05 September 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke Lima | 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih


Allahamdulilah, sha memang banyak bekas Tupperware ni...haha..dan korang memang sedia maklum sebelum ni sha ada mention seseorang yang teristimewa yang mana kini bukan lagi di hati sha..(sejak 7 bulan yang lalu)..*sobsob*

Dan..

3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

1. Awak...sejak kita clash hari tu, saya nangis sangat, dengan harapan awak pujuk saya balik...tapi ternyata orang ketiga tu lebih penting buat awak setelah 6 tahun hubungan kita, ternyata sia-sia impian yang kita bina dengan adanya dia ;'( tapi tak mengapa, saya maafkan awak dan dia..

2. Saya still tunggu awak..setiap hari, setiap minggu, setiap bulan...sebab saya seorang yang setia...saya hanya nak lalui kenangan kita tu bersama kembali...tapi sayangnya ego awak ketegaq sangat !! 

3. Saya still single tapi saya dah jumpa orang yang lebih jauh baiknya dari awak..alhamdulilah..bak kata orang, Allah temukan orang yang salah dahulu sebelum ketemu orang yang betul..saya harap dia orang yang dimaksudkan..doakan kami sampai ke pelamin ya..

Sha nak tambah lagi boleh? banyak sangat sha nak katakan ni haha

4. Dan kini saya tidak lagi menangisi masa lalu, dan langsung tak ingat awak dah, saya harap awak hargailah orang yang sayang dengan awak..dan awak akan jumpa dengan seseorang yang lagi memahami awak.
 
5. Arwah bapa pesan suruh cari yang dekat-dekat supaya senang balik raya, alhamdulilah, dah ketemu :D

6. Awak..tolong berhenti stalk saya, ya..lagipun kalau awak teruskan, awak yang sakit hati melihat kebahagiaan saya..sebab ianya bukan milik awak lagi..

huh..dah terlepas semua yang sha nak katakan...