01 September 2014

Tempat Eco Perlancongan, Kota Belud Sabah


Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 tahun, kemarin sambut Merdeka dekat KB (Kota Belud) tak rancang sangat pun nak pergi sini, saja tempatkan officemate kaka sha bercuti disini, 1st time pergi KB, selalunya lalu ja, rupanya nampak jelas view Gunung Kinabalu dari KB, ok !! sha baru tauu haha






















Perjalanan memakan masa 1jam dari Tuaran, akhirnya sampai di Tagal Kg Lingkubang, Kota Belud, memang best sangat, air sungai deras dan sejuk, kalau korang nak merancang pergi sini, sila bawa baju, rugi kalau tak mandi..T.T

Fee : RM3 untuk dewasa / Kanak2 FREE

Untuk pergi bercuti, makanan jangan lupa bawah, sini siap ada pondok2 untuk korang berteduh, makan dan boleh buat BBQ, tapi kena datang awal, sebabnya cepat penuh





Disebabkan sha tak da bawa baju, ngeeekk..menyesal tauu..so tangkap gambar ja..
Pakai HP Lenovo A880
Camera 5 MP
Boleh lah zoom and blur kan sikit :D


























Dan akhir sekali singgah makan durian di tepi jalan KB, dah mahal dah durian ni, sekilo RM6..ini durian susu, kurang manis..tapi boleh habis juga haha...
Post a Comment