19 January 2014

Kucing Dibakar hidup-hidup

Photo credited to FB

Subhanallah, kecian kucing tu (gambar atas) dibakar hidup-hidup dalam sangkar, apa sebenarnya motif dorang (yang bakar) tu pun sha tak tahu, tiada perikemanusiaan langsung, sha tengok pun geram dengan orang yang buat tu..Semoga Allah membalas setiap perbuatan orang tersebut..

Sha terpanggil untuk membuat entry ini sebab sha sedih tengok manusia di akhir zaman, memperlakukan binatang sangat kejam, ada yang siat kulit kucing, dan lain-lain, tahukah korang kucing adalah binatang kesayangan Rasullulah? sehinggakan kucing tidur dibaju, Baginda sendiri koyakkan baju itu, tanda Dia tidak mahu menganggu kucing tidur tadi..Subhanallah..

Tapi bila tengok gambar diatas, terasa terkedu sangat, kenapalah ada manusia berhati binatang buat macam tu...sedih :(