29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014

Jom Support Kisahsidairy.com

Laju ja gamer COC klik kan..haha..sha ni pemain tegar jugalah..tapi lambat sangat nak pick up, maklumlah newbie..baru TH7 jika nak dibandingkan dengan Blogger Paly dan Zara..haha..hebat tidur..makan..coc..sha saja nak sharing base COC yang paling perghhh..sumber semua dari GOOGLE..

just kidding..haha






pergh kan? sha pun tak terfikir nak buat base macam ni, bukan apa..takut nak sedekah duit dan elixir tu..penat nak cari tu..huhu..sha dapat tahu yang KELAB BLOGGER Ben Ashaari pun ada buat Clan..wah hebat ni, sha tak mampu lagi nak join..haha..tunggu walls turn to purple baru boleh jalan2..

Siapa2 nak melawat sha..boleh visit dekat clan - Cute's Club (clan exclassmate)
Id : Sharinw (typo..abaikan haha) dan Opzzpinky..

Dah lama rasanya tak edit blog, bukan tak nak ambil, cuma nak rest sekejap, design blog kena ada idea baru dapat quality yang deabak !! kan..Pn Ashalya ni dah lama nak suruh sha buatkan blog dia, cuma dia nak cari masa yang sesuai ja haha..

Kalau korang nak tahu, Pn Ashalya ni antara top commentator blog sha..terima kasih lya..so bebalik pada tema blog yang sha edit semalam, purple + turquoise, simple dan nice..

Sha suka part header tu, sweet sangat, semoga perkahwinan ini sampai ke syurga..dan selamat kembali ke pangkuan suami..hihi

Jom jenguk Pn blog
http://blogashalya.blogspot.com/

So exciting sebab dah lama tak menang GA/Contest..haha..adapun menang tak sampai2 hadiah..sabar ja lah..so kali ni join Contest Sheda, blog comel..tak sangka blog sha comel juga kan..hihi..Alhamdulilah dapat juga topup, shawl dan brooch...thanks penganjur http://www.shedaucu.com/ dan sponsor http://www.wawaashihara.com/ dan http://www.azhafizah.com/ jom kita follow mereka :)


Ramai pengguna tidak puas hati dengan kadar internet di Malaysia..adakah anda begitu? sha perkenalkan simcard terbaru ONEXOX, sha sekarang guna simcard ni langgan internet serendah RM18/sebulan dan line laju sangat2 H+..puas main game COC dan yang paling best boleh hotspot dengan kawan..
Dengan harga RM10 setiap simcard akan diberi RM5 Kredit percuma..wahh..

Anda risau banyak sangat nombor nak guna? MNP ada, iaitu kekalkan nombor dan yang paling bestnya, siapa yang kekalkan no akan diberi 28bulan tempoh aktif, maksudnya selama itu anda tak perlu isi kredit bagai...jika nak isi ONEXOX boleh topup dari RM1 sahaja
Photo: Perrggghhh.. sampai tahun 2020 aktif
-------------------------------------------------
Kenapa boleh jadi macam ni????

--

Pengguna ONEXOX yang mengekalkan nombor lama, diberikan validity 28 bulan pada permulaannya dengan kredit tersedia RM5.

Jika user tersebut topup, validity akan bertambah mengikut nilai topup RM1=1 hari.

Tak hairanlah sebab user ni dah topup sebanyak RM525 bila dilihat pada Loyalty point yang dimilikinya.

--

Taknak ke jadi pengguna prepaid yang bijak macam ni?  Tak perlu bayar sewa talian macam postpaid(ada lagi tax 6%)

Rate murah, hanya: 

- 5 sen untuk panggilan bawah 10 saat
- 12 sen seminit untuk FnF(semua network)
- 15 sen seminit(sesama network)
- 18 sen seminit(lain network)

 * blok panggilan 30 saat

---------------------------------------
Sila LIKE page ni dulu http://www.facebook.com/onexoxmy1telco
---------------------------------------

Suhaila
Whatsapp/SMS : 0173158225

PM/inbox  http://www.facebook.com/messages/onexoxmy1telco

----------------------------------------

#nilai
#putranilai
#desakolej
Macam mana nak dapatkan topup? Korang boleh dapatkan di 7E, Petronas dan on9 dalam selfcare account korang..bila dah daftar nanti
Antara kelebihan ONEXOX
Tempahan boleh dibuat melalui sms/whatsapp 0128427478 -sha
atau terus layari website www.onexox.my
simcard limited, tiada booking, siapa cepat bayar..dia dapat

Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong, Gambar novel Suamiku Encik Sotong, Penulis novel Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal, Harga novel Suamiku Encik Sotong: RM25.90, Jumlah halaman novel Suamiku Encik Sotong 624 muka surat, Blog novelistar Syikin Zainal penulis novel Suamiku Encik Sotong, Komen pembaca novel Suamiku Encik Sotong, drama TV3 Suamiku Encik Sotong
Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

 Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
Kredit: Suamiku Encik Sotong

Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.

Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin 
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135

Entry saja nak bagitahu Cara Sha Blog Walking hahaha, memandangkan banyak sangat komen pending sejak sha pulang beraya hari tu, so petang tadi beransur2 lah sha gerakkan tangan balas komen dan singgah..

Sebelum tu, sha nak berterima kasih pada blogger yang selalu datang komen blog sha *Tepuk Tangan*, even pun sha sekali ja datang komen blog dorang tu yang marathon berabis tu..ah ambil kau haha..

Cara Sha Blog Walking

1. Buat Entry Baru - Sebelum nak BW kena update blog dulu, kang sia2 orang datang jenguk bila entry dari bulan lepas..tup2 entry tu ja banyak view..komen tak da..haha. Biasanya lebih dari 2-3 entry juga sha buat sebelum mulakan BW.

2. Fokus dengan Komen yang Pending Dahulu - of cos la kan, dah beratus pending, kalau tak jenguk rasa macam lain ja..kan..kan..lepas tu baru jenguk dari Dashboard, FB dan Bloglist (itupun kalau otak masih mampu nak BW) hihih

3. Dahulukan Komen yang banyak - Maksudnya, blogger yang komen secara marathon atau yang paling banyak, sha akan dahulukan, select dan publish komen dorng, bukan apa..senang bagi sha marathon blog dorang pula.

Itu sahaja kot..as long as sha balas kunjungan even 1 komen..jangan sombong2 ya..hihih
korang pula macam mana? sama dengan cara sha atau ada lagi menarik? 
jom share..
Sha ada juga penyakit ni sejak belajar di UiTM, tak sah kalau tak minum kopi/nescafe, tu sebab senang dapat migraine, tapi sekali kena rasa macam nak meletop kepala ni..mata sebelah kiri yang sakit sangat..lepas ni boleh lah try petua ni,.


1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

Migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Nazt Syima Ramli's photo.


Photo: PROMO !! Sempena Maal Hijrah !!

Beli barang di www.se-shop.my akan dapat KOKO PINTAR secara percuma, tiada min harga barang dan quantiti..
Satu Payment, Satu alamat, Satu Koko Pintar..

Khas untuk hari ini sahaja..sampai jam 12malam..
PROMO !! PROMO !!  PROMO !!  PROMO !! 

Beli barang di www.se-shop.my akan dapat KOKO PINTAR secara percuma, tiada min harga barang dan quantiti..

Satu Payment, Satu alamat, Satu Koko Pintar..
Khas untuk hari ini sahaja..sampai jam 12malam..

HOT PRODUK untuk hari ini, beli 1botol HARUM MALAM RM 30 akan dapat Brow Class dan FREE Postage 

Sebarang pertanyaan sila SMS/Whatsapp : 012 8427478 -Sha



Lately suka dengan Pelakon dan Penanyi Yong Hwa, dulu pernah join We Got Married dengan Seo Yong, memang sangat padan..sangat romantik, *jeles* hahaha..sebab Yong Hwa ni ada sifat2 lelaki yang sha minat...kalau korang tengok, memang imagine bertapa sweet Yong Hwa ni..so dorang di bagi task buat lagu banmal song..tada...

Lirik Lagu (English)


Ada juga yang komen tanya lagu yang sha letak dalam blog..so tajuk lagu tu Banmal Song by Yonghwa check dekat utube ya :)

Habis ja Boys Over Flower, ganti dengan Heartstring, lagilah melekat depan TV dari jam 12pm. hahah..kalau missed boleh tengok dekat utube..line tenet kena laju baru best tengok..





Kali kedua rasanya dapat non-glitterati..kenapa dia merajuk dengan sha ni? adakah sebab sha kurang update blog sepanjang bulan ni? ohh Nuffnang, maafkan daku, line internet di kampung sangat menghampakan..
Tiket memujuk telah dihantar kemarin, hope nanti selesai masalah..
Tapi korang, sha dapat BE banyakk oohh..adakah ini akhirnya akan dapat sen sahaja?? macam dah biasa haha..korang dapat juga tak??
anyway..thanks Nuff
InsyaAllah hari ini 24/10 bsamaan 30 zulhijjah @ jumaat, adalah hari terakhir utk tahun ini.
Jangan lupa... 

