10 Days Challange | Pertamanya sha suka tengok Filem A MOMENT TO REMEMBER , rasanya dah 10 kali tengok pun sha tak pernah bosan, filem ni ada kisahnya tersendiri. 


Filem Korea lakonan Son Yi Jin dan Jung Woo Sung sebagai pasangan suami isteri sangat memberi kesan positif bagi sha, ianya berlaku apabila Kim Su Jin yang kecewa dengan teman lelakinya dan dia dianggap perampas kerana teman lelakinya tersebut sudah pun berkahwin, saat dia ingin bangun dari masalah itu.

Dia terjumpa dengan  Choi Chul Soo yang mana seorang arkitek, apabila mereka berkahwin, isterinya mengalami penyakit lupa iaitu Alzheimer sehinggakan dia sendiri lupa yang dia punya suami. 

Pelbagai cara untuk mengembalikan memori isterinya, sehinggakan dia melakonkan kembali saat pertama mereka berjumpa.


Filem kedua yang sha minat 8 JAM, memang semua lakonan Shaheizy Sam best, tapi sha suka sangat dengan cerita imbasan dari kenangan lalu Alang, kenapa dia bunuh orang yang dia sayang..semua orang nak sangat tahu kenapa dia buat macam tu.

Kisah dia dipenjara tu buat sha insaf sangat, orang yang dikenakan hukuman gantung sendiri tahu ajal dia dah nak dekat so dia masih diberi peluang untuk mengucap dan bertaubat, jika dibandingkan dengan kita ni..sempatkah nak bertaubat? Allahualam..

Sha pasti semua orang dah tengok filem ni kan? 
10 Days Challange | Day 1 with 1 Picture | Day 2 With 2 Films |


10 Days Challange | Alhamdulilah, sha sangat sayang blog sha yang pink ni, siapa sangka 4 tahun yang lalu, blog yang sekadar suka-suka ni, dah boleh buat income sendiri, dah boleh edit blog orang dan sha akui masih ramai yang belum mengenali blog sha, tapi dengan follower yang ada sekarang, sha bersyukur sangat kenal korang :D

Even tak pernah jumpa korang, tiap kali BW blog korang rasa macam rumah kita dekat ja..kan..
Terima kasih semua..

Ini bukan segmen ka apakah..ni cuma challenge untuk korang buat entry pasal sesuatu yang ada dekat gambar atas, dan perlu diceritakan terperinci mengenainya, pada satu hari dan berikutnya, if Im not mistaken..

Simple ja kan...sha rasa best sebab tolong kita up entry bagi mereka yang bermasalah nak cari idea..macam sha !! haha

So jom buat..start Day 1 ok :)
Tunggu entry malam ni ya...

Maksud tersirat disitu, kita sebagai perempuan kadang2 nafsu tu agak melebih sikit kan..tapi bagi sha lelaki handsome tak akan membahagiakan kita, malah asyik risau dengan dia dek kena usha2 oleh perempuan lain..boleh terima tak alasan sha?? haha
Apa yang penting bagi sha, lelaki tu beragama, of cos ISLAM, kalau dia jaga agamanya, In Sha Allah dia akan jaga kita..dan tambahan nak jadi suami sha, dia mestilah bebas asap rokok...hihi
Ada yang berminat? hakss..


Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?

1. Abra' (Melepaskan penyakit)
2. Arwa' (Menghilangkan kehausan)
3. Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)

Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.

Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.

Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?

Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.” 

Setiap sunnah yang Nabi buat akan dapat pahala..dan setiap apa yang Nabi lakukan itu ada hikmah disebaliknya, dan minum pun ada tertibnya tau..sha pun tengah praktis dan berhati2 ketika minum, al maklum lah kan..kalau haus dahaga ni, tak peduli dah hal lain macam ni, smoga kita dapat pahala bersama :)
Kesinambungan dari cerita  Desa Castle, Kundansang Sabah | Lembu New Zealand  tempat ini sebelum masuk simpang Desa Castle, dekat Pekan Kundasang..senang ja kalau nak cari, bagi korang yang suka ambil gambar, tak kira photoshoot untuk pre- wedding pun boleh, tapi tempat ni kira macam sejarah jugalah..Fee masuk RM 2 kalau orang tempatan, murah kan...lagi2 kalau student yang pakai uniform..










Terima kasih kepada Guide ex-classmate orang kundasanga, Cik Ira sebab temankan kami jalan2 keliling Kundasang, dan terima kasih juga kepada kawan2 sha yang sporting, Mel, Qid, dan Wie...Insyallah next trip, kita ke Sarawak pula ya..hihi..

Byee..



Seronoknya bercuti !! cuti kali ni tak makan banyak duit pun, walaupun begitu, cukup berbaloi dengan mengirup udara sejuk di bumi Sabah..di mana? DESA CASTLE, Kundasang, Sabah. Rugi kalau pergi Sabah, tak singgah tempat ini..dan ini kali ketiga sha berkunjung di SINI, izinkan sha bagitahu tempat ni secara details ok !!



