28 June 2014

Felixia peluk Islam 5 Ramadan

Felixia Yeap
"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Status Dari FB Felixia5 Ramadhan ini...saya bakal "dilahirkan semula" sempena tarikh lahir saya (3 Julai). Semoga semua dapat selitkan doa untuk saya lebih tabah, dan terus istiqamah di perjalanan baru saya nanti.

Terima kasih semua. 
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua yang ikhlas mendoakan untuk hidup baru saya dipermudahkan...