14 February 2014

Ketagih Makan Pinang

Dah kenapa dengan sha ni, asyik nak makan buah ni ja..bikin ketagih ka apa buah ni? hihi..korang mesti dah sedia maklum buah ni macam mana kan? sha baru tau benda ni boleh makan..ok jakun kejap haha..

1st time makan seketul (yang telah dipotong kecil) sangat excited dengan benda baru la kononnya, sha try la, kunyah2, tiada rasa, then rasa pahit sangat !! ok..sha telan air liur, perghhh...kerongkong tersumbat, sha mula rasa pening2..ok sha makan pinang agak tua sedikit membuatkan kepala sha berkhayal2 sekejap..


Lepas 2-3 hari begitu, terasa nak makan lagi, kunyah2 bila tiada kerja, lagi2 kawan bawah free pula tu, apa lagi grab la cepat2 haha..macam dah biasa makan tu, kerongkong dah ok da, dah sebati dengan kepahitan tu, lepas tu tadi pagi makan sekali dengan sirih..pedas sikit..tapi sedap juga..

Sha search la apakah pinang ini baik untuk badan? ahh korang jangan ingat makan ini boleh berkhayal saja, tapi boleh membantu menyingkirkan cacing2 diperut tu, dan juga boleh mengatur masalah darah dalam badan maksudnya kanser, kalau nak tahu juga boleh lah google..

Siapa pernah makan buah ni, boleh share pengalaman korang..boleh tak berhenti? sebab sha takut susah nak cari benda ni kalau dah ketagih sangat haha...share..mari share :)