Slps Asar hari ini baca Doa Akhir tahun dan perbanyakkan Istighfar sehingga masuk maghrib.  Slps solat maghrib baca doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak. InsyaAllah kita akhiri tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat. Semoga :-
  • Allah terima semua amalan kita pada tahun ini.
  • Sama2 bhijrah utk membentuk keperibadian yg lebih sempurna
  • Meningkatkan amal ibadat yg semata2 hanya kerana Allah swt.
  • Menjaga kedua ibu bapa dgn yg termampu kita laksanakan.
  • Membina/mengukuh & menjaga silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik.
  • Semoga kita semua diberikan hidayah, keampunan serta rahmat Allah swt.. 
Amin ya Rabbal Alamin.
Selamat memyambut Maal Hijrah..
Tabahlah wahai sahabatku yang kini sedang putus cinta, yang pernah mengalaminya, dan mampu berdiri semula itu kuat..salute !! buat apa nak dikenangkan benda dah jadi, sepatutnya kita lebih bersyukur Allah sedarkan kita dari cinta yang kurang sempurna..

Dan ingatan buat diri sendiri juga, jangan terlampau bahagian dengan cinta yang sekarang..hihi...
Doakan yang terbaik untuk sha yaaa

Lamanya tak update blog, huuu...10 hari tu..sejak balik Sandakan, line tenet lembap, so tak dapat nak menaip..ni pun try and error..kakaka..lagipun sha dah jadi Full Time Gamer..COC :P

Balik Sandakan, tak miss main dengan si kembar ni..Baru 5 bulan..comel, geram tengok..Nama dorang Airin Arisha (Adik) Airin Aryana (Kakak)

Korang rasa2 yang mana satu kakak? mana satu adik? yang senyum atau yang tahan ketawa..
teka..jangan tak teka hihihi
tak ada hadiah yaa..
Al kisahnya, kemarin sha nampak post moment kawan, dia pulang kampung, eh apasal dia pulang..laa..Raya ahad ni kan? sha langsung lupa..aduhai..tiket tak tempah lagi..tak excited nak balik beraya ni..1st time tak excited..hahaha..maybe sebab Raya Haji kan? Raya sehari jaaa...

Sebab tak excited tu yang buat book online pun tersilap masa, sepatutnya pagi, ini pula balik malam..yang penting selamat sampai rumah hari ini..doakan..

Bismillah..

Klik banner kalau nak join yaaa

Seperti yg dijanjikan hari ini akan berlangsungnya MiniGA by Nazirahyerr
Ada 13 HADIAH cute2 yang menanti pembaca yang bertuah. Banyaknya.

Terima kasih pada yang sudi jadi sponsor ;-)

Syarat2 yang simple:
  1. Buat satu entry bertajuk "MiniGA by Nazirahyerr"
  2. Copy banner dan paste di entry. Jangan lupa backlinkan ke entry ini
  3. Follow blog penganjur dan sponsor  dan like fb penganjur
  4. Klik sini dan sini **jujur
  5. Tinggalkan link blog di ruangan komen
Follow blog
Like page
 

HADIAH
Keychain Sarawak x1
Keychain Melaka x1
Keychain + klip x2
Topup RM10 x2
Mini coach bag+klip rambut x3
Handmade klip x4

Hadiah ikut urutan di atas melalui random.org

SENARAI PESERTA

Masukkan blog penganjur ke bloglist anda supaya senang mengetahui pengumuman pemenang

JOM PAKAT2 JOIN!! JEMPUT JEMPUT


Huuu..panas..panas..sejak semalam benda jadi panas selepas PM bagi pengumuman harga minyak naik 20sen, sha actually erk..apa ni? ahh langsung tak tengok berita kan..haha..tengok FB dah berpulun2 status pasal berbaris nak isi minyak.

Minyak naik 20sen..Wajar ka tak?

Bagi sha, kira sha adalah pengguna, even belum ada sebijik kereta tapi ia menjejaskan kenderaan lain, contohnya pengangkutan awam, dorang lagi lah nak naikkan harga tambang..kan..

Kos penghantaran barang pun akan naik dek berita buruk ni..

Apa lah nak jadi..tahun depan dah ada GST..
makin hari, susah nak tanggung diri sendiri..

yang susah makin susah..
emmm...