10 March 2014

Keep Praying for MH370

Pada 8 Mac lalu, Malaysia digemparkan dengan kehilangan Kapal Terbang MAS MH370, sehingga sekarang belum dijumpai, puluhan kapal dari negara jiran turut turun padang misi mencari pesawat berkenaan..

Sebagai manusia biasa, sha turut simpati dan sedih dengan berita itu, apatah lagi feeds FB bercerita tentang MH370, dan sha terjumpa status anak kepada mangsa yang masih hilang..

Photo: Anak yang sangat positive. :) InsyAllah semua selamat.
sangat terharu ! ;(

Dan Satu status sedih dari @ blogger Hafizzy atau nama femesnya Apit

MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

So kita sebagai blogger, tolong jangan buat spekulasi yang boleh membuat kekecohan di FB atau media sosial yang lain, sebab salah satunya nak menjaga hati keluarga mangsa, just keep praying..praying..till pesawat tu ditemui In Sha Allah,

Jika Allah mengkehendaki..maka itulah terjadi..wallualam :(

Post a Comment