28 May 2014

Tempahan Baju Printing I am dan Geek Dibuka

Hye korang, jom beli baju printing I am dan Geek, saiz S - 2XL, untuk budak 2-6 tahun pun ada, macam2 warna available Whatsapp sha 012 8427478

Order sampai 3hb Jun dan akan siap seminggu termasuk penghantaraan, harga seperti diatas

26 May 2014

Banyak Dugaan Dalam Perniagaan

Alhamdulilah sebelum tamat pengajian lagi, sha dah pratikis kan ilmu perniagaan yang sha belajar di UiTM, memang awalnya berniaga kecil2an, sekarang ni dah ada blog shop sendiri [Se-Shop] kira berkembang maju setapak :D

Macam2 sha jual, produk kecantikan, kesihatan dan beralih pula pada printing baju, sangat mengalakkan, sampai tak menang dek tangan bila buka order.

Tapi sangat stress juga bila order yang kita hantar sebulan lebih baru siap, bila dah siap, baju rosak pula, bila nak baiki kena makan masa, aduhai...ok sha cari supplier lain..alhamdulilah siap dalam 3 hari, tapi services kurang memuaskan lah, then baru kena repair balik...dugaan sangat :(

Sha ingat nak stop buat baju dulu, sampai sha dapat supplier yang betul2 high quality and standard price...sha minat maaf kepada customer sha yang dah lama menunggu, penat dari Convo pun tak habis lagi..haha...

25 May 2014

Review Blogger | Keyra Nazleen

 Let me introduces myself first ! ^_^

  Nur Shakira Nazleen binti Mat Nawi 
uolss can call me kira / keyra / leen or leng, as long as it is  still my name, so its okay !
it doesn't matter =)

## i was born on 6 May 1993 ~~ 
[officially 21 y/old]
yeah ! dah puluh an neh, kalo orang tua-tua dulu cakap, boleh dah kawen.. tapi orang-orang tua zaman sekarang, memang tak bagi kawen lagi. katanya,belajar dulu bio tinggi-tinggi, pastu kerja .. dah kerja ada income sendiri, boleh survive sendiri, financial yang kukuh, ha! lepas tuh dah boleh lah kalo nak kawen. hohoo



~ this blog #CeritaHati# or keyranazleen.blogspot.com is my officially blog. ~
I started writing since May 2012..
# almost  2 years as a part time blogger. #

FYI, ambe berblog neh pada awalnya just untuk suka-suka je. maklumlah, kat realiti pun dah memang suka bercerita, di alam maya neh lagi lah, haa, memang sesuai lah, kalo nak bercerita, bior jimat sikit saliva ambe neh, tak payah berbuih mulut nak kongsi cerita. hehe

apa yang ambe blog kan? mostly, lebih suka share tentang kehidupan ini..
students life / nursing profession / review buku / join segmen ,contest
 and lastly part of my life, that is my family and my friends.
i luv them much, much !! so, once i blog about them, i'll appreciate them, and i hope that they know i really , really, really love them .. :')

bila berblog neh dapat ramai lagi teman, seriously! sangat happy even kita tak kenal each other, tapi kalo ada perkongsian ilmu, or pertanyaan mesti sama-sama kan berhubung macam dah bertahun-tahun kenal. memang kan cepat mesra. !  am I right? 

- "Lahirlah kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya,
tetapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, in adalah hakNYA pula" -


im uniszarian student.. (Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu)
Diploma Sains Kejururawatan ..
im Nurse to be, you know! so believe me, i'll treat you professionally when/if u're my patient. ~~

doakan saya supaya jadi jururawat yang professional, anak yang soleh dan berbakti pada ibu bapa, sahabat yang baik dan berguna pada rakan-rakan and the most important is menjadi seorang hamba Allah yang sebaik-baik hambanya. insyaALLAH, amin..

~ terima kasih ~
Kalau korang nak timbul dalam ruangan Review blogger secara FREE..boleh email sha ;- opzzpinky@yahoo.com,sha akan masukkan dalam entry dan iklan banner selama sebulan..tertakluk kepada terma dan syarat tau..hihi..PM copat !!

24 May 2014

SAH !! Cadbury ada DNA Babi

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadbury Dairy Milk.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
 
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
 
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
 
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan.


Ya Allah, untuk pengemar coklat ni, sha faham perasaan korang, mesti sedih kan, baru nak beli untuk releasekan tension, dah ada statement ni, nasiblah sha tak berapa suka yang ada hazel..

23 May 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan


Mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan. 

