15 February 2014

Kecewa dengan pengurusan yang lembap

Kecewa teramat sangat bila pihak penemuduga bagi Jawatan kosong di Pos Laju, Sabah, tidak mengatur pengurusan yang baik untuk calon2..Sha sanggup skip kerja, sebab nak cuba nasib kat situ, tapi pengurusannya kurang efektif, 

Bayangkan sha sampai jam 9, then bila buka ja Pusat Job Malaysia di Wawasan Plaza Kota Kinabalu, memang beratus ribu lah org datang temuduga sebab satu2nya pusat temuduga di Sabah ni, itu pun sambil lewa, berbaris panjang semata2 nak dapatkan borang, lagi satu yang sha tak puas hati, 4jam sha berbaris, satu info pun sha langsung tak tahu !!

Orang yang bahagian depan cakap dia terpaksa beli borang dari kedai photocopy, isi dan hantar, kalau cakap awal2 kan senang, nda payahlah berbaris panjang, sampai ada orang pengsan tiada oksigen, lapar lagi..

Tapi alhamdulilah sha bersemangat juga nak hantar borang even dah fade up dengan pengurusan pihak berkenaan..

Semoga dapatlah kerja tu :) amin...
Post a Comment