17 February 2014

Sinopsis jika itu takdirku







Sinopsis:
Enam tahun telah berlalu, Hakimi disahkan menghidap penyakit Amnesia. Hakimi merasa dia telah jatuh cinta pada Umairah. Umairah bingung bila Hakimi melamarnya kerana mereka mempunyai kisah silam yang menyedihkan.Umairah tidak pasti adakah Hakimi benar2 ikhlas.Kisah silam itu telah mengubah Umairah menjadi pendiam dan hatinya sukar untuk mempercayai cinta lagi.

Umairah tetap bersetuju untuk berkahwin dengan Hakimi disebabkan dia masih menyayangi Hakimi selepas musibah yang terjadi 7 tahun lepas.Umairah terganggu dengan kisah silam dan cuba menjauhkan diri.Namun,Hakimi tidak putus asa.

Hakimi terserempak dengan Azri seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu.Umairah enggan hinggalah Hakimi terpaksa menggeledah barang-barang lama Umairah.Umairah terpaksa memberitahu kisah sebenar.Hakimi merayu dimaafkan dan memberinya peluang kali kedua. Melihat kesungguhan Hakimi,Umairah mengalah.Dia berazam untuk memulakan hidup baru bersama Hakimi walaupun dia ragu.

Selepas 2 bulan,Umairah disahkan mengandung.Namun bekas kekasih lama Hakimi Qistina(Nina Iskandar) cuba menagih cinta lama dan memerangkap Hakimi.Kali ini,Umairah terluka lagi dan dia menjadi pasrah bila Hakimi kembali ke perangai lama iaitu suka berpoya-poya.

sinopsis:credit to Budiey

Umairah dan Hakimi




Shukri Yahya- Azri

Post a Comment