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati. 


Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi.

Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah. Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

22 May 2014

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Sesampainya aku di KL

mak aih..beratnya beg
17 Mei | hari pendaratan sha di KLIA 2 dengan menaiki Air Asia, 1st time ni pijak terminal airport yang baru dibuka awal bulan Mei, nasib tak sesat..maklumlah besar sangat..kalah beg sha :P berat tau nak pikulnya..hihi..

Ini kali ke 3 sha ke KL, kali ni motif utama nak attend convo selebihnya nak habiskan duit yang dikumpul selama 5 bulan kerja..haha..penat2 ja kumpul, keluarnya macam air paip..hihih...

Sesampainya sha di airport, thanks tau Abg Raman sanggup ambil dan hantar sha pergi balik ke airport, jasa mu dikenang kikiki...lepas tu belanja sha makan favorite food KFC...erghh..alhamdulilah, ayam 2 ketul licin, lapar sangat time dalam flight..haha..

KL, peace yooo ~

Lepas makan, kita lepak dekat KLCC, dulu time sha pergi KLCC just limpas (lalu) ja kawasan ni, tak pernah pun masuk dalam, rupanya ada shopping mall, ok jakun kejap..haha..letih belum habis lagi, so mood untuk shopping belum ada..sebab dok fikir nak shopping tudung ja..haha..

santai depan KLCC, cantik !!

sha suka ja dengan gaya candid ni :P

eh !! awat tu?

Penat juga jalan2 pusing area KLCC, tembus menembus ja jalannya, ramai orang jangan ceritalah, maklumlah time tu weekend kan..sha ada juga pergi KLCC time malam, sangat cantik !! kita move ke hari seterusnya..hihih


Cahaya lampu menyinari hidupku, thanks orang sebelah kiri dan kanan sebab inter-frame haha..well, gambar diambil oleh kawan sekolah sha, hari kedua sha di KL, comel kan :P 

Nak ambil gambar ni sangat adventure, sebab nak kena berdiri depan tembok yang sejengkal ja lagi nak jatuh, mak aih..nasib pandai imbang badan haha..

Ok kembali ke hari sebelumnya..


Gambar candid dari abg Raman, sangat suka ambil gambar tapuk2 (sembunyi2)

Cerita pasal shopping di Muaz Masjid India, memang kalau pergi KL mesti shopping dekat Muaz ni, murah sangat shawl dan tudung kan..maka sha pun borong lah tudung dan telekung lycra di jalan TAR RM25 murah kan..kalau di Sabah RM60 tau..so sha beli 3 satu tuk my niece, telekung budak RM19.80

Sha ja yang geleng kepala, rambang mata tak tau nak habiskan duit, terlampau banyak sangat nak dibeli..haha lucu..lucu, sifat azali wanita...siapa tak juling mata kalau nampak SALES kan :D

Lepas tu sha bermalam di UITM Puncak Alam di Sg. Buloh, pinjam bilik satu malam sebelum menanti kawan2 datang, actually kita stay KL ja, tapi memandangkan sha datang awal sehari, so sha tumpanglah hostel kawan, nak tidur dihotel sorang2, sorrylah sha bukannya berani sangat haha..lagipun save sikit duit..kikiki..

Cerita sehari sebelum konvo, nanti sha sambung ya..

Promosi | Beli 1Harum Malam + 1Wira Malam = FREE 1 Air Maqbul

Pakej baru:
Beli 1 botol Harum Malam dan 1 botol wira malam
PERCUMA 1 Botol air maqbul dengan campuran air zamzam & 30juzuk Al Quran

Harga  RM70 
Termasuk poslaju
*sementara stok masih ada :)

Penat yang teramat PENAT

Photo: Menanti kecukupan ahli..stay di area kl center ;)
Amboi gambar tu, trep candid..haha..well dah seminggu blog tak terupdate, busy dengan convo, busy dengan shopping, sangat penat, tapi alhamdulilah Allah permudahkan semuanya...

Dan, tidur dah terbalas, tidur mati yang amat, langsung tak sedar hihihi, balas semua tidur yang tak cukup sejak dari mula tiba di KL dan hari ni sambung kerja waaaaa...sokay, cuti dah habis

Nanti ja sha cerita pasal Convo dan Shopping sha di KL
Tunggu tau..hiks

14 May 2014

Review Blogger | Syira Lokman


My name is Wan Syahirah binti Mior Lokman. You can call me Syira for short. 
Dilahirkan pada 21 Mei 1994. ( haa...cepat kira umur Syira berapa dah  :D)
I started blogging since I was 17. 
I'm just ordinary girl with my extraordinary life..!
Bermula hanya sekadar suka suka but now i have my own mission :)
Mempunyai 5 adik beradik and Syira puteri tunggal ke4 yang
bercita cita untuk memiliki butik pakaian, yayasan kebajikan dan buku hasil penulisan Syira sendiri.

