Kemalangan Pesawat MH17 - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

July 18, 2014

Kemalangan Pesawat MH17

MH17 ditembah jatuh
Terkejut sha bila dengar berita mengenai kemalangan pesawat MH17 tadi pagi yang dikatakan sumber reuters pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine kitak berada pada ketinggian 10 km. 

Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut. 

Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine.

MasyaAllah..semoga ahli keluarga mangsa kemalangan pesawat MH17 ini tabah dan bersabar dengan ujian Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Untuk mendapatkan banner pray for MH17 boleh ambil di SINI

6 comments:

  1. Itu la lya pun trkejut dpt tahu masa sahur tadi..ermm adakah ini petanda akhir zaman wallahualam

    ReplyDelete
  2. sha lya nak siapkan edit tab menu dulu kat blog lya nie masih pending..tergendala byk kja.nnt dah settle lya bagi sha edit.mayb lps raya kali

    ReplyDelete
  3. Musibah. dua kali dalam tahun nie melibatkan pesawat MAS. :( takziah utk mereka yang terkorban

    ReplyDelete
  4. Zumal pun terkejut baru pagi tadi tahu...

    ReplyDelete
  5. sangat mengejutkan dan menyedihkan :(

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah.. terkejut masa dapat berita tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad