PDRM akan Siasat Kes CDM25

, , 3 comments
Foto
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.

"Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.

"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang," katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.

Beliau berkata, meskipun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis, pihaknya akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.

"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian," katanya.

Kebanyakan pengguna laman sosial menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadap. Namun ada juga pengguna merasakan perkara ini patut diselesaikan pihak polis.



Sha baru ja tengok video ni, memang ramai yang ulas dulu sebelum sha tengok, memang perempuan tu tak patut marah pakcik tu hanya disebabkan pakcik tu langgar kereta dia, dan dia tak patut jerit dan hentam kereta pakcik tu, ini menunjukkan dia tak hormat orang tua..even pun dia muslim, bertudung, marah bukan penyelesaiannya..dan apa kata anda?




3 comments:

  1. Btl setuju berfikir guna otak ni terlalu ikutkan amaran itu la sbbnya

    ReplyDelete
  2. Tak sepatutnya marah2 camtuh . Tapi nak komen lebih pon kita xde kat situ . Ape pon we have to respect elders :)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan yang ke 18. datang jalan2 dari blog MiaLiana.Dia kan pesyen kumpul link blog blogger2 lain.memudahkan kita untuk terus blogwalking blog org lain ;-)..saja ja mai singgah baca entry terbaru blog ini.. Senang2 mai la blog Montana nooo ;-) semoga terus success ;-) respek orang lebih berumur walau berlainan bangsa

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)