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
 fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.
Saya menulis untuk semua ^_^
My writing comes pure and sincerely from my heart. 
I hope you will enjoy reading my blog as much as I do :)


Other than URL given, I do not own any other social media network.
Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma atau sebarang urusan, please add fb, follow twitter atau pun email je :)
insyaAllah i will help you :)
* Syira lebih aktif di fb !



Jangan sibuk mencari kesempurnaan bila diri sendiri masih tenggelam dalam kekurangan. 
Kesempurnaan itu tidak akan pernah menjadi milik manusia tetapi 
hanya milik ALLAH :)

### Saya menulis untuk diri sendiri, 
untuk orang lain, 
kamu, mereka atau sesiapa sahaja :)
moga bermanfaat !
Bersama sebarkan kebaikan dan kasih sayang ^_^

Kalau korang nak timbul dalam ruangan Review blogger secara FREE..boleh email sha ;- opzzpinky@yahoo.com,sha akan masukkan dalam entry dan iklan banner selama sebulan..tertakluk kepada terma dan syarat tau..hihi..PM copat !!

13 May 2014

Saya KUAT !!

Sha pernah kehilangan orang yang bergelar AYAH, jadi kenapa perlu bersedih bila kehilangan orang yang bukannya halal buat kita, kan..sha yakin dan pasti Allah will replaced someone more better than him, Insyallah jodoh tak kemana, usaha, tawakal ja..

Sha akui sebelum ni, semua perkara ambil mudah, senanglah ada orang tolong, bila dia tiada bukan bermakna sha tak boleh hidup berdikari, alhamdulilah dengan dorongan kawan2 baik sha, semuanya berjalan lancar, even nak book flight on9 pun sha tak pandai..see betapa sha sakai..haha..

Rugilah mereka yang tidak menpunyai kawan didunia..

Kalau kita dekatkan diri dengan Allah, Allah sentiasa bersama kita, jangan berhenti berharap, jika kecewa, spend your time friends and family dan try untuk busykan diri dari mengingati orang yang tak hargai kita..hihi..p/s : lepas ni awak tolong hargai orang yang sayang awak k :)

Apapun jangan sesekali membenci/mencaci atau mencanang orang yang pernah singgah dalam hati kita, Allah sengaja bagi kita pasangan yang salah untuk kita dekat dengan pasangan yang betul..betul..kan :)

Mr. A, awak tetap dalam kenangan..terima kasih untuk segalanya..
Peace..

12 May 2014

The Liebster Award

This is a wonderful tag game that I'd played before, but I forgot where the entry is..hahaks..never mind, this game was tagged by COMEL 1 dan COMEL 2 and I will answer 11 questions honestly..haha
Sorry, sha baru balas soalan korang, sebab sha busy nak fikir 11 soalan tu, banyak kot..haha, hope dapat jawapan yang memuaskan hati haha...kalau tak puas juga, meh tag sha lagi..haha..tolong jangan :P
                 ----------------- The 11 questions from Zara -----------------------
1. Described yourself?
I'm Sharina, just simply called me sha, I am blogger and Businesswoman :D
Like pink very much and just a simple girl with a simple character :P

2. Your favorite subject in high schools ?
Sastera Melayu..hihi

3. What is your first job ?
After finishing form 5, I wanna try to learn some  job experience and at SPM level I just eligible employed as a saleswomen haha...

4. Do you ever learned tae kwon do, silat, karate ?
I'd learn a TTS at PLKN

5. What is your first type of handphone ?
Nokia, yang batu gusuk tu..hahaha

6. Are you a driver ? just got license or just register a classes ?
Cam kau tau2 seja aq baru abis test JPJ haha..

7. If you got sponsored for holiday trip, where would you wish to go ?
Actually my first impression when I heard about sponsored trip is KOREA, but I wanna go to Makkah :)