Jarak antara Kota Kinabalu ke Kundasang hanya memakan masa 2jam melalui jalan darat yang sangat extreme sebabnya kena lalui jalan ular 'S' agak pening juga tiap kali lalu..sila sediakan ubat mabuk ya. Kalau naik bas, tambang RM15 sahaja, better sewa kereta, sebab banyak lagi tempat boleh pergi..GPS kan ada :)



Sebelum mulakan pengambaran, kami singgah di kundasang untuk isi perut, sha suggestkan korang makan SINALAU MANUK dalam bahasa melayunya, Ayam Salai perghhh, 1stime makan memang sedap dan ianya HALAL ok :)





Fee untuk masuk, seorang RM4, tapi sebabkan kawan sha ada connected, boleh jadi FREE juga tauu


Kalau nak bergambar dengan anak lembu pun boleh pergi belakang Desa Castle ni, boleh bagi makan/susu kan kambing, tapi agak busuk jugalah..kalau tak tahan, jangan pergi..hihi



Part yang paling best bila kami bersungguh-sungguh kejar lembu-lembu ni untuk photoshoot..agak pemalu sikit tapi kami berjaya juga lah..hihi





Keindahan alam yang paling cantik bila tengok permandangan berlatarkan hijau dan Gunung Kinabalu dibelakang tu..sangat cantik...monopod sangat membantu kami dalam menghasilkan gambar yang cun gilaaa...

Habis...lepas ni ada lagi tempat yang menarik untuk korang kaki ambik gambar..dekat ja dengan Desa Castle...next entry yaaa...

Tema Blog Pink + Turquoise, simple dan se sweet owner blog kan..
Pakej Edit Template RM20 sahaja 

Jom Terbang ke ---> http://inikisahaku-hairani.blogspot.com/

Well, Blog Bonda Ainul dah siap, serba Purple + White, yang paling great sekali header tu, macam rasa pengantin baru ja bila tengok blog kan..alhamdulilah

Meh jenguk Ainul :)
http://nazirahnyerr.blogspot.com/

alhamdulilah, biarpun sejak akhir2 ni tersangat malas nak update entry, eh bukan malas, cuma fokus edit blog orang, so nak update pun tak tahu nak update apa...agak terhad idea bercampur dengan design..

Thanks nuffnang bagi 2 BE awal bulan August ni..:D
YongSeo :)

Cute ja lirik lagu ni kan? eh..eh..macam rasa nak kahwin ja bila dengar lagu ni..boleh tukar tajuk tak? nak Beautiful in Pink..hakss..btw sha nak ucapkan selamat pengantin baru kepada rakan blogger yang dah tamatkan zaman bujang korang..happy for u..doakan sha juga tauuu...

Lirik Lagu Beautiful in White by Shane Filan

Not sure if you know this
But when we first met
I got so nervous I couldn't speak
In that very moment
I found the one and
My life had found its missing piece

So as long as I live I love you
Will heaven hold you
You look so beautiful in white
And from now to my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight

What we have is timeless
My love is endless
And with this scream I
Say to the world
You're my every reason you're all that I believe in
With all my heart I mean every world

So as long as I live I love you
Will heaven hold you
You look so beautiful in white
And from now to my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight

oooh oh
You look so beautiful in white

Na na na na

So beautiful in white
Tonight

And if our daughter's what our future holds
I hope she has your eyes
Finds love like you and I did
Yeah, I wish she falls in love and I will let her go
I'll walk her down the aisle
She'll look so beautiful in white

You look so beautiful in white

So as long as I live I love you
Will heaven hold you
You look so beautiful in white
And from now to my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight

You look so beautiful in white
Tonight
Share lyrics on Facebook

credit to facebook
Terkejut sha dengar berita ni dari kawan sha di Tambunan Sabah, [Related Entry : Air Terjun Mahua, Tambunan Sabah ] Dia kata hujan tadi sangat bising, semacam orang lempar batu di atas bumbung rumah dorang..



Sha terjumpa video ni dekat Facebook
Sukan Star TV --> Video Hujan Ais di Tambunan


Si Pengemar kucing antara yang melihat entry ni, kita geng..emm..kali ni, post pasal telatah si kembar kucing siam ini, yang putih lagi gebu, kemana saja pergi mesti berdua.

Tadi, time sha tengok tv, dorang panjat almari ni, posing semacam ja..macam comel pula..terus terdetik hati ni nak ambil gambar, amboi...suka pula bergambar..haha




Comel dak?? lupa bagitau, nama dorang upin dan ipin, sha juga nda tau mau bagi nama apa, maklumlah kembar..hihi..nama tu ja sesuai, tapi...sha langsung nda tau mana satu ipin, mana satu upin..hahaha...


eh..ini siapa? manja nya...oh ya..ini abang si kembar, namanya si tegap..haha..sebab dia tegap sangat, muka dia macam iklan makanan kucing, wiskis tu...hihi..tapi sha takut mau dekat dengan dia ni, sebab ganas..mau kasih mandi pun sha takut..tapi bulu dia bersih =.='

Dengar cerita orang2 tua, bila kita gambar kucing, kucing akan hilang/mati? sha rasa betul..sebab dulu kucing sha nama kingking..pun mati selepas sha gambar dia..*sob*

Pendapat korang atau korang pun pernah alaminya?