Cabaran 30 Hari - Hari Ke9 | 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian

, , 7 comments
Bab lelaki pilihan ni, semua perempuan suka olah, bersungguh2 tau..sebab dia nak lelaki tu wujud walaupun satu-dua ciri2 tiada dalam dirinya, maklumlah lelaki yang sempurna tidak wujud, benar kan? 

Ok, secara ringkasnya sha bagi jawapan pada task kali ni..harap sha jumpa lelaki berkenaan *wink*

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Sha

1. Beragama - Maksudnya Agama Islam dan tahu pasal Islam, jika bukan seorang ustaz, cukuplah dia tahu sebanyak mungkin ilmu Islam, jadi lelaki kena usaha jadi "google" bagi si isteri, lagi2 bab agama..

2. Tidak Merokok - Bebas dari segala pembaziran duit, tenaga dan masa apabila dekat dengan benda alah ni..sha nak suami sha nanti contohi Arwah Bapa sha yang tidak merokok..barulah namanya lelaki Machoo gituu

3. Bertanggungjawab - Tidak mengabaikan tanggungjawabnya dengan ibu bapa dan keluarga, jika dia berbuat demikian, anda mangsa seterusnya..lihatlah si dia waktu dia melayan keluarga, In Sha Allah, dia akan melayan kita sama.

4. Romantik - Jika si dia adalah lelaki yang romantik, ini adalah kelebihan bagi dia, jika tidak cukuplah sekadar mengingati tarikh2 penting..dan hadiahkan bunga ros maybe..atau belanja makan..hahah

5. Memahami dan menghargai - setiap perempuan menginginkan lelaki yang mempunyai 2 sifat ini,.cukuplah dia seorang yang memahami keadaan seseorang yang sibuk, dan menghargai seseorang yang sayang dengan dia.. 

Dan sha yakin, lelaki yang mempunyai ciri diatas wujud sebenarnya..hihihi...apapun, cuma Allah yang menentukan jodoh kita, mintalah..jangan berhenti...

7 comments:

  1. Wahhh hrp ke temu yg dpt itu ya sha hhee

    ReplyDelete
  2. dapat lelaki yg tak merokok.. seronok.. takde pening2 kpale bau asap..hihi

    ReplyDelete
  3. Semoga akak jumpa dengan lelaki yang mempunyai ciri seperti di atas.. insyaAllah amin

    ReplyDelete
  4. moga Sha berjaya bertemu lalki sedemikian.. banyakkan berdoa..

    ReplyDelete
  5. kannnn agama tu penting,itu la tunjang seorang lelaki,yesss tak semua yg kita mahu tu ada kat seorang lelaki...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)