8. What is the most thing you always do before going to sleep ?
After off lappy, take my phone, and on9 kakaka...

9. What is the type hijab you mostly wear ?
Tudung Express for work
Shawl for ootd 

10. What kind of sport you like ?
Seems like the last sport that I like in high school is badminton :P

11. Your favourite tv show ?
Maharaja Lawak :D

                          ------------- The 11 questions from Nazirah ----------------
1. Nama penuh? 
Sharina Binti Saimon
2. Sejarah boleh start berblogging (Tinggalkan link 1st entry anda)?
em..sory 1st entry dah torrrdelete haha, sejarah start blogging, just for fun dan sebab ikut2 kawan ada blog, kita pun naaakkkk juga..kikiki
3. Blog anda berkisarkan tentang apa?
Mostly berkisarkan pengalaman, my journey, GA/segmen dan review iklan..eh lupa pula, edit blog..hihi
4. Rakan alam maya (blogger) yang paling rapat dengan anda?
Banyak juga ni sha rapat ni, hihi..antaranya, boleh tengok 11 orang yang sha tag :D
5. Cara anda mendapatkan idea untuk buat entry?
em..sha dapat idea bila sha sendiri menceritakan pengalaman atau apa yang berlaku pada diri sha :D contohnya traveling pun boleh
6. Hadiah paling berharga yang pernah anda terima?
Baju kurung warna PINK yang arwah Bapa belikan :(
7. Perkara paling nakal yang pernah anda buat?
em..nakal ya? ada..ada.. dulu sha ni baik tau, xla nakal sangat tapi bila lelaki tu suka kacau kita, kita pun apa lagi, tumbuklah dia, bila dia mau balas balik tu xdpt sebab apa? dia xdapat masuk tandas perempuan haha..
8. Anda suka rambut panjang atau rambut pendek, kenapa?
Pendek, sebab cute dan senang nak urus :D
9. Pendapat anda tentang aurat seorang Muslimah?
Aurat itu bagi sha bukan hanya pakai tudung, malahan, kaki, lengan baju fit2 tu sehinggakan nampak lemaks juga aurat, so jaga la aurat anda sebelum dibalutkan hihi :D
10. Ciri-ciri kakak ipar yang anda suka?
aik..kakak ipar pula? haha semestinya seorang yang suka bercerita tapi bukan mengumpat, haha..senang dibawah berjalan2..
11. Komen apa saja tentang blog saya… 
Alamak !! haha, ok honestly blog nazirah cantik cuma part header tu kalau dikemaskan sikit :D dan warna hijau tu agak suram la dear..cuba gantikn ngn warna torquise, mesti gempak

-----------The 11 questions that makes me crazy to think are :---------
 
1. Ceritakan tentang diri korang
2. Macam mana korang handle kemarahan?
3. Apa perkara paling comel pernah anda lakukan :P
4. Apa perkara yang membuatkan anda sedih?
5. Pernah shopping on9 dan apa pendapat korang tentang Shopping on9?
6. Selalu skodeng blog siapa? yang kalau sehari tak tengok, rasa tak tenteram ja..jangan cakap blog sha pula haha
7. Siapa blogger yang korang teringin nak jumpa? kenapa?
8. Apa aktiviti lapang selain blogging?
9. Kalau korang jadi designer blog, apa part yang pertama korang nak ubah dalam blog sha :D
10. Bila waktu aktif korang BlogWalking?
11. Apa perkara yang membuatkan otak anda JEM? macam sha kalau lapar, otak xdpt berfkir..haha..

---------------The 11 bloggers,I would like to tag are :--------------
1. http://nanakimie.blogspot.com/
2. http://heartylolipop.blogspot.com/
3. http://mardiahdiana.blogspot.com/
4. http://mindakabur.blogspot.com/
5. http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/
7. http://zitaomar.blogspot.com/
8. http://www.paly.my/
9. http://www.eymalydia.com/
10. http://setiasmile.blogspot.com/
11. http://cikgufaizcute.blogspot.com/

Kalau dah jawab semua soalan dari sha, jangan lupa gitau sha ya, nak juga tengok apa jawapan korang tu, haha..tapi tolong, jangan tag sha lagi..:P

11 May 2014

Edit Blog Nina


Alhamdulilah, Done edit blog Nina, tema pink + torquise, cantik dok? part sha suka header, memang cun dengan gambar dan kerawang tu yang perghh hihi..lain2 pun cute kan :D

Actually dah lama siap, tapi asyik pending ja nak publishnya, busy memanjang, maklumlah keja ni, cuti cuma ahad ja..hihi

Jom terjah...





