindukannya
apa pula cerita zaman sekolah korang?









Kuala Lumpur : "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.

Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.



Astagfirullah...terkejut dengan video tadi, kerana terlalu taksub dengan korea sampai hilang akal peluk bagai...perempuan tu yang pertama peluk pinggang lelaki tu, aduhai..sha tengok pun malu la...sha pun gila korea juga..memang tak pernah jumpa korean artis tapi taklah sampai nak buat macam tu..ish..ish..ishh

Sampaikan MC berbangsa Cina pun halang dia buat macam tu, dia pukul MC tu..apa nak jadi entah perempuan2 tu..




eh..lupa nak bagitahu, hari tu sha ada masalah non glitterati SINI,,rupanya sebab sha add blog yang kurang aktif, then bila sha delete blog tu, terus dapat status glitterati tu..thanks nuffnang bagi sha BE awal tahun..

Tapi BE akhir tahun langsung tak gerak..ke mandul??? haha..
ni jalah BE yang tinggal, kalau ada percent, dah boleh cashout dah..tapi taklah banyak mana..haha..

Macam tak percaya ja sha dapat league Crystal walaupun lama juga pertahankan league Gold I, turun naik saja tropy..dan yes..dapat free 250 gems..tapi masih tak mampu nak beli 1 builder memandangkan builder ke 4 adalah 1000 gem..sebab gems dah habis kena boost hari tu..haha..

Apa yang bestnya League Crystal III ni?
Dapat free gems, of cos..dan menang victory pun dapat Dark Elixir oooo...tapi taklah banyak mana 100 ja..dan yang paling penting warna purple tu jarang sangat orang tengok..haha..so sha nak stay lama dulu..sambil farm DE untuk up Barbarian King..

Apa yang tak bestnya league Crystal III ni?
Susah nak farming, lawan kuat jika nak dibandingkan dengan troops sha yang low level, so terpaksalah searching base TH yang sangkut dekat luar..dalam 100k Gold juga habis..nasib lah kalau dapat cover balik..kalau tak..sabar ja lah haha..

Tips naik league Crystal III
Amboi..siap bagi tips lagi kan..macamlah pro sangat kan..haha..
1. Serang base yang TH dekat luar, untuk kekalkan tropy sampai league Gold I.
2. Letak Gold/Elixir storage di luar supaya senang orang nak curi, bila dia dah puas..dia akan Stop/kehabisan troops untuk hancurkan kesemua defense termasuklah Town Hall.

Dan kalau bernasib baik, akan ada tropy dibuang dalam base anda..hihi..kadang tu sampai 88+ juga sha dapat..sebabnya susah nak cari lawan..macam sha cakap diatas..hihi

tadaaaa...baru up TH 8..haha
           fb.me/irrayyandotcom
           google.com/+irrayyandotcom           twitter.com/irrayyan           instagr.am/rayyankata

Jom sertai segmen Bloglist irrayyan.com Januari-Februari 2015.
Klik banner untuk join.

Setiap tempat sha ada kawan..kena pandai cari kawan..yang betul2 dijadikan sahabat..bukan didunia..tapi diakhirat juga..Insya Allah, tapi untuk mengelakkan kita cari sahabat waktu susah, try luangkan masa dengan dia, lepak atau kalau jauh call/sms kan boleh..

Rugi kalau tiada kawan..jalan shopping sorang2 macam orang gila haha..kejap ja dah pulang..ok sha pernah..tapi bila ada kawan boleh lepak dengan dia, selfie..sharing story..ungkit kisah lama..bestlah..haha

Weekend ni nak lepak dengan kawan sekelas time sekolah menengah..since 2001 tauu..
nanti sha kenalkan :D
tapi dah jadi mama budak dahh hahaha

Dah lama rasanya sha tak join segmen, so terasa nak aktif semula, jom kawan2 join segmen simple yang akan berakhir hari ini..klik banner ya :)
Semangat COC betul sha kan..siap share Gambar Base TH7 lagi tu..hahaha...so kali ni cerita pasal Theme COC dah boleh install dekat HP tauu, kah korang dah tahu ni? hahaha..sokay, sha nak juga share..

Untuk peminat tegar COC, korang boleh download CHEETAH LAUNCHER dekat Play Store, lepas tu klik THEME > HOT > cari COC theme .(cari sampai bawah tau..) dan Download.

Selain COC theme, banyak lagi theme lain yang cantik2 dan comel2..korang boleh download juga..hihi..tapi jangan download banyak2 nanti HP cepat hang.


tada...
Sebulan lebih kerja guna UBS, finally dapat juga sha cover, ada lah sikit2 salah invoice, credit note..haha..sayang kertas print ooo..tapi taklah banyak mana..maklumlah budak baru belajar..

Dulu memang sha nda suka ni accounting..sampai sha repeat di UiTM dulu...hahaha..tapi senang rupanya !! haha..menyesal nda suka dulu..

So new year ni kami start guna software baru..lebih senang dan mudah..iaitu AUTOCOUNT..sebenarnya bukan sebab new year..tapi sebab GST..haha, lagi2 stok company sha tu belum betul lagi..banyak kesalahan dan kemusykilan..then alhamdulilah, terima kasih GST datang terus selesaikan masalah stock dan account =.='


Kemarin start guna Autocount..nampak perbezaan bagi key in stock dari USB, sha pun selalu juga alami stock salah code, stock double..salah amount..pening kena cari satu2..tapi bila guna Autocount senang kerja sikit..dapat detect stock double..

Setakat kemarinm sha baru belajar key in data, cara print statement..belum explore lagi..banyak lagi kerja nak buat, create a/c tuk supplier dan customer, dan statement tahun lalu pun belum print habis..so hari ni sha decided nak siapkan kerja di office tapi pergi office lewat sikit, lagipun besok cuti boleh rest lagi..:)

Oh ya, software ni femes di Semenanjung, ramai dah guna, Sabah, jarang guna, lagipun kebanyakan guna UBS..kalau belum beli software UBS tuk GST, sha suggest kan guna Autocount..hihi..

Atau korang dah memang guna Autocount? boleh share dengan sha..