Day 5 - 5 Foods

, , 3 comments
Bab makanan ni kadang orang pun fikir juga, nak diet kononya..haha..tapi sha bab makanan kegemaran memang banyak (tak dapat dinafikan hahaha) paling di suka dan tak pernah bosan makan ialah KFC kiranya tiap2 bulan makan KFC, alhamdulilah...kalau ada duit :D


Makanan kedua ialah TUHAU, serunding tuhau atau sayur tuhau..perghh, ramai orang kata tuhau ni rasanya macam bau pasisang (kumbang)..tapi sha tetap suka makan haha...pelikkan..ini makanan orang Dusun, kalau nak try pergi cari dekat Ranau atau Kundasang sebab sana port orang Dusun hihi


Ikan Bakar pun sedap, bila cicah dengan sambal dan limau..wahh laparnya..haha, tapi setakat ni, ikan bakar paling sedap dan femes dekat Sabah ialah di Sim Sim Sandakan, kalau pergi Sabah, jangan lupa rasa tauu..


Ayam Penyet lagi sedap, lagi-lagi ayam penyet keluaran Restoran padang jawa di Alam Mesra, Kota Kinabalu, paling sha suka sambalnya tu...sedap sangat, tapi boleh ja buat dekat rumah hihi..


Soto Ayam keluaran Restoran Taufik di Inanam pun sedap, pelanggannya tak henti2 memang sedap sha suggest kan korang singgah lah makan, even restorannya agak lama tapi Soto nya sedap..

10 Days Challange | Day 1 with 1 Picture | Day 2 With 2 Films |Day 3 - 3 Songs | Day 4 with 4 Books | Day 5 with 5 Foods

3 comments:

  1. semua sedap gila! gila punya sedap..hahaha

    ReplyDelete
  2. hihi
    iqa tak minat kfc.
    ayam je gitu.
    biasa beli sikit je.
    byk konfem x abis.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)