Mini Giveaway by Cik Hawa




Mini Giveaway by Cik Hawa ini di anjurkan oleh Cik Hawa.
Dan disponsor oleh Jaa KechikAHR Online Shop & Mieya Atiera


Mari ramai2 meriahkan giveaway ini kerana hadiahnya berupa

Cash RM20

Shawl

Blouse

08 May 2014

Ceriakan Majlis anda dengan Chocolate Gift

Pening kepala nak fikirkan buah tangan untuk dijadikan hadiah majlis anda? ah kini tidak lagi, segalanya dihujung jari anda, Coklat memang sinonim dengan hadiah, tak kiralah hadiah untuk birthday atau pun majlis perkahwinan dan pertunangan, maklumlah dah musim orang kahwin..

Choco Wrapper gift menyajikan pelbagai jenis doorgift untuk tatapan korang, baik yang budak, hingga orang dewasa meminati choco buatan sendiri dari shop ini.
Sesuai untuk hantaran, comel gitu..


Tambahan korang boleh design sendiri nama, gambar untuk dijadikan sticker pada bungkusan coklat, wah sangat menarik kan? 
Untuk tempahan boleh terus contact :-
FBChoco Wraffer Gitf
Blog - chocowrappergift.blogspot.com
Emailchocowrappergift@gmail.com
Sms/whatsapp ke 018-4680613

07 May 2014

Come to KL again

Yeah, Bulan 5 ni berpeluang shopping sakan di KL eh, bukan, cuba betulkan niat sat, actually nak pergi konvo pada 20hb ni di UiTM Shah Alam, so exciting Fly awal pada 17hb haha..5 hari disana menghabiskan duit yang ada..penat kerja kumpul duit, bila dah masanya duit dah macam air paip ja kan :D

Ada nak belanja sha makan otak-otak? hihi

06 May 2014

Cerita Test JPJ tadi

Kereta my tutor, amik dekat google :)
Cerita saya dan TUTOR :)
1st time driving
Hari ketiga driving
Hari Keempat Driving

Neves bak hang, ok story nya bermula awal pagi tadi jam 8 dah gerak ke Pusat Memandu Jesselton dekat tebobon, sangat excited sebab tutor reminded datang awal, thanks cikgu hihi..datang awal terus register, tunggu nombor 4 sesi kedua, start jam 11, ahh ambil kau ! 3 jam tunggu nak test litar, sokay tapi neves jangan cakaplah, dah sampai ke tahap terjun dari atas bangunan..haha

Sha buat dono ja, senyum dengan penuh keyakinan dan sha tau ramai peserta shaking, 100++ juga calon tadi memang kebanyakannya lulus, sha dengan ilmu menghafal step yang penting walaupun sebelum ni sha da lama tak driving, seram sejuk juga semalam tu, asyik fikir boleh ka tidak ni besok???

Alhamdulilah dipermudahkan sha test JPJ Bahagian litar :-
1) Bukit - 0.47 saat
2) Parking - 0.46 saat
3) 3penjuru - 1.07 saat
Terima kasih abg2 JPJ yang hensom :P

Bila habis dilitar, kena tunggu 3jam lebih, lunch pun tak lalu sebab dah tak terpikir perut kecut sebab neves, tunggu punya tunggu, turn sha driving, penuh keyakinan juga tapi ketara sangat kaki shaking, haha..alhamdulilah lulus juga 17/20 nyawa2 ikan..tak kisahlah yang penting lepas semua stress..

Tinggal nak serah gambar lesen, isi borang dan duit ja nak dapatkan lesen P
Yeahhhh~

Tips sebelum jalani Test JPJ :
1) Confirm tarikh test (Bawa IC dan lesen L)
2) Hafal Step - korang boleh google step nya, memang berkesan bila hafal, sambil tangan main peranan..hihi
3) Banyakkan practice di litar
4) Banyakkan berzikir sebelum dan semasa Test
5) Solat hajat untuk dipermudahkan jalani Test
6) Pikir positif yang anda boleh lakukan dengan mudah
7) Pikir negatif - kalau gagal kena banyak buang masa dan duit untuk ulang test

Semoga entry sha bermanfaat, apapun korang kena letakkan Allah selalu di hati korang, insyallah semuanya mudah :) selamat menjalani TEST JPJ :)

05 May 2014

BE | IKEA - Children

TROFAST series
alhamdulilah setelah berjaya $$ di cash out kan [SINI] nuffnang bagi BE kedua bulan May, hihi..kali ni BE yang aktif sekarang tengah menari2 dalam blog, sha dah klik opss..saja nak tgk apa yang special..kot2 ada berminat..kan :P